Bagi ibu dan ayah, tiada perkara lain paling berharga daripada keselamatan anak. Kita sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka sihat dan terhindar daripada perkara buruk.
Dalam, dunia moden hari ini, mendidik dan menjaga anak adalah antara perkara yang sangat mencabar dilaksanakan. Ia adalah satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dijalankan dengan redha Allah.
Dengan ibu ayah bekerja, masa bersama anak-anak amat terhad. Kebijaksanaan, kesungguhan, tawakal dan istikomah sahaja yang mampu membantu memastikan anak-anak terdidik dan terpelihara akhlaknya dari kecil hingga dewasa.
Kita tak mahu menjadi ibu ayah yang hanya bertindak selepas ada perkara buruk berlaku. Langkah pencegahan harus dari awal.
Artikel berkaitan:Suap Isteri Dan Anak Makan,Rezeki Datang Mencurah-curah -Ustaz Ebit Lew
Sebagai seorang muslim, perkara utama perlu kita lakukan ialah sentiasa mendekati Allah memohon kepadaNya agar memelihara keselamatan sekeluarga sepanjang masa. Dunia teknologi hari ini telah mempercepatkan pengaruh negatif merosak minda anak-anak jika ia tidak dikawal.
Dalam kekalutan dunia sekarang, kita jangan putus asa. Ada jalan ditunjukkan Allah. Kita ikuti perkongsian menarik ustaz Khaili Razak yang telah admin sunting tentang nasihat seorang maulana kepadanya bagaimana menjaga kesejahteraan diri, suami, isteri dan anak-anak.
Amalan Untuk Hindar Anak Terlibat Perkara Buruk
Teringat saya pernah dapat nasihat darpada seorang maulana. Bagus untuk ibu dan ayah (parenting). Namanya Maulana Jamal.
Masa itu first time saya berjumpa dengan beliau iaitu di majlis perkahwinan Ustaz Khann Da’ie. Saya tahu beliau ini adalah guru kepada isteri saya semasa di madrasah.
Semasa hari pertama perkahwinan kami, isteri saya ada membuat satu permintaan, “Boleh saya minta sesuatu dengan awak?”
Saya terdetik dalam hati “Aik, baharu sahaja kahwin dah nak buat permintaan?” Maklumlah kami tak pernah kenal.
Saya kata apa dia? “Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz saya sebab saya sayang ustaz-ustaz yang pernah ajar saya tentanga gama sampai jadi alimah”
Allahu. Saya ingat nak minta apa tadi.
Saya kata insyaAllah. MasyaAllah dalam hati saya, kalaulah semua pelajar Malaysia ada sifat dengan guru macam ini. Buat hubungan dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar kita dulu. Berkatnya hidup.
Berbalik kepada perbualan saya dengan maulana Jamal. Saya sapa beliau. “Assalamualaikum Ustaz. Ustaz Jamal kan?
Saya suami kepada anak Hj Aris Bangi. Boleh saya duduk makan sekali dengan ustaz?
Ustaz membalas, “Oh, masyaAllah silakan-silakan. Anta motivator pelajar ya?”
Saya terperanjat bagaimana maulana ini boleh tahu. Saya balas sambil berkata “Sikit-sikit la ustaz belajar-belajar cakap depan pelajar. Doakan saya ustaz.”
Ustaz Jamal terus memberitahu saya, “Kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah, bolehkah anta beritahu mereka perkara penting ini? Sangat penting!” Saya kata “MasyaAllah ustaz boleh. Apa perkara penting itu ustaz?”
Ujar ustaz Jamal,” Beritahu semua bapa, buat amalan ini. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah, di masjid atau madrasah secara sembunyi. Masa masukkan duit dalam tabung RM1 atu RM10, niatkan dalam hati doa ini;
“Ya Allah, pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku dan dalam diri anak aku. Ya Allah pecahkanlah batil-batil yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku”
Sebab apa? Sebab begitu banyak batil-batil kejahatan-kejahatan yang ada dan susah nak kawal zaman ini. Hanya Allah boleh bantu.
Mengapa lafaz doa ini dibuat semasa bersedekah? Sebab masa bersedekah secara sembunyi dalam hadis ada sebut bahawa masa itu dapat memadamkan kemurkaan Allah. Masa itu jika kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan
Saya tak terfikir apabila ustaz Jamal cakap macam itu, baharu terlintas begitu banyak sekarang ini batil-batil yang berlaku di keliling kita. Anak-anak terdedah dengan website-website yang tak tidak dan sebagainya.
Suami pulak terdedah dengan perkara-perkara yang menjadi sebab maksiat. Boleh bergalak ketawa dengan isteri orang. Isteri hari ini berapa ramai yang dikelilingi kebatilan. Bermesra dengan suami orang. Bergelak ketawa di office. Benda-benda ni semua kita tak boleh nak kawal.
Susah nak kawal. Hanya dengan amalan sahaja minta Allah pecahkan. Ya Allah ampuni dosa kami.
Ustaz Jamal beritahu lagi, “Amalan ibu pula. Setiap lepas solat fardhu, doa perkara yang sama juga. Doa ibu ini sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu. Hadis nabi sebut doa sangat makbul lepas solat fardhu”
Ya Allah…saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna untuk saya dan isteri saya dan semua orang. Lepas makan saya terus ambil buku nota dan terus salin apa yang ustaz Jamal beritahu saya.
Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah-sekolah, saya tak pernah lupa untuk beritahu perkara ini kepada ibu bapa.
Ya Allah…jagalah anak-anak kami untuk kami. Jauhkanlah anak-anak kami, isteri suami kami daripada maksiat dan dosa. Kami tak mampu ya Allah. Kami lemah dan dhoif. Ampunilah kami. Aamin.
Artikel berkaitan:4 Doa Mustajab Buka Luas Pintu-pintu Rezeki
Sumber: Ustaz Khailil Razak