Para isteri wajib mengelakkan dosa yang akan menjerumuskan diri ke api neraka. Tujuan utama kita hidup di muka bumi ini adalah untuk menjadi hamba yang patuh kepada semua arahan dan suruhan Allah. Jadilah isteri yang disayangi suami dan mendapat reda Illahi.
Sepanjang mengharungi kehidupan berumahtangga pasti ada perbuatan sang isteri yang menyebabkan dia berdosa biarpun tanpa disedari. Paling sedih ada juga beranggapan dosa yang dilakukan itu adalah perkara kecil.
Acapkali tanpa sedar isteri melakukan dosa terhadap suami, malah isteri beranggapan dosa itu hanyalah perkara kecil. Sama ada anda baharu berumahtangga atau sebaliknya, perhalusi setiap kesalahan berikut, adakah anda pernah melakukan dosa-dosa ini?
Jika ya, bersegeralah bertaubat memohon keampunan.
Ahli neraka di kalangan isteri adalah mereka yang kufur terhadap suaminya dan kufur kepad kebaikan.
Seandainya suami telah lakukan kebaikan selama tempoh perkahwinan lalu secara tiba-tiba isteri melihat sesuatu yang buruk pada suaminya dan mengatakan aku tidak pernah melihat apa-apa pun kebaikan daripada mu sekalipun.
Isteri wajib bersikap lembut terhadap keluarga suami termasuk kedua-dua ibu dan ayah suami. Jangan sesekali isteri cuba memonopoli suami sehingga ibnya sendiri hilang hak terhadap anak lelakinya sendiri.
Bayangkan jika perkara ini terjadi pada and ananti. Tidak kah itu amat menyedihkan?
Aisyah r.a.d pernah kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita. Rasulullah SAW menjawab, “Suaminya apabila sudah bernikah. Aisyah bertanya lagi, siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki, Rasulullah SAW menjawab, “ibunya”. Hadis Riwayat Muslim
Isteri yang menolak permintaan suami untuk bergaul adalah golongan yang bakal menghuni neraka. Ini adalah isteri yang membuka buka pintu laknat. Jika suami tertidur dalam keadaan marah, maka Allah akan melaknat isteri sehingga keesokannya.
Malaikat melaknat sehinggga subuh sekiranya terjadi isteri tidak mahu tidur bersama suami tanpa alasan yang kuat. Jika isteri mahu tidur dengan anak-anak yang masih kecil, dia perlu meminta izin terlebih dahulu daripada suaminya.
Isteri harus utamakan apa sahaja kepentingan suami. Tiada satu apapun boleh menyisihkannya daripada suami. Hak paling besar suami adalah isterinya. Isteri harus minta izin sekiranya ada keperluan lain yang perlu didahulukan.
Berdandan cantik hanya untuk suaminya bagi mendapatkan redha Allah SWT. Isteri harus kelihatan kemas, bersih dan cantik di hadapan suami; bukannya berhias dandan untuk dinikmati oleh orang lain.
Mengungkit kebaikan dirinya terhadap/hadaan suami sehingga menyakiti dan merendahkan suami akan menjerumuskannya ke dalam api neraka. Berhati-hatilah berkata-kata jangan ada yang melukakan hati suami. Inis erring terhadi apabila sang isteri mempunyai pendapatan lebih banyak daripada suami dan isteri mengungkit akan sumabngannya itu.
Ada isteri yang begitu lantang berkata-kata. Berani membantah akan setiap apa sahaja yang suami katakan dan lakukan. Keadaan ini sesuatu yang buruk apabila anak-anak melihatnya, ia memperlihatkan hilang rasa hormat isteri kepada suami.
Isteri yang cukup diberikan nafkah zahir dan batin, hidup dalam keluarga yang tiada nampak cacat celanya, lalu meminta untuk bercerai pasti akan dilaknat Allah.
Isteri harus meminta izin untuk keluar rumah daripada suaminya walaupun dia berhajat untuk pergi ke rumah ibubapanya sendiri. Jika tidak dibenarkan, isteri tidak dibenarkan keluar. Dalam hal ini perlulah berbincang dengan baik.
Artikel berkaitan:
Tak Dosa Hukumnya Panggil Suami/Isteri Dengan Panggilan Mama/Baba, Tapi Islam Galakkan…