
Kadang kala sebagai manusia biasa, ada kala kita rasa malas untuk beribadah. Ada masa kita rasa malas nak solat, mengaji, solat berjemaah, kurang berziki, kurang bersyukur dan lain lagi.
Jika pernah ada perasaan begini, ada baiknya kita baca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini.
“ALLOOHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI IBAADATIKA.”
Ertinya: ”Ya Allah, tolonglah aku untuk selalu menyebut nama-Mu (pandai berzikir), dan selalu mampu bersyukur kepada-Mu serta mampu beribadah dengan baik kepada-Mu.” (HR. Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad).
Apabila kita membaca doa ini, ia digambarkan dari lubuk hati kita yang paling dalam, perasaan hati dan harapan seorang hamba Allah agar bebas dari rasa malas untuk beribadah kepada Allah SWT.
Ibadah merupakan pekerjaan seorang hamba Allah dalam melaksanakan kewajibannya dan menjauhi larangan-Nya. Sedangkan doa adalah “ibu” dari setiap ibadah.

Doa tersebut pernah disampaikan dari Mu’adz bin Jabal ra. Rasulullah SAW pernah memegang tangannya dan bersabda, “Wahai Mu’adz, demi Allah, sungguh aku sangat menyayangimu, demi Allah, sungguh aku sangat menyayangimu.” Kemudian baginda melanjutkan katanya, “Aku pesankan kepadamu wahai Muadz, jangan pernah engkau tinggalkan di belakang setiap solat untuk membaca doa ini ‘ALLOOHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI IBAADATIKA.’
Sumber : MIRAJNEWS/ISLAM POS
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rupanya Bila Isteri Terlalu Berdikari, Hubungan Suami Isteri Mudah Jadi Renggang

Tak salah isteri berdikari tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampai pasangan lepas tangan tentang tanggung jawab yang hakiki.
Fitrah lelaki lebih suka dihormati dan rasa dihormati apabila wanita bergantung harap kepada kekuatan dan kepimpinannya.
Allah melantik suami sebagai imam yang membuat keputusan dalam rumah tangga serta diwajibkan isteri mentaatinya.

Apabila berdepan situasi isteri terlalu berdikari, menyebabkan hubungan hormat dan kebergantungan kepada suami akan jadi lebih longgar. Dan tentunya ia tidak ‘sihat’ untuk rumah tangga.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin mengenai topik ini.
Dilema seorang isteri…
Bila isteri terlalu berdikari, suami jadi tak bertanggungjawab…
“Awak, jap g ambik anak, saya blk lmbt, nk g main badminton jap…awk, nnt sya nk kluar jumpa kwn jap…awk, ujung minggu ni, sya dh janji dgn Ali, nk ikut dia g cari barang kereta dia…awk, beras dah nk hbis kan, sblum smpai umh, awk sggah beli…minggu depan cuti sekolah, klu awk nk blk kg, blk la dgn anak2”
Bila mana seorang isteri itu mampu menguruskan anak2 dgn sendirinya, mampu pergi ke mana2 dgn sendirinya, mampu beli itu ini dgn sendirinya…lama kelamaan, serba serbi dia kena buat SENDIRI…


Dlm rumahtangga, peratusan utk MEMBERI tu perlu seimbang…kita xbleh bagi all out, 100%…perlu simpan sedikit, mgkin memberi sekadar 50% sahaja, dan selebihnya 50% dari pasangan…atau 30% dr isteri, 70% dari suami…sama utk suami, suami xbleh buat semua sendiri, ada juga perkara yg perlu ajar dan suruh isteri utk buat, supaya kalau jadi sesuatu kpd diri kita, sekurang2nya isteri ada asas utk menapak meneruskan hidup…
Bila % lebih dari isteri, isteri yg byk memberi, lama kelamaan dia akan mengungkit disebabkan dia dah letih…terlalu byk yg dia dah sumbang dan buat utk rumah tangga tu sehinggakan suaminya menjadi selesa, lepas tgn dan menjadi tak bertanggungjawab…
Isteri berdikari utk kebaikan BERSAMA, bukan utk suaminya menjadi SELESA….
Sumber Kredit: Facebook: Firdaus Shakirin
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Kerosakan Otak Yang Teruk, Takkan Normal Seperti Dulu”! Adik Kongsi Keadaan Terkini Kakak, Mangsa Dibelasah Suami

Hidup dipenuhi ujian. Namun tiada siapa mengharapkan ujian di luar pemikiran manusia. Ia disifatkan sangat kejam apatah lagi kekejaman itu terjadi dalam alam rumahtangga yang diharapkan bahagia hingga ke akhir hayat bagi semua wanita.
Pasti kita masih ingat situasi seorang kakitangan awam, Jahidah Nordin, 43 yang ketika itu hamil empat minggu namun telah dibelasah teruk oleh suaminya hingga tengkorak kepalanya hancur selain tulang belakang dan rusuknya retak dipercayai dipukul pada 4 Mei lalu. Namun selepas bertarung nyawa beberapa bulan di unit rawatan rapi, Jahidah mula sedarkan diri dan dibenarkan keluar dan dijaga oleh adiknya, Fazariah Nordin di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan hingga kini.
Dalam keadaan kini hamil lima bulan, di aplikasi Tik Tok @ziahzara15, adik yang merindu suasana ketika kakaknya masih sihat dahulu menjelaskan walau kakaknya sudah sedar namun pandangan mata kakaknya kelihatan kosong. Ia pandangan separuh sedar.
Apa yang lebih menyedihkan Fazariah memaklumkan kakak kesayangannya itu mengalami kerosakan otak yang teruk. Dirinya tak akan kembali normal seperti dahulu,” kongsinya di aplikasi Tik Toknya. Jelas Fazariah, berita sedih itu dimaklumkan oleh petugas yang mengendalikan rawatan fisioterapi kakaknya selain pakar neurologi pun turut memaklumkan berita yang sama.
“Ia sesuatu yang sangat menyedihkan buat kami semua. Sudah tiada bahasa untuk mengungkapkannya. Masa yang sama dalam keadaan kandungan kakak yang semakin membesar, sebenarnya amat sedih memikirkan nasib anaknya yang tidak berdosa yang akan lahir tanpa ibu yang mampu memeluk dan menciumnya. Membesar dengan ibu yang mungkin tidak mampu memberi kasih sayang seperti ibu lain,” kongsinya di aplikasi tik toknya itu.
Sedikit perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, perkahwinan adalah sesuatu yang suci. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia. Dan tiada siapa mengharapkan derita dalam perhubungan ini.
إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي
Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki. Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647).

Namun ujian isteri yang dibelasah suami ini sangat berat dan mari kita bersama-sama berdoa agar ada keajaiban Allah buat mangsa agar kembali sembuh seperti dahulu kala. Dalam pada itu akhbar memaklumkan suami mangsa yang sebelum ini menyorok selepas melakukan perbuatan kejam itu sudah ditahan pihak berkuasa.
https://www.tiktok.com/@ziahzara15/video/6998066949473226011?referer_url=https%3A%2F%2Fkashoorga.com%2F&referer_video_id=6973275616770624769&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suap Isteri Dan Anak Makan,Rezeki Datang Mencurah-curah -Ustaz Ebit Lew

Ada orang dimudahkan rezeki nya dan ada pula sebaliknya. Memang benar, rezeki hak Allah, namun ia tidak akan diperoleh tanpa usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
Rezeki hadir dengan usaha.Selagi kita bernyawa, teruskan lah beramal walau dengan sekecil-kecil perbuatan pun.
Kita tak tahu, mungkin amalan kita yang sebesar zarah itu lah yang menyebabkan pintu rezeki kita dibuka luas oleh Allah.
Datang mencurah-curah sampai kita pun boleh terkedu dan tertanya “Apa lah amalan yang aku dah buat sehingga begini murah rezeki aku?” Seronok kan apabila ini terjadi.
Ia bukan sesuatu yang mustahil; kerana Allah tidak memungkiri janjinya untuk memberi rezeki kepada hambanya yang banyak lakukan amalan baik.

Bercerita tentang rezeki dan amalan sebesar zarah, kita ikuti perkongsian ustaz Ebit Lew, berkenaan perkara ini.
Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.
“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.
“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.
“Tak pernah ustaz,” jawabnya.
“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.
“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.
Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan rancangan televisyen. Ya Allah.
“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah
“Juga makanlah dalam satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.
“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.
Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.
Artikel berkaitan: Makan Saling Menyuap Belikan Iphone 11 Cara Ebit Lew Hargai Bidadarinya Yang Penat Uruskan Keluarga
Artikel berkaitan: Tabiat Buruk Sekeluarga Di Rumah Penyebab Rezeki Sempit
Sumber: Ustaz Ebit Lew
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI