‘Doa Orang Teraniaya Tiada Hijab.’ 30 Tahun Bayar Hutang Tak “Wujud’, Tergamak Kawan Baik Ambil Kesempatan

Share

‘Doa orang teraniaya tiada hijab.’ 30 tahun bayar hutang tak “wujud’, tergamak kawan baik ambil kesempatan atas sikap lurus kawannya.

Sudahlah menipu, bila kantoi dan minta dikembalikan hak, kenakan pula macam syarat-syarat. Benarlah manusia di akhir zaman ini tak takut dengan dosa dan pahala.

Langsung tak fikirkan kesan pada anak, cucu bila makan hasil atau duit haram. Allahuakbar berat sungguh ujian “Kak” ini. Bayangkan 30 bayar hutang sebab takut muflis, rupanya kena “game” dengan kawan baik sendiri.

Artikel Berkaitan: Berhati-Hati Doa Orang Teraniaya, Allah Ajarkan Kita Bersikap Ihsan Sesama Manusia

Doa Orang Teraniaya

Ikuti perkongsian Puan Natipah Abu ini dan semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Insyallah.

KAKAK TAK MUFLIS.

“Kak Pah…. Kak takut nak duduk seorang-seorang. Takut mati seorang, siapa pun tak tau. Kak nak duduk rumah Kak Pah itu boleh dak? Kak nak belajar mengaji, nak belajar semula sembahyang bagi betul.”

Banyak kali dah Kak cakap ayat tu dekat Kak Pah. Seperti biasa Kak Pah jawab,

“Pi lah Kak… duduk sana. Ada dua orang di sana tu. Duduklah seorang satu bilik. Ada tiga bilik.”

Tiada Hijab

Kak Pah sangka, cakap Kak itu hanyalah untuk menyedapkan hati Kak Pah semata. Tiba-tiba petang ini, Kak Pah dapat kiriman gambar. Kak datang ke rumah penjagaan kita di tengah hujan lebat.

Dia datang dengan membawa bersama bungkusan kain baju penuh bonet kereta. Selama ini, Kak hidup seorang diri di rumahnya yang berjiran dengan orang bukan Melayu.

Kak Pah ada berkongsi kisah Kak di sini sebelum ini. Kisah Kak sangat menyentuh hati kerana telah berpuluh tahun dia hidup dengan kepercayaan bahawa dia sudah muflis.

30 Tahun Bayar

Hanya kerana sekeping surat menuntut hutang di atas namanya, dia terus percaya dengan kata-kata kawan baiknya. Bahawa dia akan muflis jika tidak membayar hutang yang dituntut pihak bank.

Sejak berpuluh tahun yang lalu, Kak hidup bagai pelarian. Kata Kak, hutang itu dibuat oleh arwah suami tanpa pengetahuannya.

Dia tidak tahu berapa jumlah dan surat tuntutan sampai selepas suaminya meninggal dalam satu kemalangan.

Hutang Tak “Wujud’

Kemalangan 30 tahun lalu itu bukan saja meragut nyawa arwah suaminya. Bahkan turut mengorbankan satu-satunya anak tunggal mereka, bayi perempuan yang baru berusia lapan bulan yang ada dalam pangkuan Kak.

Sejak itu, hidup Kak tidak lagi seperti dulu. Cinta yang pergi itu membawa bersama semangat hidupnya.

Dek kerana percayakan kata-kata kawannya, amat mendukacitakan sekali bila semua harta yang Kak beli dari hasil titik peluhnya selama ini, diletakkan atas nama kawan-kawan.

Bahkan Kak tiada akuan bank, dia menyimpan wang tunai di rumah. Simkad telefon pun dibeli atas nama orang lain, semata-mata takut dijejak oleh pihak bank.

Tergamak Kawan Baik

Kebelakangan ini, kesihatan Kak semakin merosot … Lalu hatinya mula dijentik dengan rasa keinsafan untuk merubah jalan hidupnya ke arah yang lebih baik.

Kak yang berperwatakan agak kasar dan tak pernah bertudung seumur hidup, meluahkan hasrat utk bertudung, belajar mengaji dan belajar solat.

Hari yang sama dia meluahkan hajat itulah, Allah telah mempermudahkan urusannya. Hasil bantuan sorang peguam, semakan atas talian dengan Jabatan Insolvensi, tiada sebarang saman atau perintah muflis di atas nama Kak pun.

Keputusan ujian darah Kak pada hari yang sama juga membawa khabar gembira bahawa Kak tidak mengidap kanser seperti yang disangkanya. Kak cuma ada masalah tyroid.

Menangis Kak dengan berita itu, terasa dia bagai mati hidup semula. Semangat hidupnya yang hilang pun terasa bagai bangkit semula.

Baca Di Sini:

3 Orang Yang Doanya Tidak Tertolak Di Hadapan Allah, Mudah Dimakbulkan

Dimalukan Kerana RM30, Wanita Kongsi Pengalaman Sedih Lihat Suami Tunjal Kepala Isteri. Jagalah Maruah Seorang Isteri

Seluar Terkoyak Ketika Solat Hingga Dedah Aurat, Bolehkah Tutup Guna Tangan & Teruskan Solat?

Ambil Kesempatan

Cuma, dalam usaha Kak meminta kawan-kawannya menukar semula nama kereta dan rumah kepada namanya, berbagai alasan yang diberikan si penama.

Penama kereta menuntut wang saguhati. Manakala penama rumah pula mula mengenakan berbagai syarat yang mana hakikat sebenarnya, inginkan wang sebagai habuan juga.

“Kak Pah nak buat pakai lawyer. Jadi Kak Pah harap dia boleh serah baik-baik dekat Kak tu. Yang Kak Pah risau, penama rumah tu nak tuntut duit banyak. Kasihan dekat Kak tu.’

Luah Kak Pah kepada seorang sahabat Kak Pah di sini…

“Apa susah Kak Pah, kalau orang tu tak mahu bagi balik, kita upah gengster pergi uruskan masalah Kak. Saya kenal gangstar besar sini Kak Pah … “

“ Uihhhh… jangan! Nanti depa tak dak apa-apa. Kak Pah pula yang masuk dalam. Jenuh buat tabung nak ikat jamin Kak Pah! Naya saja.’

Doakan agar usaha kita mengembalikan semula semua hak Kak kepadanya tercapai dan dipermudahkan Allah.

Kashoorga: Semoga mereka yang bersalah dalam hal ini sedar akan kesilapan mereka, segera bertaubat dan mohon maaf pada “Kak’. Tak sangka ada jua kawan berperangai syaitan macam ini, ingat dalam drama saja.

Sumber : Natipah Abu

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat