Banyak hadis berkaitan menghormati orang tua dinyatakan di dalam hadis sahih. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda, mana-mana anak yang menyakiti hati orang tuanya, mencemuh orang tua yang sudah tidak berdaya, dosa itu Allah akan tunjukkan di dunia ini lagi.
Sabda baginda Rasulullah: Kehinaan, kehinaan, kehinaan. Baginda ditanya: Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga. – [HR Muslim 2551].
Bahkan sebagai anak kita disarankan menghormati kedua orang tua selagi mereka ada di dunia ini tanpa mengira keuzuran yang mereka alami dan jangan pernah ada rasa terbeban menjaga mereka sekelumitpun.
Ini berdasarkan satu hadis yang menyebut:-
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Kisah yang berlaku di Bandung ini wajar kita jadikan pengajaran ketika kita hidup. Hanya kerana harta, ada anak-anak sangggup menyaman bapa sendiri tetapi takdir Allah mengatasi segalanya.
Seorang wanita di daerah Cinambo, di sini, sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di Mahkamah Daerah Khas Bandung.
Kompas.com, melaporkan, Koswara, 85, disaman anak ketiganya, Masitoh yang merupakan seorang peguam.
Masitoh dikatakan bersama abangnya, Deden mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya itu.
Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah.
Masitoh dilaporkan maut akibat serangan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di mahkamah berkenaan.
Untuk rekod, Koswara memiliki enam anak iaitu yang pertama bernama Imas diikuti Deden, Masitoh, Ajid, Hamidah dan Muchta.
Anak kelimanya, Hamidah yang memimpin ayahnya ke mahkamah berkata, ayahnya baru mengetahui berita pemergian Masitoh selepas mahkamah berhenti bersidang dan tetap menziarahi pusara anaknya.
Peguam Masitoh, Komar Sarbini berkata, saman itu difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.
"Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan mahkamah," katanya.
Saman itu berhubung harta warisan seluas 0.3 hektar milik Koswara. Sumber : Harian Metro
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI