Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi ketika rukuk dan Subhana Rabbi al-A’la wa Bihamdihi ketika sujud.
Namun, pada hakikatnya menurut Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia terdapat beberapa lagi doa yang lain, yang pernah dibacakan sendiri oleh Rasulullah ketika Baginda rukuk dan sujud.
Tasbih dan istighfar ketika sujud
Antaranya seperti yang direkodkan oleh al-Bukhari. Saidatina Aisyah menceritakan bahawa Rasulullah sering membaca tasbih dan lafaz istighfar ini ketika sujud.
Kata Aisyah: Sesungguhnya Rasulullah banyak membaca zikir ini ketika Baginda sujud iaitu:
Maksudnya: Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan segala puji-pujian buat-Mu. Ya Allah Ampunkanlah (dosa-dosaku). (HR al-Bukhari)
Manakala dalam riwayat Muslim pula, Saidatina Aisyah turut pernah menceritakan bahawa Rasulullah juga membaca tasbih ini di dalam rukuk dan sujud Baginda.
Lafaz ini mirip dengan lafaz yang sering kita ungkapkan dalam bulan Ramadan iaitu:
Maksudnya: Maha Suci, Maha Quddus, Tuhan kepada seluruh Malaikat dan Ruh. (HR Muslim)
Zikir dalam rukuk
Saidina Auf bin Malik pula menceritakan pengalaman beliau mendirikan solat bersama dengan Rasulullah. Menurut beliau, Baginda akan membacakan zikir ini di dalam rukuk Baginda iaitu:
Maksudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosaku selurunya, yang halus atau yang besar, dari awalnya hingga akhirnya. (HR Abu Daud)
Oleh yang demikian, tidak menjadi halangan buat kita untuk mempelbagaikan zikir berdasarkan doa, zikir dan tasbih yang diungkapkan oleh Rasulullah sendiri. Adalah lebih andai sekiranya dapat kita hayati setiap lafaz dan maksudnya.
Seringkali kita mendengar dan membaca bahawa Islam adalah agama Rahmatan Lil Alamin. Namun apakah sebenarnya makna Rahmatan Lil’Alamin tersebut? Apakah sebenarnya pengertian dan maksud dari kalimah tersebut?
Rahmatan Lil Alamin merupakan rasa kasih sayang, kurnia, dan nikmat yang Allah SWT berikan kepada makhluknya dan seluruh alam semesta. Maka Allah menurunkan Islam sebagai rahmat melalui utusannya iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa dan pembimbing jalan untuk meraih rasa kasih sayang Allah di dunia mahupun di akhirat kelak.
Agar kita tidak salah memahami kalimah tersebut, lihat tafsir dari ayat Al-Quran (surah Al-Anbiya ayat 107)
“Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia”
(QS. Al Anbiya: 107)
Nabi Muhammad SAW diutus dengan membawa ajaran Islam maka Islam adalah Rahmatan Lil Alamin. Islam adalah rahmat bagi seluruh manusia.
Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin menjelaskan bahawa agama Islam mengandungi ajaran yang sempurna sebagai pedoman hidup manusia yang merangkumi keselamatan, kedamaian, kemakmuran, kesejahteraan baik di dunia dan akhirat. Itulah misi Nabi Muhammad SAW mengajarkan Islam kepada umat manusia. Kemakmuran yang dimaksudkan bukan semata ditujukan hanya untuk manusia, tetapi untuk seluruh makhluk yang ada di alam semesta ini iaitu manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, alam, serta makhluk ciptaan Allah lainnya.
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna kerana ia merangkumi segala aspek kehidupan. Agama Islam wajib difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan. Ia tidak hanya menjadi kepercayaan dan rasionalisasi sahaja tetapi mencakupi ibadah hablun minal laah (hubungan manusia dengan Allah) dan pengaplikasian tata cara bermasyarakat dengan segala aspeknya dalam lingkup hablun minan naas (hubungan antara sesama manusia).
Sebagai makhluk sosial, manusia sudah tentu berhubungan dan berinteraksi dengan manusia lainnya. Seorang Muslim juga tentu harus mengaplikasikan nilai-nilai Islam yang Rahmatan Lil Alamin dalam kehidupan bermasyarakat.
BERIKUT EMPAT APLIKASI NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT:
Ukhuwah Islamiyah
Dalam hal akidah Islam, kita adalah bersaudara dengan sesama umat muslim lainnya. Islam mengatur hal ini dalam tata cara bermasyarakat kepada sesama muslim. Contoh pelaksanaan dalam kehidupan sehari-hari yang mencerminkan ukhuwah Islamiyah antara lain seperti menjaga hubungan baik sesama muslim, segera berdamai jika berselisih faham serta ‘berlawan-lawan’ menuju kebaikan dalam Islam.
Ukhuwah Basyariyah Insaniyah
Sebagai rahmat bagi semesta alam, Islam mengajarkan tentang semangat persaudaraan antara sesama manusia. Darjat kita sama sahaja di hadapan Allah, kecuali iman dan takwa yang membezakannya. Contoh pelaksanaan dalam kehidupan sehari-hari yang mencerminkan ukhuwah basyariah insaniyah ini antara lain seperti saling bertegur sapa dan ikhlas menerima kritikan.
Ukhuwah Wathoniyah
Islam mengajarkan sikap cinta terhadap tanahair. Dalam konsep ukhuwah wathoniyah atau kenegaraan, kita sebagai bangsa adalah bersaudara. Kesepakatan ini mencipta kesatuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Ukhuwah ‘ubudiyah
Kehidupan bermasyarakat juga tidak dapat lari daripada interaksi dengan alam. Manusia harus bersikap baik dan menjaga alam, sebagaimana makna dari Islam sebagai rahmat seluruh alam. Contoh pelaksanaan dalam kehidupan sehari-hari yang mencerminkan ukhuwah ‘ubudiyah ini boleh kita lakukan dari perkara yang sederhana seperti menjaga kebersihan alam sekitar dan kelestarian alam.
Inti pati tentang Rahmatan Lil Alamin ini turut menjadi topik perbincangan dalam Kashoorga Talk,
Episod pertama Kashoorga Talk bersama YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Brother Firdaus Wong akan membicarakan tajuk *Islam Bukan Hanya Untuk Melayu.*
Berdasarkan beberapa tafsir para ulama ahli tafsir berdasarkan surah Al-Anbiya, ayat 107 maka dapat disimpulkan Islam Agama Rahmatan Lil’Alamin adalah:
1.Di utusnya Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Allah adalah bentuk kasih sayang Allah kepada seluruh manusia.
2. Hukum-hukum syariat dan aturan-aturan dalam Islam adalah bentuk kasih sayang Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya.
3. Nabi Muhammad SAW dan hukum-hukum syariat islam yang dibawa oleh beliau adalah rahmat bagi alam semesta. Seluruh manusia mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW.
4. Bentuk rahmat bagi orang yang beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, yang membenarkan beliau serta taat kepada beliau dan apa yang dibawa oleh beliau, adalah rahmat yang sempurna berupa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
5. Orang kafir yang memerangi/memusuhi Islam juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW, iaitu dengan diwajibkannya perang melawan mereka. Ini kerana kehidupan mereka di dunia lebih lama hanya akan menambah kepedihan siksa neraka di akhirat kelak.
6. Orang kafir yang terikat perjanjian dengan kaum muslimin juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW iaitu dengan dilarangnya membunuh dan merampas harta mereka.
7. Secara umum, orang kafir mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW berupa dihindari daripada azab yang menimpa umat-umat terdahulu yang menentang Allah. Sehingga setelah diutusnya Nabi Muhammad SAW, tidak akan ada kaum kafir yang diazab dengan cara ditenggelamkan seluruhnya atau dibenamkan ke dalam bumi seluruhnya atau diubah menjadi binatang seluruhnya.
8. Orang munafik yang mengaku beriman secara lisan namun ingkar dalam hati juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad SAW. Mereka mendapat manfaat berupa terjaganya darah, harta, keluarga dan kehormatan mereka. Mereka pun diperlakukan sebagaimana kaum muslimin yang lain dalam hukum waris dan hukum yang lain. Namun di akhirat kelak Allah akan menempatkan mereka di dasar neraka Jahanam.
Sumber: Indahnya Islam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Fitnah merujuk kepada sebarang tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau sesuatu pihak yang membawa kepada porak-peranda.
Hukum fitnah jelas haram dan ditegah. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]
Namun begitu hari ini dengan kehadiran teknologi maklumat dan perkembangan sosial media fitnah berleluasa hingga menjadi seperti perkara biasa.
Antara apabila seseorang mengada-adakan suatu berita mengenai seseorang lalu menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang tersebut.
Satu lagi fitnah yang mungkin secara sedar atau tak sedar dilakukan apabila seseorang menerima berita mengenai seseorang tanpa menyelidiki kesahihannya lalu menyebarkannya kepada orang lain sama ada dengan niat untuk memburuk-burukkan atau tidak.
Doa dihindarkan dari fitnah orang yang zalim
Menyedari mudahnya fitnah dibuat dan disebar tak dinafikan kita sendiri boleh menjadi mangsa fitnah. Disebabkan itu kita harus memohon perlindungan dari Yang Maha Esa agar terlindung dari fitnah ini.
Antara yang boleh kita lakukan adalah mengamalkan doa yang dikongsi oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra.
Ujar beliau hidup di akhir zaman ini duduk diam di dalam rumah pun boleh kena fitnah.
“Tak semua orang suka kita. Hidup akhir zaman ni kena hati-hati. Banyak sangat fitnah yang boleh kena kepada kita. Duduk rumah diam-diam pun boleh kena fitnah.”
Sama-sama amal doa dari surah Yusuf ayat 85-86, moga Allah lindung kita semua dari fitnah-fitnah jahat orang zalim. Doa yang dikongsi ringkas dan boleh dihafal untuk kita praktikkan setiap hari.
Setelah berkahwin suami wajib memenuhi keperluan isterinya seperti makanan, minuman dan juga ubat-ubatan walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri.
Namun ada juga terjadi selepas suami melunaskan pemberian wang nafkah, isteri memberikan pula wang tersebut kepada ibunya setiap bulan. Ada suami yang tidak kisah tapi ada juga yang tidak reda dengan tindakan isteri itu.
Perlu diketahui bahawa bapa dan ibu mentua tidak termasuk tanggungan wajib suami. Memahami ini, maka tidak dibenarkan seorang isteri mengambil harta suaminya untuk diberikan kepada orang tuanya kecuali dengan izin serta keredaan suami.
Anak-anak kandung wajib menafkahi mentua
Sekiranya seorang isteri memiliki harta peribadi (bukan harta suami) dan dia memiliki harta yang lebih daripada keperluannya, maka wajib baginya untuk menafkahi kedua orang tuanya yang fakir.
Menafkahi kedua orang tua adalah kewajiban anak kandung, baik lelaki ataupun perempuan. Dan hal itu termasuk bentuk bakti kepada keduanya.
Ibnul Mundzir (318 H) berkata:
أجمعأهلالعلمعلىأننفقةالوالدينالفقيريناللذينلاكسبلهما،ولامال،واجبةفيمالالولد… “Telah sepakat ahli ilmu bahawa nafkah kedua orang tua yang fakir yang tidak memiliki penghasilan dan tidak memiliki harta adalah sebuah kewajiban pada harta seorang anak. (Al-Mughni: 8/212)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu anha, Nabi ﷺbersabda:
إنَّأَطْيَبَمَاأَكَلَالرَّجُلُمِنْكَسْبِهِ،وَإِنَّوَلَدَهُمِنْكَسْبِهِ.»رواهأبوداود. “Sungguh sebaik-baik makanan yang dimakan oleh seseorang adalah dari hasil usahanya dan sesungguhnya anak dia adalah bahagian dari hasil usahanya.” (HR. Abu Dawud)
Hadis ini menerangkan bahawa orang tua memiliki hak atas harta anaknya. Maka boleh bagi keduanya untuk mengambil darinya. Tentu dengan beberapa syarat seperti;
(1) Mengambil sebatas yang tidak bermudarat bagi anaknya, (2) Tidak mengambil harta yang berkaitan dengan keperluan anak, (3) Tidak mengambil untuk diberikan kepada anaknya yang lain. Dan sebahagian ulama menjelaskan hal tersebut hanya diperbolehkan dalam keadaan ketika orang tua memerlukan saja.
Seorang anak kandung; lelaki atau perempuan wajib untuk menafkahi kedua orang tuanya apabila dalam keadaan berikut;
Pertama: Orang tua yang fakir dan tidak ada pekerjaan (sumber pendapatan)
Kedua: Keperluan anak adalah mencukupi dan memiliki harta yang lebih daripada keperluannya.
Akan tetapi telah terjadi perselisihan dalakalangan para ulama siapakah yang wajib menafkahi atau memberi belanja bulanan kedua orang tua apabila memiliki anak laki-laki dan perempuan.
Ibnu Qudamah (682 H) dalam Al-Mugni berkata:
وإناجتمعابنوبنت،فالنفقةبينهماأثلاثا،كالميراث. وقالأبوحنيفة: النفقةعليهماسواء؛وقالالشافعي: النفقةعلىالابن؛لأنهالعصبة. “Jika berkumpul anak laki-laki dan perempuan, maka nafkah antara keduanya dibahagi sepertiga bahagian seperti dalam warisan. Dan berkata Abu Hanifah: Nafkah atas keduanya sama. Dan berkata Syafi’i: Nafkah itu atas anak lelaki, kerana ia adalah Ashabah (Ahli waris yang bahagiannya tidak ditentukan).” (Al-Mughni: 8/219)
Maksud dari “antara keduanya dibahagi sepertiga bahagian seperti dalam warisan” iaitu kerana dalam warisan bahagian satu orang anak lelaki sama dengan bagian dua anak perempuan.
Misal orang tua yang memiliki seorang anak laki-laki dan seorang anak perempuan maka anak lelaki wajib memberikan nafkah dua pertiga bahagian dan anak perempuan sepertiga bahagian.
Apabila memiliki seorang anak lelaki dan dua anak perempuan maka nafkah dibahagi empat bahagian dua bahagian atas anak lelaki dan dua bahagian atas dua anak perempuannya. Dan begitu seterusnya.
Ini adalah yang wajib, akan tetapi sekiranya salah satu daripada mereka telah mencukupi nafkah orang tuanya maka gugur kewajiban nafkah atas saudara yang lain. Dan baginya pahala di sisi Allah Ta’ala. Atau semua sepakat dengan jumlah tertentu atas masing-masing mereka.