‘Doa dijodohkan dengan ahli kumpulan BTS Depan Kaabah.’ Jangan bagi alasan minat, jaga adab di Tanah Suci.
Beberapa hari lalu tular di TikTok dengan sebuah video seorang jemaah umrah yang dikatakan berdoa di Tanah Suci Mekah agar dijodohkan dengan penyanyi K-pop.
Perkongsian ini sekaligus menjadi perdebatan hangat di kalangan yang menyelar tindakan gadis tersebut yang dianggap melampau.
Bukan sekadar berdoa, malahan gadis tersebut turut mengedit fotonya bersama penyanyi K-pop kesayangannya itu sambil berdoa di depan Kaabah.
Tidak dinafikan setiap mempunyai minat dan idol tersendiri, namun jangan dibiarkan perkara ini mempengaruhi hingga terbawa-bawa ke Tanah Suci.
Minat sekalipun pada artis tersebut, simpan sekejap. Fokus pada ibadat dan banyakkan amalan-amalan sunat yang lain ketika tunaikan umrah.
Ads
Dengan Ahli Kumpulan BTS Depan Kaabah
Ikuti perkongsian Iddin Ramli dan hadam baik-baik nasihatnya:
Cuba kita bayangkan ada someone dari agama lain dan dia obses serta minat sangat dekat kita. Dia kumpul semua gambar kita then dia print dan dia buat dekat rumah ibadat dia. Dia record depan patung sembahan dia.
Jangan Bagi Alasan Minat
Then dia viralkan dekat TikTok. Agaknya apa yang kita rasa? Psycho kan? Tolong eh jangan cakap, “Eh, ini cuma minat, ini hobi kami.’ Jangan tolonglah.
Ads
Ini bukan minat. Perkara ini sudah tahap obses sudah ni. Ini berlebih-lebihan namanya. Ada perkara yang lebih layak untuk kita rindukan dan agungkan di Tanah Suci.
Jaga Adab Di Tanah Suci
Jangan cemari keberadaan kita dekat Tanah suci dengan melakukan perkara-perkara yang merosakkan, kemaksiatan dan sebagainya.
Ingat, kita dekat Tanah Suci tempat yang mulia. Jagalah adab dan hargailah waktu kita berada di sana dengan perbanyakkan ketaatan kepada Allah dan mengingati Nabi Muhammad s..a.w.
Ustazah Asma’ kecewa arab saudi sambut pesta halloween besar-besaran, ini petanda bencana akhir zaman. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku amat membimbangkan kerana ramai di kalangan kita anggap menyambut Halloween tak salah.
Padahal anak muda sekarang bukan sekadar menyambut pesta menyerupai perayaan orang bukan Islam, malah berlakunya pergaulan bebas dan yang wanitanya sanggup mendedahkan aurat semata-mata nak ikut tema.
Masyallah begitu sakitnya anak muda sekarang, malah lebih sedih bila Arab Saudi juga menyambut Pesta Halloween ini secara besar-besaran. Perkara ini turut mendapat perhatian Ustazah Asma’ Harun dan ikuti perkongsiannya:
Pesta Halloween besar-besaran, tanda bencana umat akhir zaman.
Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini kita melihat pesta Halloween seolah menjadi suatu budaya yang sedang dinormalisasikan.
Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri, sudah mula tular di media sosial gambar-gambar anak muda Melayu Islam yang bertudung litup turut menyambut pesta ini. Allahuakbar.
Mengapa pesta Halloween ini tidak boleh disambut oleh orang Islam?
Arab Saudi Sambut
Sejarah perayaan halloween
Halloween adalah perayaan sebahagian daripada penganut Kristian yang dirayakan setiap kali tibanya 31 Oktober. Bagi mereka ia bertujuan untuk memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints) dan pejuang-pejuang agama (martyrs) dalam kalangan orang Kristian.
Halloween berasal daripada istilah All Hallow’s Eve iaitu malam sebelum all hallow yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.
Perayaan Halloween juga asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno, ia berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.
Hari ini, Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh pergi rumah ke rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram.
Pesta Halloween Besar-Besaran
Di dalam Islam ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah Islam yang sebenar, bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Quran.
Hukum Menyambut Halloween
Hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.
Rasulullah SAW juga telah melarang umat Islam menyerupai kaum kafir.
Daripada Rasulullah SAW Ibn Umar r.a.,berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Telah berkata Rasulullah SAW: sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. – (HR Abu Daud, hadis hasan)
Berdasarkan hadis di atas, seorang Muslim itu dilarang untuk berkelakuan, meniru gaya atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.
Selangkah Demi Selangkah Mengikuti Jejak Orang Yahudi dan Nasrani
Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.
Maksudnya:
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” – (HR Muslim)
*Dhob – biawak padang pasir
Ini Petanda Bencana Akhir Zaman
Sahabat semua,
Kita amat sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam. Dan yang cukup merisaukan juga saat melihat anak-anak di negara kita turut terlibat sama merayakannya.
Pesta sebegini bukan sahaja dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang kafir, tetapi juga kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan pendedahan aurat yang tidak terkawal dalam kalangan mereka yang menyambutnya.
Duhai Pemimpin Islam, Lakukanlah Sesuatu
Tugas sebagai seorang pemimpin amat besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.
Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa jua acara yang melibatkan maksiat dan hiburan melampau, bukan sahaja kepada pesta Halloween yang berlaku di Arab Saudi ini.
Semoga Allah SWT sentiasa membimbing para pemimpin Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, Allah SWT memelihara kita dan seluruh zuriat keturunan daripada segala fitnah akhir zaman.
Sahabat, mari kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan.
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِك
Maksudnya: “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.” – (HR Muslim, status sahih)
Semoga bermanfaat buat semua.
Silakan share, kita berkongsi kebaikan dan ganjaran pahala.
ASMA’ BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN #UAHSahabatDuniaAkhirat
Kashoorga : Tak perlu nak menikut budaya barat menyambut pelba gai perayaan, masih banyak lagi perayaan yang kita mampu raikan dan tak bertentangan dengan agama.
Pernah tidak anda berhadapan dengan situasi terlupa membaca doa qunut ketika menunaikan solat Subuh.
Ataupun terlepas dari melakukan tahiyyat awal dan ingat-ingat lupa erapa rakaat sudah dilakukan dalam solat.
Jika risau, jangan takut kerana solat tidak batal tetapi perlu melakukan sujud sahwi. Dan bagi yang tidak tahu tertib melakukan sujud sahwi ini, perkongsian video dari lelaki ini berkenaan sujud sahwi yang perlu dilakukan sebelum salam pada tahiyyatul akhir.
Sujud sahwi ini juga hendaklah dilakukan dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturut-turut.
Kemudian duduk kembali dalam posisi tahiyyat akhir dan barulah salam seperti biasa tanpa mengulang bacaaan lagi.
Antara sebab lain yang perlu melakukan sujud sahwi selain terlupa Qunut ialah:
Terlupa membuat tahiyyat awal pada rakaat kedua dan juga terlupa bilangan rakaat atau tertambah bilangan rakaat maka perlu buat sujud sahwi sesudah membaca bacaan tahiyyat akhir sebelum bagi salam.
Cuma jika sekiranya terlupa juga membuat sujud sahwi tiada masaalah solat masih sah kerana kita cuma meninggalkan perkara sunat, akan tetapi itu adalah sunat ab ‘adh.
Sunat ab’adh ialah sunat yang sangat dituntut jadi kalau boleh elakkan dari terleka dari solat wallahu a’lam.
Pemandangan solat subuh di Masjid Temerloh Jaya atau Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shahini tak seperti masjid lain. Suasananya meriah, penuh dengan jemaah seakan solat Jumaat.
Jemaah yang hadir mencapai 800 orang hingga kadang kala melimpah keluar masjid. Suasana luar biasa masjid ini di waktu Subuh memang banyak dikongsi netizen di media sosial.
Malah ramai yang datang dari negari lain semata-mata ingin merasaikan kemeriahan solat subuh berjemaah di masjid ini.
Kemeriahan masjid ini bukan saja pada waktu Subuh tapi juga pada waktu lain. Ternyata gerakan dakwah yang dilakukan ahli jawatankuasa masjid ini memberi impak yang besar.
Menjelaskan strategi awal yang dilakukan untuk mengajak masyarakat mengimarahkan masjid kata Ustaz Dr Abdullah Ismail Pengerusi Masjid Temerloh Jaya ia bermula dengan usaha melakukan majlis jamuan perdana rakyat yang dibuat setiap bulan di masjid.
“Setiap bulan, kami anjurkan jamuan perdana untuk jamuan masyarakat. Kami gunakan RM4-RM5k untuk buat makan-makan selepas solat Isyak. Jamu dengan kambing dan sebagainya.
“Ajak seluruh masyarakat makan sama-sama tak kira siapa, mereka solat atau tidak. Rupa-rupaya orang kita suka makan, ada yang datang untuk makan saja tapi kita pesan pada AJK jangan pandang rendah pada mereka ini.
“Bulan pertama mereka datang untuk makan tak sembahyang. Bulan kedua mereka sembahyang Isyak dan makan. Dan bulan ketiga merekalah yang memenuhkan solat subuh berjemah pada hari ini.
“Kami duduk sama-sama hari ini di masjid untuk dengan penuh kasih sayang, cinta ilmu dan faham dan belajar tentang agama.
“Masjid kami biasa saja tapi sampai hari ini ada ramai pelawat dari luar yang datang untuk solat subuh. Setakat ini dah hampir 18 ribu pengunjung dari serata negeri datang untuk merasai suasana di masjid ni.
“Ramai yang datang dari luar Pahang setiap subuh pagi Sabtu dan Ahad untuk merasai kenikmatan subuh berjemaah. Maknanya dalam negara kita ini ramai orang baik, yang rindu nak merasa solat subuh berjemaah yang meriah. Mereka sanggup datang dari jauh untuk merasai suasana ini,”ujar beliau dalam satu majlis.
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...