Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap orang. Selain tempat untuk berteduh, rumah juga menjadi satu tempat untuk mendapatkan ketenangan. Sayangnya, memiliki rumah tidak semudah memetik jari. Harganya yang mahal menjadikan rumah satu ‘barang mewah’ bagi generasi masa kini. Harganya semakin mahal dan selalu naik saban tahun.
Jika ada pun rumah dengan harga terjangkau, pilihannya jauh dari lokasi kerja. Selain bekerja keras dan berusaha untuk mendapatkan rumah sendiri, ada baiknya jika kita juga berdoa kepada Allah agar dipermudahkan usaha memiliki rumah sendiri.
Berikut doa yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan memiliki rumah sendiri.
Allahhumma robbal bait. As aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta laa naquul yaa laiit.
Maksudnya:
“Ya Allah, Engkau pemilik Baitullah. Aku memohon dengan wasilah ahlil bait Rasulullah agar Engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah.”
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hanya Dua Perkataan Sahaja, Zikir Ini Buka Pintu Rezeki
Berzikir merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hal ini kerana zikir tidak terbatas pada ruang dan waktu kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa pun. Jika mahu rezeki murah dan lancar maka berzikirlah.
Ketahuilah bahawa zikir juga merupakan medium untuk kita mengingati Allah setiap masa. Lebih afdhal jika zikir itu difahami maksudnya. Zikir yang terbaik adalah yang mengagungkan Allah seperti Asmaul Husna. Ada 99 nama yang dimiliki Allah yang mengagungkan dan memberi kebesaran namaNya.
Salah satu Asmaul Husna yang boleh diamalkan adalah Ya Fattah Ya Razzaq.
Al Fattah
Erti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh membuka rezeki, membuka jodoh, membuka jalan usaha, membuka fikiran yang tertutup, membuka langit, membuka ampunan. Apa sahaja yang terasa tertutup dan kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah boleh dilakukan.
Bagi yang belum bertemu jodoh, boleh amalkan zikir ini agar segera dipertemukan jodoh. Zikir ini juga sesuai untuk diamalkan oleh pasangan suami isteri yang ingin memiliki zuriat. Mereka yang dalam proses mencari pekerjaan juga boleh mengamalkan doa ini.
Zikir ini juga sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang ingin bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan, memohon agar pintu keampunan Allah dibukakan untuknya. Jika ada masalah, boleh amalkan zikir ini agar diberikan petunjuka jalan penyelesaian. Dan bagi yang sedang sakit, boleh amalkan zikir ini untuk memperoleh kesembuhan.
Ar Razzaq
Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki In sha Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari masalah kewangan dan sebagainya.
Ibu bapa juga boleh mengamalkan zikir ini untuk mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Zikir ini juga sesuai diamalkan oleh suami isteri untuk kerukunan rumah tangga.
Bagi yang sedang berusaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir ini boleh diamalkan.
Buat mereka yang berhajat naik haji dan umrah, jadikan bacaan zikir ini sebagai rutin agar dimudahkan rezeki menuju ke sana.
CARA MENGAMALKAN ZIKIR YA FATTAH YA RAZZAQ
Ramai yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Jika mampu boleh baca hingga 300 atau 1000 kali. Semakin banyak jumlahnya semakin baik. Zikir ini boleh diamalkan di mana sahaja dan bila-bila masa dan tidak semestinya selepas selesai solat fardhu sahaja.
Dianjurkan untuk membaca zikir ini di samping membaca tasbih, tahmid dan takbi. Boleh juga membacanya setelah selesai solat sunat Dhuha dan solat sunat Tahajud. Di samping membacanya, teruskan berusaha seperti biasa.
Yakinlah bahawa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang ‘tersekat’ termasuk rezeki kita.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ayat 10 Surah Al-Kahfi, Doa Mohon Mudahkan Segala Urusan
Kita digalakkan meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walau bagaimana pun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepadaNya.
Seelok-eloknya doa disertakan dengan kesungguhan serta keikhlasan orang yang mengucapkannya. Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon kepadaNya. Ia membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Doa juga boleh menjadi kekuatan seterusnya mendatangkan kemudahan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Doa itu senjata orang mukmin.”
Sebelum memulakan sebarang pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang hendak dilakukan. Amalkan doa dari Surah Al-Kahfi, ayat 10. Mohonlah kepada Allah moga-moga segala urusan kita dilancarkan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Di Sebalik Empat Kisah Tersirat, Ini Rahsia Surah Al-Kahfi
Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur’an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua.
Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.
Surah al-Kahfi ini sangat digalakkan oleh Islam untuk dibaca sebagai amalan pada setiap hari Jumaat. Tujuan amalan itu ialah memberi nilai tambah kepada umat Islam selain dijadikan bimbingan dan panduan dalam kehidupan seharian.
Surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar tetapi membuktikan bahawa setiap yang dicatat dalam al-Quran itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran.
https://www.youtube.com/watch?v=6GC3p9t8Fqo
Nur Dari Gua menerangkan mengenai intipati surah al-Kahfi yang menceritakan tentang fitnah atau ujian yang sangat besar serta dahsyat di sebalik empat buah kisah utama.
Cerita utama yang dikisahkan dalam surah tersebut ialah kisah penghuni gua, si pemilik kebun, Nabi Musa dan Khidir serta kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj. Empat kisah itu mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.
MESEJ UTAMA SURAH INI
Kesemuanya mempunyai satu tema yang sama iaitu pertembungan antara iman dengan keduniaan.
Kisah pertama iaitu penghuni gua mengisahkan tentang sekumpulan pemuda atau Ashab al-Kahfi yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua. Kisah itu menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu dengan lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.
Kisah si pemilik-pemilik kebun pula mengenai ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.
Kisah ketiga iaitu nabi Musa dan Khidir berkisar tentang ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tidak terhingga.
Kisah terakhir ialah tentang Zulqarnain yang berhadapan ujian dan fitnah berkaitan kuasa. Zulqarnain yang terkenal dengan kepimpinan itu mengingatkan kita bahawa kepentingan sikap tawaduk dan mengakui kekuasaan hanyalah daripada Allah.
HUBUNGAN SURAH AL-KAHFI DENGAN FITNAH AKHIR ZAMAN
Menariknya, kesemua yang dinyatakan itu merupakan fitnah serta ujian yang dihadapi oleh manusia sepanjang zaman. Disebabkan itu, umat Islam dituntut mengamalkan bacaan surah ini pada setiap hari Jumaat. Selain itu, tadabbur dan ambil iktibar daripada kisah itu sebagai langkah memelihara diri, mengukuhkan iman dan berjaga-jaga dalam menghadapi ujian serta fitnah dunia.
Sumber kredit: Petikan Buku Tafsir Dan Tadabbur Surah Al-Kahfi tulisan Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI