Ketika Ramadan yang lalu ramai yang begitu bersemangat untuk melakukan ibadah namun bila masuk Syawal semuanya hilang.
Semuanya menjadi lesu tambah lagi masing-masing sibuk dengan beraya dan juga menghadiri rumah terbuka. Hilang rutin puasa, solat berjemaah dan membaca al-Quran.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita bahawa akan ada satu ketika, manusia berasa lemah dan lesu setelah lama mengabdikan diri kepada Allah. Semangat mereka semakin pudar sekalipun telah lama beribadah kepada Allah. Ia seakan kelesuan yang berlaku setelah Ramadan.
Perkara ini dikongsi oleh Prof. Dr Ahmad Sanusi Azmi dari Fakulti Pengajian Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu hantarannya di akaun sosial media miliknya.
Ads
Jelas beliau dalam sabdanya, Rasulullah mengingatkan kita:
إنَّ لِكُلِّ عملٍ شِرَّةً ، ولِكُلِّ شِرَّةٍ فترة ، فمنْ كان فترتُهُ إلى سنتي فقدِ اهتدى، ومَنْ كانَتْ إِلى غيرِ ذَلِكَ فقدْ هَلَكَ
“Sesungguhnya setiap amalan ada waktu shirrah (kuat keinginan dan bertenaga), dan setiap waktu shirrah ada waktu fatrah (lemah dan lesu). Maka, barangsiapa yang dalam tempoh lesu amalannya itu dia masih kekal dalam sunnahku, maka dia berada di atas petunjuk, dan sesiapa yang dalam tempoh lesunya itu mengikut (melakukan) selain (sunnah) itu, maka dia akan binasa.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut)
Situasi ini difahami oleh Rasulullah
Ulas beliau perhatikan ayat di atas bagaimana Rasulullah memahami tabiat jiwa manusia.
Ads
“Renungkan kembali bagaimana kesungguhan dan tenaga manusia beribadah dalam bulan Ramadan. Solat sunat dan puasa mereka dilakukan dengan konsisten. Namun, setelah berlalunya Ramadan, semangat itu semakin pudar dan kelesuan menyelubungi jiwa.”
“Titik kelesuan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis. Lalu Rasulullah berpesan agar kita kekal dalam sunnahnya dan jangan melakukan dosa atau maksiat yang bercanggah dengan Islam. Jangan pula seusai Ramadan, manusia kembali kepada maksiat.”
Jelasnya lagi, dalam menghadapi situasi ini, Saidina Ali pernah berpesan:
إن النفس لها إقبال وإدبار، فإذا أقبلت فخذها بالعزيمة والعبادة، وإذا أدبرت فأقصرها على الفرائض والواجبات
Ads
“Sesungguhnya jiwa manusia ini bersifat bolak-balik (sekejap menghadap ke hadapan, seketika menghadap ke belakang). Maka ketika jiwa menghadap ke hadapan (iaitu sedang bertenaga), maka ambillah peluang ini dengan penuh kesungguhan dan beribadah (azimah). Namun sekiranya jiwa mula lesu, maka kekal dan kukuhlah atas amalan yang fardu dan wajib (jangan sampai tinggal perkara yang wajib).
Begitu juga dari aspek dakwah. Adakalanya jiwa manusia bersemangat mengajak dan menyeru kepada kebaikan. Namun akan datang satu tempoh (futur) di mana mereka merasa penat dalam perjuangan ini.
Doa ketika berdepan kelesuan dalam beribadah
Dalam pada itu pesan Dr Sanusi dalam tempoh kelesuan ini amalkanlah doa yang pernah dipatrikan oleh Allah dalam al-Quran;
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
“”Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”
‘Kawan bantu kawan.’ Berpura-pura cedera bantu rakan sepasukan berbuka puasa. Bayangkan ketika beraksi mereka hanya makan apa yang sempat dijamah dalam waktu kecederaan.
Tular pemain tengah Fiorentina, Sofyan Amrabat dilihat sedang makan pisang dan minum air di tepi padang semasa masa kecederaan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.
Pada bulan Ramadan yang mulia ini menyaksikan ramai pemain bola sepak beragama Islam di seluruh dunia perlu berpuasa dari subuh sehingga matahari terbenam.
Inter Milan menjadi tuan rumah kepada Fiorentina, semalam di San Siro dengan sepak mula bermula jam 6 petang di Itali.
Sensasi Maghribi, Amrabat masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua menggantikan Gaetano Castrovilli untuk Fiorentina, yang memperoleh kemenangan menakjubkan 1-0 pada perlawanan itu.
Berpura-Pura Cedera
Dengan Fiorentina mempunyai kelebihan 1-0 pada masa kecederaan selepas mendahului menerusi gol Giacomo Bonaventura, Inter berusaha keras untuk mendapatkan gol penyamaan.
Bagaimanapun pada masa kecederaan, Amrabat dilihat berada di garisan tepi sambil memakan pisang serta minum air.
Peminat yakin bahawa pemain pertahanan Fiorentina, Luca Ranieri sengaja ‘membuang masa’ semasa masa kecederaan untuk memberi Amrabat masa yang mencukupi bagi berbuka puasa.
Bantu Rakan Sepasukan Berbuka Puasa
Rakaman video menyaksikan Ranieri sememangnya menerima rawatan perubatan, tetapi peminat percaya dia ‘memalsukan kecederaan’ itu ketika rakan sepasukannya di Fiorentina, Amrabat sempat memakan pisang dan minum air.
“Tabik hormat kepadanya,” kata seorang peminat memberi reaksi kepada tindakan itu.
Manakala seorang lagi peminat menambah: “Kawan membantu kawan.”
Baru-baru ini drama bersiri Nur kembali bersiaran sepanjang Ramadan. Dan watak paling diingati selain watak utama adalah watak Aishah lakonan Noorkhiriah.
Biarpun digambarkan seorang yang menjengkelkan, namun realitinya pelakon ni sangat istiqamah dengan penghijrahannya beberapa tahun lalu.
Terbaru, pelakon berbakat ini berkongsi di laman instagram kisahnya yang ubah suai kereta MPV miliknya menjadi van jenazah.
Dalam kapsyen juga Noorkhiriah memberitahu dia akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada orang ramai.
Segala perancangannya itu akan diberitahu kepada pengikutnya tidak lama lagi. Malah dia turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Tambahnya lagi, biarpun tidak hidup mewah, Khiriah merasakan dia harus meninggalkan amalannya di dunia untuk kebahagiaan di akhirat.
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah..akak sayang,maka akak jadikan blkg ni #vanjenazah.Bagi yg memerlukan dialu2kan..Perkhidmatan Percuma #vanjenazah@nurbykhiriah..
Perkongsian ini mendapat respon baik daripada warganet. Masing-masing menyokong apa yang dilakukannya ini.
arashmohd30@khiriah17 Semoga dipermudahkan segala urusan dik. Hanya Allah SWT shj yg tahu isi hati Nor. Inshaa Allah… proud of you
makwanju Semoga Allah swt melindungi mu nak di mne saja nor berada ..dn segala nye di permudah kn Aamiin2
sitifaizahsy Moga dprmudhkan segala urusan dan diberkati olehNYA
dillaz.__ Kebaikan yang ikhlas dibalas jua dengan kebaikan
azidinmantaril Alhamdulillah..moga dipermudahkan dan moga dimurahkan rezeki,tak usah takut utk berbuat baik,peduli apa org akan kata yg penting nawaitu kita Allah dh tahu,kita mudahkan urusan org Allah permudahkan lg urusan kita,lagi2 lh yg berkaitan dgn urusan fardhu kifayah,moga ia menjadi inspirasi kepada semua,tahniah
mawar.mazlan Alhamdulillah jangkamasa panjang saham akhirat akak
Setiap yang bergelar pengantin baru pasti mahukan majlis perkahwinan diraikan dengan cara tersendiri. Ini adalah untuk dijadikan kenangan paling manis untuk dikenang hingga ke anak cucu.
Tidak dinafikan kebanyakan raja sehari hari ini cukup kreatif memilih tema untuk majlis perkahwinan mereka. Seperti perkongsian gambar perkahwinan pasangan dua sejoli ini.
Untuk majlis perkahwinan mereka, tema superhero telah menjadi pilihan dan abang-abang pengantin perempuan yang dilihat cukup sporting mengenakan kostum superhero bagi mengiringi pasangan pengantin ini untuk berarak dan mengambil gambar di pelamin.
Sebagai anak bongsu, keempat-empat abang pengantin perempuan Syahiera Sabri begitu bersahaja dan sporting mengenakan kostum tersebut sehingga jadi viral dan mengundang tawa netizen.
Foto yang viral ini telah dimuat naik di laman sosial Facebook milik jurugambar, Fadhil Aman Ahyat bagi majlis perkahwinan pasangan Izzul Azzuan dan Syahiera Sabri ini.
Mendapat lebih 7K butang share, rata-rata terhibur dengan teman serta kelainan dibawakan pasangan pengantin ini.
Bukan calang-calang superhero, tetapi ada Deadpol, Spiderman dan Mask Rider. Keempat-empat superhero ini bertindak sebagai bodyguard sebelum mengiringi adik bongsu mereka ke pelamin berada di samping suaminya.
Tidak salah melakukan gimik begini asalkan tidak menyalahi atau melanggar batas agama.
Namun apa yang penting sebenarnya adalah ijab dan kabul kerana itu yang lebih utama dari segala-galanya. Diucapkan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...