Sejak hujung minggu lalu ramai orang yang memulakan perjalanan pulang ke kota raya selepas pulang ke kampung sempena cuti hujung tahun.

Ada yang selamat sampai dan tidak kurang juga terkandas akibat musibah banjir. Memandu pada waktu hujan juga mendatangkan risiko yang agak tinggi. Apatah lagi jika pemandu itu sendiri mula rasa mengantuk. Perjalanan jauh pastinya akan diuji dengan rasa penat dan mengantuk.

Tidak kiralah memandu di waktu siang atau malam, rasa mengantuk ini boleh datang tanpa kita duga.

Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok kita membaca doa naik kenderaan.

Bacaan rumi:

IKLAN

Subhanallazi sakhorolana wama kunna lahu mukrinin. Wa inna ila rabbina lamun qolibun

Maksudnya : “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini (kenderaan) bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya (13) dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami” (14) (Az-Zukhruf : 13 & 14)

Menurut portal IslamItuIndah.my, ada sepotong ayat Al-Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ayat tersebut berbunyi:

لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

” La Takkhuzuhu Sinatuw Wala Naum ”

(Maksudnya: “[Dia – Allah] tidak mengantuk dan tidak tidur”)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3 kali sebelum memulakan perjalanan anda dan ditambah dengan ayat

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

“Bismillahil Ladzi La Yadhuruhu Ma’asmihi Syaiun Fil Ardhi Wala Fissamaa’ Wahuassamiun’ Alimm” ( 3 kali).

(Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”)

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.