
Masuk hujung bulan, ramai yang tertunggu-tunggu hari gaji. Tapi bila sudah tiba harinya, melihat akaun bank Kembali terisi dengan RM jangan pula kita terus berbelanja.
Menurut Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, sebaiknya bila menerima gaji jangan lupa untuk melafazkan doa ini. Moga bertambah keberkatan rezeki kita.
اَللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ ثَمَرِنَا وَبَارِكْ لَنَا فِيْ مَدِيْنَتِنَا وَبَارِكْ لَنَأ فِيْ صَاعِنَا
“Allahumma Bariklana fi thamarina, wa Bariklana fi Madinatina, wa Bariklana fi saw’ina”
Maksudnya:
Ya Allah, berkati hasil rezeki kami, berkati bandar kami, dan berkati punca rezeki kami.

Selain daripada doa, sebaiknya pada hari gaji juga kita bersyukur dengan Pemberi Rezeki.
Dalam pada itu jangan terus berbelanja atau membayar hutang, mulakan dengan sedekah. Sedekah paling afdal sudah tentunya kepada ahli keluarga terdekat contohnya ibu dah ayah kita yang sudah tua atau adik berani yang memerlukan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Adab Ziarah Raya, Kena Betul-betul Hadam Dan Fahamkan

Menjadi lumrah setiap kali hari raya, amalan ziarah-menziarahi menjadi satu perkara ‘WAJIB’ dalam masyarakat kita. Malah amalan ini sememangnya dituntut oleh agama. Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan.
Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.
Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.
ADAB-ADAB SEBELUM DATANG MENZIARAH
*Memilih masa yang sesuai. Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda. Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa memberi tahu terlebih dahulu. Datang lewat malam melebihi pukul 10 malam. Waktu begini memang tidak sesuai untuk datang berziarah kerana pada waktu beginilah tuan rumah ingin berehat. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Jangan sesekali memakai pakaian yang menjolok mata sehingga tuan rumah serta tetamu yang ada di rumah tuan rumah berasa tidak selesa.
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah. Niatkan kunjungan itu hanya kerana Allah di samping ingin memperkukuhkan hubungan silaturahim.
ADAB SEMASA MENZIARAH
*Memberi salam dan bersalaman. Ini perkara pertama yang perlu dilakukan semasa anda dating menziarah.
*Meminta izin untuk masuk. Selagi tuan rumah belum mempelawa anda masuk ke rumahnya, ada baiknya anda tunggu. Jangan memandai-mandai masuk ke rumah tuan rumah tanpa dipelawa.
*Memendekkan tempoh ziarah. Tidak berlama-lama di rumah tuan rumah sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah.
*Mengawal pandangan. Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.
*Merendahkan suara. Kawal suara ketika berbual. Elakkan sama sekali ketawa yang berdekah-dekah dan kuat sehingga menganggu tuan rumah dan keluarga.
ADAB SELEPAS MENZIARAH
*Meminta izin apabila hendak beredar. Jangan terus beredar sahaja tanpa sebarang kata.

*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar. Ia sebagai tanda yang anda dan tuan rumah akan ‘berpisah’ buat sementara waktu. Panjang umur, boleh jumpa lagi.
PERKARA YANG PERLU DIHINDARI SEMASA MENZIARAH
*Enggan memberi salam
*Masa yang tidak bersesuaian
*Mengaibkan tuan rumah
*Mengumpat
Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Ziarahlah dengan hati yang suci.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Malam Lailatul Qadar, Apa Yang Berlaku Pada Malam Ini?

Isi Kandungan
ToggleMalam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”
Seharusnya ini adalah misi kita pada malam-malam terakhir Ramadan kerana ganjaran dan kemuliaan sudah disebut dengan nyata oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT:
(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Firman Allah SWT:
تَنَزّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْـرٍ﴿٤﴾ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Maksudnya: “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.”
Malam yang lebih baik dari seribu bulan
Memetik perkongsian bekas mufti Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri para ulamak berpendapat, ibadah dan amal soleh yang dilakukan pada malam al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia berdasarkan kepada beberapa nas, antaranya ialah firman Allah SWT:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.[1]
Ibrahim al-Nakha‘i ketika menafsirkan ayat ini berkata: “Beramal pada malam tersebut (Lailatul Qadar) lebih baik daripada beramal pada seribu tahun.”[2]
Apa yang berlaku pada malam Lailatul Qadar
Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa Lailatul Qadar mempunyai kelebihan kerana malam tersebut penuh dengan keistimewaan. Ramai ulama’ dan ahli tafsir menyebut malam ini sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut. Imam al-Qurtubi berkata: “Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.”

Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan. Mendapat keselamatan dan kebaikan tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar.
Al-Dhahhak berkata: “Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.” Manakala Mujahid pula berpendapat: “Ia merupakan malam yang selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan sebarang kejahatan pada malam tersebut.”
Penuhi malam dengan ibadah dan amal soleh
Oleh itu pesan Datuk Dr Zulkifli pada malam ini hendaklah kita melakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikannya. Penuhilah ia dengan Qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa, khususnya memohon keampunan dan rahmat daripada-Nya.
Paling kurang pastikan solat fardhu dilakukan secara berjemaah. Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa sebahagian ulama’ mazhab Syafi‘i menaqalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, katanya: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat Isyak secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh juga secara berjemaah.”
Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: “Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) secara berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperoleh kebaikan malam itu.”
Sumber: Maktabah Al Bakri
Baca Lagi: Hikmah Disembunyikan Malam Lailatul Qadar
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Banyak Kelebihan Apa Yang Kita Lakukan 1 jam Selepas Subuh, Rugi Sangat Kalau Tak Amalkan

Kita memang digalakkan bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh. Namun perlu diingatkan jangan tidur kembali selepas subuh kerana amalan ini sangat tidak bagus untuk diri kita.
Sepatutnya gantikan suatu aktiviti yang berfaedah seperti melakukan aktiviti senaman yang boleh memberi kesegaran kepada tubuh badan.
Sebenarnya apa aktiviti yang kita lakukan sejam selepas solat subuh itu memberi manfaat yang sangat bagus. Seperti perkongsian yang diberitahu oleh Abu Hurairah Asiifa di laman sosial facebook.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
SUMBER: FACEBOOK ABU HURAIRAH ASIFA
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI