Kitab Al-Quran adalah kitab suci bagi masyarakat Islam seluruh dunia. Tidak kisahlah masyarakat Islam dari negara mana yang membacanya, akan mendapat pahala bagi sesiapa yang menjadikan kitab suci ini sebagai ‘sahabat baik’.
Artikel Berkaitan: Rupanya Dah Lama Lousia Chong Peluk Islam, Besar Pengorbanan Jaga Suami Strok Hingga Dapat Jejak Kaki Ke Mekah
Bagi Dr. Hamid Choi Yongkil Hafizullah menyedari ramai yang mengalami kesulitan mempelajari Islam, mengambil inisiatif beliau telah menterjemahkan Al-Quran ke dalam Bahasa Korea buat pertama kalinya.
Dikatakan projek penterjemahan ini memakan masa selama lebih kurang 7 tahun lamanya.
Beliau yang merupakan seorang Da’i, juga berperanan sebagai pensyarah dalam pengajian Study Islam dan Bahasa Arab di salah satu universiti di Korea.
Artikel Berkaitan: “Saya Akan Berpuasa Kalau Dihidang Makanan Tak Halal…” – Ringgo Kongsi Pengalaman 3 Tahun Di Penjara Venezuela
Selain itu, beliau juga merupakan seorang guru besar di Universiti Myongji dan juga menjawat jawatan sebagai Presiden Federasi Muslim Korea (FMK).
Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Korea tetapi tidak menghalang usahanya dalam projek terjemahan ini.
Usahanya ini memberi kesenangan buat masyarakat Islam di sana untuk lebih mempelajari dan mendalami kitab suci Al-Quran.
Selain menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Korea Dr. Hamid juga menerjemahkan Shahih Bukhari, dan mempunyai karya tulis dalam bidang keislaman lebih dari 90 judul.
Artike Berkaitan: Tak Pernah ‘Skip’ Puasa Sunat Isnin & Khamis, Rahsia Remaja Lelaki Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran
Sumber: FB KUISCELL
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Solat Tarawih Dibenarkan Dengan SOP Ketat, Jumlah Jemaah Bergantung Kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri
Alhamdulillah. Jika tahun lalu umat islam tidak berpeluang menunaikan ibadah tarawih di masjid berikutan pandemic COVID-19, hari ini ternyata ia satu rahmat besar apabila kerajaan mengumumkan solat tarawih sudah dibenarkan untuk tahun ini.
Walau pun kebenaran diberi namun Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini memaklumkan jumlah kehadiran jemaah untuk bersolat tarawih di masjid dan surau adalah bergantung kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
“Berapa jumlah jemaah dibenarkan adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri namun SOP Ketat perlu dihadapi oleh jemaah,” katanya yang turut memaklumkan selain bersolat tarawih, bazar ramadan dan bazar aidilfitri juga dibenarkan dengan syarat yang sama.
Malah kesemua keputusan ini dicapai selepas trend penurunan pesakit COVID-19 dicatatkan.
“Sebelum keputusan ini dibuat, perbincangan telah diadakan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta ahli mesyuarat lain, maka mesyuarat jawatankuasa teknikal bersetuju membenarkan operasi pasar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara.
"Kita juga bersetuju membenarkan solat tarawih, namun prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak," katanya lagi.
Jelas Menteri Kanan ini lagi, SOP mengenai pengoperasian bazar akan dibentangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri masing-masing yang menguruskan soal lokasi dan jumlah peniaga.
"Tapi antara yang perlu dipatuhi peniaga dan pengunjung, syaratnya adalah lokasi bazar adalah terbuka; mempunyai laluan masuk dan keluar berbeza; menyediakan ruang pendaftaran MySejahtera dan jumlah pengunjung.
"Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri pada 10 pagi hingga 12 tengah malam," katanya lagi.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dulu Selalu Download Movie Secara Haram Tapi Untuk Tontonan Sendiri Saja. Bagaimana Nak Bertaubat?
Soalan
Dahulu saya sering download filem antaranya animasi dan anime jepun secara haram akan tetapi ia untuk tontonan sendiri sahaja. Soalan saya adakah tindakan download filem atau anime secara haram walaupun untuk tontonan sndiri dikira salah? Agak sukar dan mustahil untuk berhubung dengan pengarah dan produksi, jadi bagaimana ingin bertaubat dari kesalahan ini?
Jawapan Mufti Selangor
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan puan, Islam menjaga hak milik manusia termasuklah hak milik penulisan, rekaan/ ciptaan dan hak milik kreativiti.
Kita tidak boleh mengambil atau mencuri hak milik orang lain tanpa keizinan/ kerelaannya. Nabi SAW bersabda: لا يَحِلُّ مالُ امرِئٍ مُسلِمٍ إلَّا بطِيبَةٍ مِن نَفْسِه.
Maksudnya : “Tidak halal harta seseorang Muslim melainkan dengan kerelaan hatinya”. (Riwayat Ahmad) Hak-hak tersebut adalah dikategorikan sebagai harta yang dilihat kepada nilai dan manfaatnya.
Ia dinamakan sebagai harta intelek. Maka filem dan Animasi yang terdapat di laman web yang terbuka tanpa perlu dibeli adalah halal.
Akan tetapi jika dimuat turun melalui ‘hacker’ dengan jalan yang tidak sah, maka haram kerana mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Hendaklah bertaubat dengan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
Sumber: Mufti Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Andainya Ini Ramadan Terakhir’ Kuliah Terakhir Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz Sebelum Pemergiannya
Perginya seorang murabbi ummah dan sebutir permata hati Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz begitu mengesankan.
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada Subuh 1 Mei 2019 bersamaan 25 Syaaban 1440H. Mulia sungguh pengakhirannya, Allahuakbar.
‘Andainya ini Ramadan Terakhir’ adalah kuliah Maghrib terakhir disampaikan ayah saya malam sebelum pemergiannya,” demikian menurut Mohamad Yusri Abu Hassan, 45, anak sulung kepada Allahyaram Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz,72.
Menurutnya, pada kebiasaan ayahnya akan bermalam di kawasan tempat ceramah, namun malam itu, Allahyarham pulang ke rumah bersama ibunya kerana pagi 1 Mei 2019 beliau perlu menghadiri satu lagi sesi ceramah di Ipoh, Perak.
UNGKAPAN TERAKHIR
‘Selepas malam ini tiada lagi soalan’ adalah ungkapan terakhir yang menjadi kenangan dalam kalangan 150 jemaah Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan.
Pada akhir kuliah itu, Allahyarham telah meminta para jemaah surau itu mengajukan soalan kepadanya dan melafazkan ungkapan itu selepas tiada lagi pertanyaan dan menutup kuliahnya dengan bacaan doa.
Setiausaha surau itu, Allaudin Shah Maidin Syed berkata, Allahyarham tiba di surau berkenaan kira-kira pukul 8 malam dan menyampaikan kuliah sehingga pukul 9.30 malam.
Katanya, Allahyarham hanya mengadu mengenai kesesakan jalan raya yang terpaksa ditempuhnya selama dua jam dari Kuala Lumpur ke sini sehingga menyebabkan beliau lewat tiba.
“Kami semua mendengar kuliahnya yang sememangnya sentiasa menarik minat kepada sesiapa pun,” katanya.
Jelasnya, tiada yang aneh mengenai kuliah Allahyarham atau semasa para jemaah menemuinya dalam jamuan makan yang dihidangkan oleh surau selepas majlis tersebut.
“Allahyarham memberitahu beliau sudah lama tidak makan nasi dan hanya makan kuih.
“Kami bersalaman dengan beliau sebelum Allahyarham menaiki kereta untuk pulang,” ujarnya.
Allaudin Shah memberitahu, para jemaah berasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita pagi ini mengenai kematian Abu Hassan
HIDAP PARU-PARU BERAIR
Reda dengan pemergian ayahnya, Mohamad Yusri berkata, tahap kesihatan Allahyarham berada dalam keadaan kurang baik selepas doktor sahkan paru-parunya berair.
“Kalau ikut sejarah kesihatan, ayah pernah buat pintasan jantung sekitar 20 tahun lalu. Sebulan sekali ayah buat pemeriksaan kesihatan.
“Tak ada yang major… cuma itulah paru-paru berair dan doktor nasihatkan jaga makan dan minum je,” katanya.
Melihat susuk tubuh Allahyarham, ramai tidak menyangka Allahyarham kurang sihat.
Mohamad Yusri juga mengakui perkara itu apatah lagi, dengan ada masalah jantung, paru-paru berair dan terkini buah pinggang kurang berfungsi, Allahyarham masih aktif menyampaikan kuliah mahupun ceramah di serata negeri walaupun kurang sihat.
REBAH SELEPAS SOLAT SUBUH
Menceritakan detik Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, Mohamad Yusri berkata, ketika itu Allahyarham sedang bersiap untuk ke Ipoh bagi sesi ceramah tengah hari ini.
“Masa tu lepas solat Subuh. Ayah rebah. Ibu telefon bagi tahu keadaan ayah sebab ibu pun tak tau nak buat apa.
“Saya minta dua adik saya tengokkan keadaan ayah sebab tak tinggal sekali dengan ayah sementara saya sampai.
“Pernafasan ayah lemah dan mukanya dah pucat sewaktu berada di rumah lagi.
“Ambulans datang rumah dan bawa ayah ke hospital. Masa di rumah, doktor ada buat bantuan kecemasan dan CPR. Dalam ambulans pun buat, di hospital pun buat juga.
“Sampai di ICU (unit rawatan rapi) Hospital Kuala Lumpur, doktor cuba sedaya mungkin bantu ayah.
“Kami tengok pada mesin tu… kami reda sewaktu doktor maklumkan denyutan nadi telah berhenti ketika sampai ke hospital,” katanya.
PENGAKHIRAN YANG MUDAH
Sebagai anak sulung, Mohamd Yusri turut memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada yang tersinggung dengan Allahyarham ayahnya.
Bekas Penasihat Agama Istana Negara ini menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika bersiap untuk menghadiri program di Maahad Tahfiz di Kota Raja Ipoh, tengah hari ini.
Namun, Allahyarham dikatakan rebah sewaktu sedang bersiap dan tidak sedarkan diri sebelum mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh anak serta 13 cucu.
Merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis kemudian di Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah serta melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
KASHOORGA: Salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Utusan Online
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI