Sejak pandemic COVID-19 melanda dunia, barisan petugas hadapan antara kelompok yang paling sibuk menangani isu kesihatan ini. Malah sejak setahun lalu, mereka sentiasa bertungkus lumus bekerja tanpa henti bagi memastikan pesakit dijangkiti kembali pulih seperti biasa. Bahkan ada barisan hadapan yang terkorban angkara wabak ini.
Terkini, dalam menghargai jasa barisan petugas hadapan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah semalam menerima Anugerah Merit Ibn Khaldun, satu anugerah tertinggi mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.
Anugerah ini telah disampaikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 di ISTAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus, Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah sebagai mewakili petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan).
Penganugerahan ini bagi menghargai jasa dan usaha para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang melanda.
Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM yang diperkenalkan sejak 2018 adalah anugerah untuk mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.
Turut hadir pada majlis ini Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Tahniah diucapkan kepada barisan petugas hadapan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan pesakit dijangkiti sembuh seperti sedia kala.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI