Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan.
Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Baca Surah Al Anbiyak ayat 89
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Untuk yang kehilangan orang tersayang, bacalah doa musibah di bawah ini. Doa ini doa yang Nabi ajar khusus. Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Artikel Berkaitan: Jangan Keji Bila Ada Yang Letak Langsir Depan Rumah, Fadhilatnya Amalan Tarik Rezeki Masuk Rumah
Sumber Kredit: Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Cuaca Panas Kering & Jerebu. Digalakkan Untuk Kita Lakukan Solat Sunat Istisqa’ & Minta Hujan PadaNya
Dalam keadaan negara di landa jerebu kita juga turut berdepan dengan masalah cuaca kering. Ini adalah disebabkan hujan yang tidak turun dan menyebakab masalah jerebu menjadi semakin serius.
Dalam menangani masalah ini, sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pertolongan padanya. Berdoa agar diturunkan hujan bagi mengelakkan masalah jerebu daripada berlarutan.
Dalam hal ini kita juga dituntut menyempurnakan solat sunat Istisqa iaitu solat untuk meminta diturunkan hujan.
Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui
solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.
Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana
kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya,
ia dituntut untuk menunaikan solat istisqa’ iaitu solat meminta hujan, agar
diturunkan hujan.
Hukumnya sunat muakkad ke atas orang yang mukim, musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.
Cara Melaksanakan Solat Istisqa’
1. Boleh dilakukan secara sendirian.
2. Lebih afdhal jika dilakukan secara berjamaah.
3. Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak
berkehendakan hujan maka hukumnya tidak harus dan tidak sah.
Persediaan Bagi Melaksanakan Solat Istisqa’
Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan
sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT. Oleh itu sebelum solat atau
bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:
1. Seluruh penduduk diminta meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada
Allah SWT.
2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut
sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan
solat secara berjamaah.
Kaifiat Solat Istisqa’
Dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain.
untuk memulakan solat. الجامعة الصالة 2. Disunatkan melaungkan
Lafaz niat solat istisqa’:
أصلى سنة االستسقاء ركعتين اماما )مأموما( هلل تعالى .
Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak tujuh
kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rekaat pertama dan lima kali takbir
yang juga diselangi denga tasbih bagi rekaat kedua.
اهلل أكبر , سبحان اهلل والحمد هلل وال اله
اال اهلل واهلل أكبر ,
وال حول وال قوة اال بااهلل العلي العظيم .
Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah.
Selepas fatihah, membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah alGhasyiah bagi rakaat kedua. 7.
Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah
(membaca dua khutbah).
SUMBER: Laman web e-Masjid Jabatan Agama Islam Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Aydan Tidur Dulu, Nanti Mama Ayah Tidurlah.’ Lukisan Terakhir Anak, Petanda Dia Pergi Selamanya
‘Aydan tidur dulu, nanti mama ayah tidurlah.’ Lukisan terakhir anak, petanda dia pergi buat selamanya.
Malahan telatah serta sikapnya di hari-hari terakhirnya juga membuatkan sang ibu tersedar bahawa anaknya seakan tahu akan pergi tak lama lagi.
Kisah anak kecil bernama Aydan ini menjadi perhatian ramai apabila lukisannya beberapa hari sebelum meninggal dunia menunjukkan seolah-olah dia tahu bakal dijemput
Ilahi.
Artikel Berkaitan:
Aydan Tidur Dulu
Malah hantaran Facebook Nor Hazwani, 33 menerusi akaun Wunny Amir menjadi tular hingga menerima 13,000 reaksi dan 12,000 perkongsian.
Allahyarham Aydan Hadiff Muhammad Afiq, 7, maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bangi, Selangor.
Kemalangan terjadi apabila motosikal dinaiki mereka bertiga bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain di Seksyen 2, Bangi.
Nanti Mama Ayah Tidurlah
Ternyata Allah lebih menyayangi, Aydan yang dikejarkan ke Hospital Serdang pergi jua pada kira-kira jam 7.20 pagi, 5 April lalu susulan pendarahan dalaman pada otak dan abdomen.
Melalui beberapa hantaran di Facebook, Hazwani berkongsi beberapa sikap Aydan yang seolah-olah dirinya tahu akan pergi buat selama-lamanya.
Menurut Hazwani, terdapat satu lagi lukisan yang mana anaknya berkopiah dan sangat mirip seperti kain kafan yang dipakai jenazah sebelum dikebumikan. Kongsinya,
Lukisan Terakhir Anak
“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ini Aydan tengah tidur ,” kata Aydan datang tunjuk lukisan dia dengan nada penuh keceriaan.
“Comelnya… kenapa Aydan tidur, mama dengan ayah tak tidur?
Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah.”
“Kenapa tidur jauh sangat, bukan Aydan tidur tengah ke? Aydan hanya ketawa kecil.
“Kenapa tak ada kaki tangan ni? Ish mama ni, ni yang macam baby pakai tulah mama. Aydan jadi baby balik, hehe. Oh pakai bedung ye,” titip si ibu.
“Allahuakbar, rupanya bukan kain bedung tetapi kain kafan.
Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sama seperti dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” titip Hazwani.
Petanda Dia
Manakala dalam satu hantaran lain, si kecil itu meminta disolatkan. Kata Hazwani dialog itu dituturkan hampir setiap hari selama beberapa minggu sebelum Aydan meninggal dunia.
“Aydan, jom solat,”katanya.
“Mama solatkan,” kata Aydan.
“Ish mana ada orang boleh solatkan, kena solat sendiri la. Bila kita meninggal nanti baru orang mandikan, solatkan,” kata si ibu.
Pergi Selamanya
Jauh di sudut hati, ibu muda itu reda anak sulungnya itu tiada lagi dan pasrah dengan ketentuan-NYA.
“ALLAH, tak sangka anak mama memang nak disolatkan. Mama dan ayah minta maaf tak dapat solatkan Aydan. Tapi kami sudah wakilkan ramai yang solatkan dan doakan Aydan.
“Bermain dengan gembira ‘di sana’. Nanti jemput Mama Ayah sekali ya, kita main ‘di sana’ sama-sama,” titip Hazwani.
Baca Di Sini:
‘Tengah Tidur, Solat Sekalipun Malaikat Tetap Catat Dosa.’ Inilah Dosa Jariyah Yang Wanita Tak Sedar
Kashoorga: Salam takziah buat seluruh keluarga Adik Aydan terutama ibu dan bapanya.
Sumber: Wunny Amir, Sinar Plus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Solatlah Bila Ada Peluang, Bila Dah Cacat Rindu Nak Sujud PadaMu” – Kisah Sedih Lelaki Ini Yang Hilang Nikmat Sihat Akibat Kemalangan
Solat itu tiang agama. Tidak kira di mana berada atau apa jua situasi suruhan yang satu ini wajib kita tunaikan.
Sebagai manusia normal yang sempurna, alangkah bertuahnya kalau kita dapat menyempurnakan solat dengan sempurna tanpa ada halangan.
Tetapi bagaimana jika fizikal kita tidak sempurna. Adakah tidak perlu menyempurnakan rukun Islam ini atau menangguhkan disebabkan masalh itu. Solat itu perlu dilakukan bila masuk waktunya tanpa ada alasan ‘nanti lah’ atau ‘kejap lagi’.
Satu perkongsian di laman sosial meceritakan kisah di mana seorang pemuda yang terkenang saat terakhir dia dapat merasa sujud seperti orang lain dua tahun lalu dan selepas itu dia mengalami kecacatan kekal.
Situasi ini di mana, dia tidak boleh bengkokkan lutut kanan buat selama-lamanya. Dan sejak itu dia hanya mempu sembahyang baring dan akhirnya duduk di atas kerusi.
Menurutnya dia bukan mahu mengeluh mengenang kesukaran untuknya bersolat tetapi sekadar berkongsi kepada semua betapa sukarnya untuk bersolat apabila Tuhan sudah tarik nikmat kesihatan.
Apa yang lebih menyedihkan apabila dia teringin untuk bersujud, menyembah Allah meletakkan kepala di atas lantai untuk beritahu kita sayang padaNya dan takut padaNya. Dalam pada itu dia dapat merasa betapa menyesalnya tidak sembahyang banyak-banyak ketika sihat dulu.
Justeru dia menasihati teman-teman lain agar bersolatlah bila ada peluang. Sujudlah sementara boleh.
Pengalamannya duduk di wad memberi keinsafan bila orang lain melihat dia bersolat dan teringin untuk bersolat, tetapi bila sudah sakit, baru nak mula sembahyang memang payah.
Pesannya masih belum terlambat untuk bersolat dan janganlah menunggu hari tua barulah nak mula bersolat.
Kali terakhir saya dapat merasa sujud seperti orang ramai adalah pada 10th Feb 2017 di Masjid Dato Haji Kamaruddin Seksyen 51A Petaling Jaya. Tiga jam selepas itu saya kemalangan dilanggar kereta dan saya sudah cacat kekal dan tak boleh bengkok kan lutut kanan buat selamanya.
Sejak dari itu saya hanya sembahyang sambil baring, mengiring dan akhirnya duduk di atas kerusi. Pernah bila tak ada kerusi di satu-satu tempat saya duduk jugak lah kat atas apa pun. Saya pernah duduk atas tangga, atas pasu bunga dan pernah duduk atas tingkap (Masjid Tokyo Camii di Jepun).
Pernah jugak lansung tak ada benda nak duduk saya hanya bersandar sambil mencangkung macam leg day punya training tu. Bukan saya nak mengeluh, tapi saya cuma nak berkongsi kepada anda bagaimana susahnya nak solat bila Tuhan dah tarik nikmat kesihatan. Yang lebih menyedihkan, bila dah tak boleh nak sujud ni, kita teringin rasa nak sujud.
Teringin nak sembah Allah, nak letak kepala kita di lantai. Nak bagitahu Dia kita sayang kat Dia, kita takut kat Dia. Menyesal dulu tak sembahyang banyak-banyak. Saya harap kawan-kawan tak jadi macam saya. Solat lah sementara ada peluang. Sujud lah sementara boleh ni. Saya dah merasa hidup dalam wad lama, dan bila saya sembahyang, orang yang tengok saya sembahyang dia pun teringin nak sembahyang jugak.
Bila kita baca Quran dia cakap sedap. Padahal saya baca tak sedap pun. Saya tahu mereka rindu nak baca Quran tapi tak reti. Nak sembahyang tapi dah terlambat. Kalau dah sakit baru nak start sembahyang memang susah.
Dah terlambat sangat. Kami semua yang dah merasai kesakitan ini sekarang dah tahu erti penyesalan. Tapi kami masih belum terlambat kerana Tuhan dah bagi kami peluang kedua walaupun bukan semua yang dapat. Harapan kami agar anda tidak perlu lah menunggu hari tua baru nak mula sembahyang. #IndahDihati
Kredit Joe Bundle
Perkongsian ini juga di laman Instagram Zayan ini juga turut mendapat perhatian warganet. Malah ada yang turut berkongsi kisah mereka yang turut mengalami masalah yang sama.
izzizacx Allahu.. kita serupa. kaki kanan x dapat lipat ketika sujud dan duduk antara dua sujud.. masa menunaikan umrah bulan lepas…. alhamdulillah d madinah dan mekah ada kerusi yg disediakan.memudahkan ibadah d sana… syukur…
jamilahomd Terima kasih di atas peringatan ini. Sungguh menyentuh hati. Sesungguhnya Nikmat Allah tidak terhitung.
chekmonek Yup.. bila tak dapat sujud sedih sgt. 2016 mujur tak lumpuh time tu.. Alhamdulillah Allah telah kurniakan kesembuhan semula
maimunah_arshad Maa shaa Allah… Hebatnya tuan… tetap taat dlm kepayahan.. Moga Allah kurniakn SyurgaNya buat tuan..aminn.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI