
Besar nanti jadi anak yang soleh ya sayang. Tolong doakan ayah dan ibu…
Ini kata-kata yang biasa kita ungkapkan kepada anak-anak di mana kita sangat mengimpikan zuriat keturunan kita membesar dengan baik. Bahkan mempunyai anak soleh dan solehah, dunia dan akhirat adalah impian kita. Sebab itulah tanpa rasa jemu, setiap hari kita akan mendoakan agar anak-anak cemerlang dunia dan akhirat.
Doa adalah satu cara kita berbicara dengan Allah. Ia juga satu bentuk penyerahan diri kepada Allah dalam memohon apa yang kita inginkan. Biasanya apa yang kita minta, itulah yang Allah akan kabulkan, mengikut kesesuaian doa yang kita minta kepadaNya.
Bagi ibu bapa yang mahu anak soleh dan solehah, bacalah surah Al Baqarah ayat 128 ini.

رَبَّنَا وَاجۡعَلۡنَا مُسۡلِمَيۡنِ لَـكَ وَ مِنۡ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسۡلِمَةً لَّكَ وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبۡ عَلَيۡنَا ۚ اِنَّكَ اَنۡتَ التَّوَّابُ الرَّحِيۡمُ
(Rabbanaa waij’alnaa muslimayni laka wamin dzurriyyatinaa ummatan muslimatan laka wa-arinaa manaasikanaa watub ‘alaynaa innaka anta alttawwaabu alrrahiimu.)
Ertinya:
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu, dan anak cucu kami (juga) umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah (haji) kami, dan terimalah taubat kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang." (QS Al-Baqarah [2]:128)
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Phone Letak Jauh, Tak Sembang Tak Pe Tapi Tonton TV Bersama” – Alif Satar Dedah Rahsia Perkahwinannya Bahagia Tanpa Kontroversi

Ramai mengagumi pelakon dan pengacara popular Alif Satar. Bukan sahaja pada bakat seni yang mengalir dalam tubuhnya, tetapi juga kewibawaannya sebagai ketua keluarga.
Dilihat sebagai suami yang penyayang, romantik dan sangat cintakan isteri serta tiga orang anak-anaknya.
Alif yang berkahwin dengan isterinya Shadila Halid pada tahun 2014 dan hingga kini tiada kisah kontroversi membabitkan dirinya atau rumah tangga dibina.
Malah ramai menjadikan Alif Satar sebagai sumber inspirasi dalam membina rumahtangga atau hubungan dengan pasangan.
Berkongsi pengalamannya selama lima tahun hidup berumah tangga dengan stesen radio Zayan, Alif turut berkongsi kunci kejayaan mengukuhkan perkahwinan dibina hingga kini.
Menurut Alif setiap pasangan nitu perlu saling sokong menyokong di antara satu sama lain, sama ada secara fizikal, mental dan rohani.
Tambahnya, dalam perkahwinannya sendiri, dia dan Shadila perlu bahagia secara individu dahulu, dan kebahagiaan itu kemudiannya dikongsi bersama-sama.
Bukan itu sahaja, perkara paling penting yang menjadi pegangan dalam rumah tangga adalah komunikasi. Setiap pasangan juga perlu turunkan ego dan adalah tidak berbaloi untuk hilang seseorang yang dicintai.
“Jadi biarlah you mengaku kalah sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku sehingga menjadi lebih teruk,” katanya.
Dalam temu bual itu, Alif turut meluahkan rasa kagumnya kepada isteri yang sentiasa menyokong dirinya dari dulu sehingga kini
“Isteri Alif itu sebenarnya Alif lah. Bila Alif jatuh, dialah yang bantu Alif bangun kembali. Bila Alif tak semangat. dia yang bantu bangkitkan semula semangat Alif,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Alif turut merasa bangga dengan isterinya yang tidak lokek menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Katanya, “Tak mudah nak jaga anak-anak semasa dekat rumah terutamanya apabila isteri pun bekerja kemudian kena balik lagi untuk jaga anak.”
Alif rasa itulah pengorbanan yang luar biasa. Ada satu tahap penghargaan dan penghormatan kepada para ibu yang bekerja ataupun tidak. Tapi menjadi satu unit keluarga itu bukanlah perkara senang,” tambahnya lagi.

Salah satu tip yang digunakan oleh Alif adalah meninggalkan telefon bimbit ketika berada di rumah
Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, setiap pasangan perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak di rumah.
“Phone boleh letak jauh-jauh. Biar duduk sama-sama satu tempat, tak perlu bersembang pun. Tengok TV sama-sama ke.
Tempat paling penting dalam rumah adalah meja makan. Sekali dalam sehari tu makanlah sama-sama,” jelasnya.
https://www.facebook.com/zayan.my/videos/939554939762564/
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALIF SATAR
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Bisik I Love You Sayang” Buat Bidadari Syurganya Setiap Pagi, Ustaz Ebit Lew Anggap Isteri Pejuang Sebenar

Dalam urusan rumahtangga, bukan semua memahami minat pasangan. Ada yang menyokong dan ada yang kurang memberikan galakan. Malah sering kali kita terdengar perumpamaan, lelaki kalau sudah berkahwin, disuruh tinggalkan minat dan tabiat zaman bujang. Hiduplah dengan cara orang sudah berkahwin. Mesti ada selalu depan mata isteri, kalau keluar kena bawa isteri dan anak-anak dan lain-lain lagi.
Sebagai idola masyarakat atas budi bahasanya, sopan santunnya malah sikap pemurahnya, Ustaz Ebit Lew cukup disenangi ramai. Ternyata kesantunannya “melayan” masyarakat, diaplikasikan dalam kehidupan rumahtangganya apabila saban hari, tanpa jemu akan sentiasa membisikan kata-kata bahawa dirinya sangat menyintai isteri yang juga bidadarinya yang sentiasa menyokong usaha dakwah dan pengorbanan masa dibuatnya selama ini.
Dalam satu perkongsian di pagenya, Ustaz Ebit Lew memaklumkan dirinya akan sentiasa membisikkan kata-kata “I Love You Sayang” kepada bidadarinya setiap pagi. Tanpa sokongan dari isterinya, pasti usahanya tidak selancar hari ini.

Berikut catatannya :-
Saya bisik pada bidadari saya setiap pagi. Hargai sedikit masa yang ada. I love you sayang. Terima kasih selalu jaga anak-anak. Didik anak-anak. I miss u bidadariku sayang. Rindu dan sayang sangat.. Dunia mungkin berubah tapi ada bidadari sayang dan anak-anak dimana pun rasa bahagia. Jika hati bahagia dimana pun kita akan bahagia.
Setiap pagi selalunya dapat bercakap sekejap dengan bidadari tercinta. Lepas tu keluar rumah balik dah lewat malam. Jika ada masalah besar tiba-tiba tak balik beberapa hari. Tapi nak tahu tak, bidadari inilah yang selalu beri semangat dan doa.
Orang boleh cakap apa sahaja. Kita lalui dan pilih jalan perjuangan ini. Cukuplah Allah tempat bergantung berserah. Kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah sayang. Kepada Allah kita adukan kesedihan dan kesusahan. Sayang semua orang dan maafkan semua orang.

Ya Allah jika ada pahala untuk sedikit usaha kecil ini saya hadiahkan pahala buat ibubapa saya. Saya hadiahkan pahala buat bidadari ini yang sebenarnya pejuang. Tak banyak cakap, tak pandai komplen. Tak pernah mengeluh. Sentiasa hadiahkan senyuman. Banyak berkorban dan berdoa menangis untuk suami dan setiap insan atas dunia ini.
Terima kasih bidadariku. Dari hati abang. I love you bidadari sayangku. Terima kasih bidadari sayang. (Tq Airis anakku selalu ambil gambar)
Mari kita amalkan perkara sama bagi yang sudah berumahtangga dengan mengungkapkan kata-kata itu kepada pasangan kita. Perlu tahu, kita hanya akan bertemu pasangan di dunia sahaja kerana bila tiba hari Akhirat, di Padang Masyhar, kita keseorangan. Tidak kenal mak ayah, tak kenal anak-anak, tak kenal suami/isteri, adik beradik dan saudara mara sebaliknya kita bergelut dengan diri sendiri di hadapan Allah taala.Jika kita memperoleh buku catatan amal di tangan kanan seperti dinyatakan dalam surah Hari Kiamat iaitu surah Al-Waqiah, beruntunglah kita kerana kerana golongan kanan akan dimasukkan ke syurga manakala bagi menerima buku amal di tangan kiri, nerakalah tempat kita.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Sentiasa Doakan Kejayaan Anak.’ Bapa Ini Tak Sangka Kesemua 6 Anak Memilih Perubatan Sebagai Kerjaya

Isi Kandungan
Toggle‘Sentiasa doakan kejayaan anak.’ Bapa ini tak sangka kesemua enam anak memilih perubatan sebagai kerjaya dan mengikut jejak langkah.
Sudah tentu sebagai bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak, namun dirinya tidak pernah meminta anak-anaknya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya. Takdir Allah, kesemua anaknya memilih untuk bergelar doktor sepertinya.
Artikel Berkaitan
Sentiasa Doakan
Bukan sahaja mewarisi kebijaksanaan bapa, malah kesemua enam anak Dr Wan Ahmad Kamal Wan Annuar, 72, meneruskan legasi dengan mengikut jejak langkahnya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya.
Lima daripada enam anak Dr Wan Ahmad Kamal yang juga pakar perunding perubatan dan kulit, kini bergelar pakar perunding dalam bidang kepakaran masing-masing.
Kejayaan Anak
Mereka ialah Dr Wan Syazli Rodzaian, 44, iaitu pakar perunding pembedahan plastik dan rekonstruktif, Dr Wan Syameen Afira, 42, (pakar perunding kulit dan estetik), Dr Wan Syahira Ellani, 39, (pakar perunding histopatologi), Dr Wan Syamir Zharif, 37, (pakar perunding buah pinggang), Dr Wan Syazween Lyana, 36, (pakar perunding kulit dan estetik) manakala Dr Wan Suzanna Maria, 29, ialah doktor perubatan dan peguam.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dan isteri, Julie Yacob, 68, tidak merancang untuk memastikan kesemua anak mereka menjadi doktor.
Malah, mereka hanya menyangka hanya seorang atau dua daripada mereka yang menceburi bidang itu.
Bapa Ini Tak Sangka
Menurutnya, berkemungkinan, pendedahan beliau merawat pesakit di klinik kepada anak-anak sejak kecil, menimbulkan minat mereka dalam bidang berkenaan.
“Di klinik kulit saya, ada ruang khas untuk keluarga dan anak-anak sering datang ke klinik selepas pulang dari sekolah atau pada masa lapang. Malah, mereka suka melihat saya merawat pesakit dan turut membantu memberikan ubat kepada pesakit,” katanya.
Ditanya berkaitan rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Dr Wan Ahmad Kamal berkata, sebagai ibu bapa, mereka sangat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan sentiasa mendorong menanam keyakinan diri.
Kesemua 6 Anak
“Kami juga sentiasa menggalakkan anak-anak untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Di samping itu, kami memberikan pujian walaupun kebaikan yang mereka dilakukan adalah kecil.
‘Ditambah pula, hubungan kekeluargaan di antara kami sangat rapat dan ini menjadikan anak-anak terbuka untuk berkongsi masalah, sama ada berkaitan pelajaran atau lain-lain,” katanya.
Selain itu, kata Dr Wan Ahmad, keluarga mereka juga mempunyai tabiat suka membaca dan ini membantu membentuk kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Baca Di Sini
Memilih Perubatan Sebagai Kerjaya
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau sering ditanya mengenai makanan yang diberikan kepada anak-anak ketika kecil berikutan kejayaan mereka di dalam pelajaran.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang makanan khusus yang diberikan kepada anak-anak tetapi menekankan kepada pengambilan makanan segar, seimbang, rendah lemak dan kurang minyak.
“Anak-anak juga lebih menggemari makanan yang dimasak oleh ibu mereka.
“Ibu mereka pula suka bertanya kepada anak-anak makanan yang mereka mahu makan sebelum memasaknya,” katanya.
Dr Wan Ahmad Kamal berharap serta bedoa yang kesemua anak-anaknya terus berjaya dalam kerjaya masing-masing malah dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dengan sepenuh hati.
Kashoorga: Kalau berjumpa pasti banyak perkara boleh bersembang bersama, maklumlah dalam bidang yang sama.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI