
Apabila mendapat panggilan temuduga pastinya menggembirakan hati. Namun perasaan berdebar-debar pasti datang menerjah bila sampai hari temuduga. Sebenarnya perasaan gemuruh itu adalah satu perkara yang normal bagi setiap orang. ia bergantung bagaimana seseorang ‘menguruskan’ perasaan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa gemuruh itu ialah dengan mengamalkan doa sebelum masuk bilik temuduga. Banyakkan juga selawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW untuk menghilangkan darah gemuruh.
Ini doa yang boleh diamalkan bagi menghilangkan darah gemuruh. Baca sebelum memasuki bilik temuduga.

Selepas selesai temuduga dan sementara menunggu keputusan temuduga, banyakkan solat hajat, berdoa dan bertawakal. Jika keputusannya tidak seperti yang kita harapkan janganlah berputus asa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesunggahnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ayat 10 Surah Al-Kahfi, Doa Mohon Mudahkan Segala Urusan

Kita digalakkan meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah. Walau bagaimana pun kita perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepadaNya.
Seelok-eloknya doa disertakan dengan kesungguhan serta keikhlasan orang yang mengucapkannya. Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon kepadaNya. Ia membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Doa juga boleh menjadi kekuatan seterusnya mendatangkan kemudahan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Doa itu senjata orang mukmin.”
Sebelum memulakan sebarang pekerjaan, moleklah kiranya kita memohon doa agar dipermudahkan segala urusan yang hendak dilakukan. Amalkan doa dari Surah Al-Kahfi, ayat 10. Mohonlah kepada Allah moga-moga segala urusan kita dilancarkan.

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mustajabnya Doa Al-‘Afiyah, Ayatnya Pendek Tapi POWER. Amalkan Untuk Elak Penyakit & Bala!

Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia berhubung terus kepada Allah SWT. Di samping itu di dalam bab berdoa terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja.
Walau bagaimana pun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW. Kita boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun selagi mana makna atau maksud doa tersebut adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama.
Selain itu juga, kita juga perlu meraikan beberapa adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.
Terdapat satu doa yang disarankan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، فِي دِينِي ، وَدُنْيَايَ ، وَأَهْلِي ، وَمَالِي ، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي ، وَآمِنْ رَوْعَاتِي ، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ ، وَمِنْ خَلْفِي ، وَعَنْ يَمِينِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) dalam agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di hatiku. Ya Allah, jagalah aku; dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawahku.”
(Riwayat Abu Daud, no. 5074)
Makna al-‘Afiyah (العافية)
Beberapa makna al-‘Afiyah:
وَقَدْ كَثُرَتِ الْأَحَادِيثُ فِي الْأَمْرِ بِسُؤَالِ الْعَافِيَةِ وَهِيَ مِنَ الْأَلْفَاظِ الْعَامَّةِ الْمُتَنَاوِلَةِ لِدَفْعِ جَمِيعِ الْمَكْرُوهَاتِ فِي الْبَدَنِ وَالْبَاطِنِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Kata Imam al-Nawawi (676 H): “Terlalu banyak hadis-hadis disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin pada agama sama ada di dunia dan juga di akhirat.”

Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hambaNya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.
Al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Berkat Amal Baca Ayat Kursi, Wanita Terselamat Daripada Jadi Mangsa Rogol

Ayat Al-Kursi digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah ini juga merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam ayat Al-Quran. Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Banyak kelebihan mengamalkan bacaan ayat Kursi terutama kepada golongan wanita. Ikuti kisah tentang seorang wanita yang mengamalkan doa Kursi dalam kehidupan hariannya.
‘KENAPA SAYA TIDAK DIPERKOSA ?”
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di USA. Dia berjilbab dan memiliki akhlak yang bagus, suka membaca Ayat Kursi.
Suatu malam wanita ini dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan pintas untuk pulang. Jalan yang dilalui pula agak sunyi, tidak ramai orang yang melalui jalan itu.
Oleh kerana hari sudah lewat malam, berjalan di jalan yang agak gelap membuatkan dia agak gelisah dan takut. Lebih–lebih lagi dia berjalan sendirian.
Tiba-tiba dia melihat ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding tepi lorong itu. Wanita tersebut sudah mulai takut, cemas, dan gelisah. Yang boleh dilakukannya waktu itu adalah berdoa kepada Allah SWT memohon keselamatan atas dirinya.
Dia baca ayat kursi dengan penuh pengharapan agar Allah SWT membantu dia saat itu.
Allah SWT berfirman:
اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِنْدَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ
allohu laaa ilaaha illaa huw, al-hayyul-qoyyuum, laa ta`khuzuhuu sinatuw wa laa na`uum, lahuu maa fis-samaawaati wa maa fil-ardh, man zallazii yasyfa’u ‘indahuuu illaa bi`iznih, ya’lamu maa baina aidiihim wa maa kholfahum, wa laa yuhiithuuna bisyai`im min ‘ilmihiii illaa bimaa syaaa`, wasi’a kursiyyuhus-samaawaati wal-ardh, wa laa ya`uuduhuu hifzhuhumaa, wa huwal-‘aliyyul-‘azhiim
Maksudnya:
“Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, yang terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar.”
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 255)
Waktu dia melewati tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu tidak menganggu wanita ini dan dia selamat sampai ke rumahnya.
Keesokan paginya, wanita ini membaca surat kabar yang memberitakan seorang wanita diperkosa oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya di lorong yang dia lalui semalam hanya 10 minit setelah dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki yang dia lihat semalam adalah pelakunya.
Atas rasa tanggung jawab, dia terus membuat laporan di balai polis. Wanita ini dapat mengenali pelakunya, pihak polis juga dapat membuktikan bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
ADA DUA LELAKI DI KANAN & KIRI
Namun wanita ini hairan juga kenapa lelaki tadi tidak menjadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut padahal dia sendirian ketika itu. Wanita ini meminta kebenaran kepada pegawai polis yang bertugas untuk bertanya sedikit kepada si perogol tadi. Selepas pihak polis memberi keizinan, wanita ini bertanya kepada si perogol.

Tanya perempuan : ”why dont ‘t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone.” (kenapa anda tidak melalukan apa-apa terhadap saya malam itu walaupun anda tahu saya seorang saja di sana)
Perogol itu menjawab :
”No,you are not alone, that night I saw two young man walking with you. One your right side and the other one was by your left. If you were alone of course you will be my victim.”
(tidak, kamu bukan sendiri malam itu saya tampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan kamu. Seorang sebelah kanan dan seorang lagi sebelah kiri kamu. Kalaulah kamu seorang diri malam itu, sudah pasti kamu jadi mangsa saya.”
BERKAT AYAT KURSI
Wanita ini merasa terkejut, mendengar penjelasan si perogol. Dia bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dirinya masih dipelihara, mungkin juga berkat ayat kursi yang dia baca malam itu.
”..Barangsiapa membaca ayat kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang malaikat memeliharanya hingga subuh. Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam ksempitan, Niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.” Dari Abdullah Bin ‘Amr r.a
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya maka Allah pasti akan sentiasa dekat dan memelihara hambaNya. Melalui kisah wanita ini, dia seorang wanita yang menutup aurat dan menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang ‘menemani’ wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Sumber kredit: Viral Media Johor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI