Apa doa yang sering kita baca sebagai umat Islam? Banyak kali kita baca sampai tak merasa ia adalah satu doa. Walhal doa yang kita ucapnya itu sangatlah besar maknanya mencakupi keperluan kita di dunia dan akhirat.
Doa ini dibaca paling kurang 17 kali setiap hari (bagi orang yang solatnya cukup 5 waktu sehari semalam). Doa itu adalahdoa diantara dua sujud. Mari kita renungi maksudnya :
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redaan Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.
WARHAMNII ( وَارْحَمْنِيْ) Sayangilah diriku.
Kalau kita disayang Allah, hidup akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang Allah diri kita akan terbimbing.
Ads
WAJBURNII ( وَاجْبُرْنِيْ) Tutuplah segala kekuranganku.
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.
WARFA’NII ( وَعَافِنِي) Tinggikanlah darjatku.
Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghinakan kita.
WARZUQNII ( وَارْزُقْنِي) Berikanlah aku rezeki
Ads
Sebagai hamba Allah kita memerlukan rezeki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.
WAHDINI ( وَاهْدِنِي) Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan.
Kita tidak hanya minta petunjuk atau hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar daripada mengambil keputusan yang salah.
WA’AAFINII ( وعافِني ) Berikanlah aku kesihatan.
Ads
Apabila kita sihat kita boleh menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”
WA’FUANNII ( وَاعْفُعَنِّيْ) Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.
Kita awali doa ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus supata kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.
Allah memerintahkan kita untuk membaca doa itu, Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita. Tapi persoalannya “Dimana hati dan fikiran kita ketika kita membaca doa itu?”
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa,“Allah tidak akan mengabulkan doa yang keluar dari hati yang lalai”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ketika negara kita dan dunia dilanda pandemik akibat virus Covid-19, ramai diuji dengan kesempitan hidup.
Ada yang diberhentikan oleh majikan, tidak dapat keluar mencari rezeki bekerja mahu pun berniaga akibat sekatan pergerakan yang dikenakan untuk mengekang penularan wabak ini.
Sehingga ada kalangan yang kesempitan ini dengan berat hati menaikkan bendera putih sebagai tanda mohon dibantu apabila sudah habis ikhtiar menyediakan makanan untuk keluarga terutamanya.
Allah sedang ‘membuka’ gedung pahala bagi yang mampu
Jika insan yang menanggung keadaan ini melihat ia sebagai satu “kepayahan dan kesusahan” tetapi dari satu sudut lain sebenarnya Allah sedang “membuka” gedung pahala bagi golongan yang berkemampuan melakukan ibadah sedekah.
Jadi ‘buka mata’ dan lihat orang sekeliling kita yang mungkin sedang diuji, dan inilah peluang kita meraih pahala besar dengan segera memberikan bantuan khususnya makanan kepada mereka yang mungkin sedang menangis kelaparan.
Paling mudah dan terbaik, sedekah beras
Paling mudah dan terbaik yang boleh kita lakukan untuk membantu golongan ini adalah dengan memberi sedekah beras. Apatah lagi nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia.
Dalam pada memberi sedekah beras, adalah elok sekiranya kita memberi beras yang terbaik dan berkualiti tinggi.
Antaranya Beras Faiza, yang juga beras keluaran syarikat Bumiputera dan Muslim.
Ada banyak jenis beras keluaran Faiza yang boleh dipilih untuk dijadikan sedekah malah ada diantaranya cukup sesuai untuk diberi kepada golongan susah pada masa yang sama berpenyakit.
Sebagai contoh beras Taj Mahal yang dikenali sebagai beras kesihatan nombor satu di Malaysia serta mendapat pengiktrafan dari Institut Diabetes Kebangsaan. Begitu juga dengan beras Basmathi, Faiza Emas dan Beras Siam Wangi.
Pengajaran dari kisah Habil dan Qabil
Mengambil ibrah dari kisah Habil dan Qabil dalam surah Al-Maidah ayat 27, ketika diminta mempersembahkan barangan terbaik mereka untuk mendampingkan diri kepada Allah, Habil telah memberikan kambing yang gemuk dan sihat sehingga Allah memilihnya berbanding Qabil yang memberi tidak seikhlas hati.
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 27 bermaksud, “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil).
Samalah ketika kita memberi sedekah, berilah beras yang terbaik dan berkualiti tinggi agar Allah melihat keikhlasan kita memberinya.
Untuk maklumat lanjut tentang jenama beras Faiza yang juga pelopor beras Basmathi berkualiti tinggi boleh layari;
Saat mula bergelar suami isteri, pastinya tidak sabar untuk memeluk pasangan kita sebagai tanda kasih dan cinta. Namun apabila usia perkahwinan sudah semakin lama, amalan itu seperti jarang dilakukan dek kerana kesibukan dengan urusan masing-masing.
Namun sebenarnya dalam mengekalkan hubungan suami isteri supaya terus utuh, amalan memeluk pasangan ini memang sangat digalakkan. Isteri sebenarnya akan rasa diri terasa selamat dan dilindungi serta merasakan dirinya sentiasa menjadi insan paling di sayang suaminya sendiri.
Ayuh kita lihat kelebihan lain amalan memeluk pasangan ini, tidak kiralah ketika mahu keluar bekerja, balik kerja atau sewaktu mahu tidur. Rasailah kehangatan si dia yang begitu mendamaikan dan memberi seribu ketenangan.
1. Meningkatkan sifat romantis antara pasangan
Bagi anda yang memang kurang memiliki rasa romantis di dalam diri, anda boleh melakukan ini. Cukup hanya dengan memeluk isteri waktu mahu keluar bekerja, atau waktu pulang dari pejabat. Dan paling terbaik saat untuk tidur, diingatkan untuk saling memeluk pasangan. Situasi ini akan membuat hubungan anda berdua semakin romantis dan menambah rasa cinta antara anda berdua. Malah rasa amarah sebelum ini pada pasangan akan terhapus begitu sahaja. Tak percaya boleh cuba.
2. Membantu komunikasi
Apakah anda tahu bahawa pelukan ternyata memiliki bahasa komunikasi yang luar biasa? Kajian mendapati bahawa hanya dengan satu pelukan dapat membantu komunikasi non-verbal untuk menggambarkan rasa sayang, terharu, terima kasih, kekesalan, bahkan kemarahan. Komunikasi seperti ini juga penting dalam menghangatkan lagi ikatan rumahtangga yang lama dibina.
3. Membantu meringankan beban istri
Satu pelukan sehari akan memberi begitu banyak kehangatan bagi isteri anda. Jika ingin menunjukkan bahwa anda peduli, maka peluklah dia. Ini kerana kadang-kadang pasangan ini lebih merasa bimbang dengan perubahan sikap suaminya. Dan hanya dengan satu pelukan saja dapat menenangkannya.
4. Menghilangkan stres
Memeluk istri terbukti dapat menghilangkan stres. Ini kerana pelukan kepada isteri mampu mengurangi jumlah hormon stres kortisol yang diproduksi dalam tubuh. Malah pelukan yang tidak sampai beberapa minit juga mampu memberi kelegaan buat isteri yang sedang dalam stress.
5. Meningkatkan suasana hati
Ketika isteri menerima pelukan anda ketahuilah hormon oksitosin akan dilepaskan sehingga membuatkan isteri merasakan kehangatannya, tenang, dan juga perasaan bahagia yang sukar diungkap kata-kata. Hanya bahasa tubuh dengan merangkul kembali pelukan berkenaan dapat mentafsir perasaan sebenar dialaminya.
6. Meredakan emosi
Tak dinafikan bahawa setiap kehidupan rumah tangga pasti ada salah faham atau perang dingin. Keadaan ini akan menyebabkan isteri berada dalam situasi serba-salah. Diingatkan suami agar tidak terlalu ego, segerelah maafkan isteri. Satu pelukan saja boleh menyembuhkan hati wanita. Beri dia kehangatan, rasa nyaman, cinta, dan meminta maaf secara tulus. Bandingkan dengan aanda yang hanya meminta maaf kepadanya tanpa melakukan apapun. Mana yang lebih cepat?
7. Jarang bertengkar
Masih berhubungan dengan poin di atas. Pelukan dapat menurunkan energi negatif dan mengembangkan energi positif. Semakin sering pasangan suami isteri berpelukan, maka akan semakin sayang dan cinta. Dua-duanya akan sangat sabar dan mau menerima perbezaan pendapat. Kemudia berpelukan lagi, untuk menyelesaikan segala masalah. Dan akhirnya rumahtangga akan kekal bahagia till jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tahniah buat juara Ratu Hijabista 2020, Qila memuktamadkan debaran dan penantian siapakah bakal juara bagi pertandingan yang julung kali diadakan ini manakala Tina dinobatkan sebagai Naib Juara Ratu Hijabista.
Acara kemuncak telah diadakan secara siaran langsung di Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula jam 9 malam tadi.Manakala bagi gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ disandang oleh Fiffy Afrina dan ‘Ratu Favourite’ dimenangi oleh Mellya yang mana pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ menerima wang tunai RM3,000 berserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Mereka terdiri daripada Fiffy Afrina (23, pulau pinang), Mellya (23, Selangor), Tina (24, shah alam) dan Qila (21, Selangor).
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab. Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam itu, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian.
Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana.
Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran.
Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyaitanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luar sana,”
Tugas penjurian pusingan akhir ini digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar telah diundang khas untuk membuat persembahan istimewa.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista sebagai Penaja Utama manakala ZAYAN pula bertindak selaku Radio Rasmi.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...