
Memang banyak kelebihan membaca Surah Yasin. Bacaan Surah Yasin tidak hanya terhad untuk dibaca setiap malam Jumaat, majlis tahlil, kenduri doa selamat, majlis mohon restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM sahaja tetapi lebih daripada itu.
Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap sesuatu ada jantungnya dan jantung Al-Quran ialah Yasin. Barangsiapa membaca Yasin, Allah tuliskan untuknya pahala membaca Al-Quran sepuluh kali ganda” (Riwayat Al-Tirmizi)
Ibni Abbas r.a berkata:
“Sesiapa membaca Yasin di waktu pagi diberikan untuknya kemudahan hari itu sampai ke petang dan sesiapa membacanya di awal malam, diberikan untuknya kemudahan malam itu sampai ke pagi” (Riwayat Al-Darimi)
Buat mereka yang masih mencari jodoh, boleh amalkan Surah Yasin, ayat 36. Ayat ini juga turut dikenali sebagai doa pengasih.

https://www.youtube.com/watch?v=BgonYFU7vCM
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Baca Doa Ini Bila Dipuji, Untuk Elak Diri Rasa Riak, Ujub & Takabbur

Apabila dipuji, timbul juga sedikit rasa bangga secara tidak sengaja. Adakah ada doa khusus yang diajarkan Nabi SAW yang perlu dibaca ketika kita dipuji.
Pertamanya, perlu diingatkan bahawa memuji-muji seseorang secara berlebihan di hadapannya dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.
Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.anh bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
وَيْحَكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ مِرَارًا إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ مَادِحًا صَاحِبَهُ لاَ مَحَالَةَ فَلْيَقُلْ أَحْسِبُ فُلاَنًا وَاللَّهُ حَسِيبُهُ وَلاَ أُزَكِّي عَلَى اللَّهِ أَحَدًا
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”. Sahih Muslim (3000)
YANG DIPUJI JANGAN RIAK, UJUB DAN TAKABBUR
Puji-pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan salah satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati-hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.
Terdapat satu doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan:
كَانَ الرَّجُلُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذَا زُكِّيَ قَالَ: اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji mengucapkan: “Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”. Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (761)
Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:
اللهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ بِي مِنْ نَفْسِي، وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِي مِنَ النَّاسِ، اللهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:
وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ
Maksudnya: Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan. Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)
Doa ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

Maksudnya: Jangan kalian memuji-muji diri kalian sendiri, Kerana Dia-lah yang paling tahu siapa yang bertaqwa. Surah al-Najm (32)
Sufyan bin Uyainah pernah berkata,
قالت العلماء المدح لا يغر من عرف نفسه
Maksudnya: Para ulama mengatakan: pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan). (Rujuk Hilyatul Auliya’ 7/302)
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Baca Doa Ini Ketika Bingung Nak Buat Pilihan

Hidup ini satu persimpangan yang memaksa kita membuat pilihan. Ada kalanya ia cukup membingungkan; tak tahu nak pilih yang mana.
Kita pun tak pasti apakah keputusan yang bakal kita buat itu nanti betul atau tidak. Tidak hairanlah apabila ada yang buat keputusan berdasarkan rasa berani, agak-agak dan berdasarkan pandangan orang lain. Boleh pening dan gundah jadinya.
Andai kita berada dipersimpangan itu, hanya satu amalan yang berkesan perlu kita ambil dan dilakukan secara istikomah iaitu berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah SWT agar semuanya berjalan lancar.
Di antara doa yang kita boleh amalkan ialah:
تَوَكَّلْتُ عَلَى اْلحَيِّ الَّذِيْ لَا يَمُوْتُ اَبَدًا والْحَمْدُ للهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً
Aku pasrah terhadap zat yang tidak akan mati selamanya. Dan, segala puji bagi Allah, zat yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaanNya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.
Ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Thabaqatusy Syadziliyah Al-Kubro berikut;

تَوَكَّلْتُ عَلَى اْلحَيِّ الَّذِيْ لَا يَمُوْتُ اَبَدًا والْحَمْدُ للهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً
Jika kamu hendak ingin selamat dari perkara yang membingungkanmu, maka bacalah; Tawakkaltu ‘alal hayyil ladzii laa yamuutu abadan. Walhamdu lillaahil ladzii lam yattakhidz waladan walam yakullahuu syariikun fil mulki walam yakullahuu waliyyun minadz dzulli wa kabbirhu takbiiro.
Kashoorga: Selain doa, kita disunatkan mendirikan solat istikharah.Buat dengan istikomah dan yakin akan petunjuk Allah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi Ayat Pengikat Kasih Antara Suami Isteri

Kasih sayang antara suami isteri perlulah sentiasa dipupuk. Ibarat pokok, tentulah perlukan baja untuk terus hidup subur. Maka begitu jugalah dengan rumah tangga. Ibarat air laut yang ada pasang surutnya, begitu jugalah dengan kasih sayang. Oleh itulah suami dan isteri perlu sama-sama ‘berganding’ bahu demi menyuburkan kasih sayang antara satu sama lain.
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood telah berkongsi ayat pengikat kasih antara suami isteri.
Ia adalah dari Surah Al-Imran ayat 26 hingga 27. Dibaca sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat fardu. Menurutnya amalan secara berterusan insya-Allah hubungan suami isteri menjadi lebih erat.
Ayat ini bukan sahaja untuk pengikat kasih suami isteri, tetapi juga boleh diamalkan untuk bantu kita mudah selesaikan hutang.
(Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)

Dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal tulisan Ustaz Hj Zahazan Mohamed Abu Hannan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI