Bersyukurlah jika kita masih dikurniakan kepanjangan usia dapat memasuki umur 40 tahun, fasa kematangan. Memasuki usia yang semakin menua, sebaiknya kita tak lagi leka dengan hal dunia dan sebaliknya mencari jalan menambah bekalan di akhirat.

Bagi yang baru memasuki usia ini elok juga diamalkan doa yang dikongsi oleh Khairul Anuar Basri agar kita syukur dengan nikmat yang dikurniakan, bertambah amalam soleh pada usia seterusnya.

Doa untuk yang masuk usia 40 tahun ke atas

Saya nak ajar doa wajib hafaz dan baca untuk semua yang berumur 40 tahun ke atas macam saya.

Doa ini saya ambil dari Surah Al-Ahqāf ayat 15

Ads

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Mohon 3 perkara

Cuba hafaz doa ini baik-baik. Amalkan setiap kali lepas solat.  Ada 3 benda yang kita minta sekali gus dalam doa ini :

Ads

-Minta jadi orang bersyukur dengan segala nikmat.
-Minta supaya tetap mengerjakan amalan soleh.
-Minta agar sifat kebaikan meresap masuk ke dalam diri anak-anak.

Masuk umur 40 tahun ni, kita dah sampai tahap kritikal dan sangat penting. Kita sudah tidak punya masa berbaki yang banyak. Bila-bila masa saja Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.

Ads

Maka mulalah jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut. Mula jadi orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja.

Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua. Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI