Duduk selepas makan kenduri atau jamuan memang situasi biasa. Apatah lagi bila berjumpa dengan rakan lama, memang akan bersembanglah.
Tapi benarkah perkara yang biasa kita lakukan ini sebenarnya dilarang? Persoalan ini utarakan dalam satu perkongsian Ustaz Azhar Idrus di laman sosial beliau malah beliau sendiri turut memberikan penjelasannya.
“Siapa yang telah selesai makan kenduri maka hendaklah dia bangun dan beredar pulang kerana memberi ruang kepada tetamu yang lain pula untuk duduk dan makan dan itu adalah adab yang dipuji syarak,”terangnya.
Tambah Ustaz Azhar jika seseorang itu terus duduk walhal sudah selesai makan dan minum, maka perbuatannya itu adalah menyalahi adab kerana ia memberatkan tuan rumah. Tindakan seseorang itu terus kekal pada tempat duduknya akan menyukarkan tetamu lain yang hendak duduk.
Lebih-lebih lagi kalau kerusi tidak banyak atau ruang jamuan itu tidak besar. Melainkan seseorang itu duduk sekejap untuk menegur sapa tetamu yang lain atau diminta oleh tuan rumah supaya tidak cepat balik atau seumpamanya maka hukumnya adalah harus.
Duduk lepas makan kenduri memberatkan tuan rumah
Dalam pada itu Ustaz Azhar turut menjelaskan beberapa pandangan ulamak dalam hal ini.
Ads
Menurut Syeikh Ali-Sobuni :
دلّ قوله تعالى: فَإِذَا طَعِمْتُمْ فانتشروا على ضرورة الخروج بعد تناول الطعام، وهذا من الآداب الإسلامية التي أدّب الله بها المؤمنين، فالمكث والجلوس بعد تناول الطعام ليس بحرام، ولكنّه مخالف لآداب الإسلام، لما فيه من الإثقال على أهل المنزل سيما إذا كانت الدار ليس فيها سوى بيت واحد، اللهمَّ إلا إذا كان الجلوس بإذن صاحب الدار أو أمره، أو كان جلوساً يسيراً تعارفه الناس، لا يصل إلى حدّ الإثقال المذموم. ومع ذلك فالأفضل الخروج، ولهذا جاء التعبير بالفاء التي تفيد الترتيب والتعقيب {فانتشروا} .
Ertinya : “Menunjuklah oleh firman Allah Taala : Maka apabila kamu sekelian telah selesai memakan makanan yang dihidangkan maka beredarlah kamu sekelian atas kemestian keluar dari tempat kenduri selepas memakan akan makanan yang dihidangkan. Dan inilah setengah daripada adab yang baik dalam Islam yang telah mengajarnya oleh Allah dengannya akan sekelian orang beriman.
Ads
“Maka perbuatan masih tidak beredar dan duduk sahaja selepas makan itu tidaklah haram akan tetapi sungguhnya ia menyalahi akan adab yang dianjurkan dalam Islam kerana padanya memberatkan atas tuan rumah apatah lagi kalau tuan rumah hanya mempunyai sebuah sahaja rumah melainkan jika dia terus duduk tidak beredar itu dengan izin tuan rumah kenduri atau dengan permintaannya atau adalah duduknya selepas makan itu sekejap sahaja sekadar bertegur sapa sesama manusia yang tiada sampai memberatkan yang dicela.
“Oleh yang demikian itu maka yang lebih afdhal ialah keluar dari majlis. Kerana inilah digunakan huruf fa’ yang memberi makna tertib dan berturutan yaitu firman Allah : فانتشروا yang membawa makna maka apabila telah selesai makan hendaklah beredar pula meninggalkan majlis.” (Kitab Tafsir Rawai’ Al-Bayan)
Menurut pandangan Dr Wahbah Az-Zuhaili pula:
Ads
يجب التفرق والخروج من البيت والانتشار في أرض الله تعالى بعد تناول الطعام، وانتهاء المقصود من الأكل ونحوه، لقوله
تعالى: فَإِذا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا والمراد من الأمر: إلزام الخروج من المنزل عند انقضاء المقصود من الأكل
Ertinya : “Wajiblah beredar dan keluar dari rumah yang buat kenduri itu dan pergi ke tempat lain selepas makan akan hidangan dan selepas selesai maksud datang iaitu makan dan seumpamanya kerana firman Allah Taala : Maka apabila kamu sekelian telah memakan akan makanan yang dihidangkan maka beredarlah kamu sekelian. Dan yang dikehendaki dengan suruh beredar itu ialah wajib keluar dari tempat jamuan ketika telah selesai maksud daripada makan.” (Kitab Tafsir Al-Munir)
Kita mungkin biasa melihat di kawasan perkuburan ada yang meletakkan atau memacakkan payung di atas pusara terutama sekali untuk kubur baru.
Ia menjadi sebahagian adat sesetengah tempat dengan alasan untuk mengelakkan haiwan mengorek tanah kubur.
Malah ada juga yang mempercayai meletakkan payung ini dapat meneduhkan jenazah di dalam kubur.
Namun perlu diketahui, perbuatan memacak payung di atas kubur ini adalah perkara makruh menurut mazhab al Syafi’i. Begitu juga dengan meletakkan khemah atau bumbung di atas pusara.
Perkara ini dikongsi dalam laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan AL-KAFI #2008: HUKUM MEMACAK PAYUNG DI ATAS KUBUR.
Hukum makruh ini adalah berdasarkan larangan meletakkan payung di atas kubur, kubah, bumbung dan seumpamanya oleh Saidina Umar RA, yang mengarahkan supaya memindahkannya.
Hal ini kerana teduhan payung dan seumpamanya tidak dapat memberi apa-apa faedah ke atas si mati di dalam kubur, melainkan amalannya sendiri yang akan menyelamatkannya.
Walau bagaimana pun menurut Imam al-Syarwani, sekiranya payung atau teduhan tersebut digunakan dengan tujuan yang betul seperti teduhan untuk orang ramai dari terik matahari maka ia diharuskan.
Dalam pada itu mempercayai bahawa dengan meletakkan payung di atas pusara dapat meneduhkan jenazah di dalamnya boleh dikategorikan sebagai satu kepercayaan yang khurafat.
Khurafat adalah kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Menurut Ibn Manzur khurafat ialah:
والخُرافةُ: الحديثُ المُسْتَمْلَحُ مِنَ الكذِبِ.
Maksudnya: “Khufarat ialah kisah-kisah menarik yang disulami dengan perkara-perkara dusta”.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa, hukum meletak payung di atas pusara dengan hanya mengikut adat semata-mata adalah makruh dan perbuatan tersebut termasuk dalam perkara yang bidaah dan sia-sia.
Manakala mempercayai dengan perbuatan tersebut akan dapat memayungi jenazah di dalam pusara adalah salah satu bentuk khurafat.
Agama Islam kaya dengan peradaban yang tersendiri. Malah itulah sebenarnya kelebihan agama Islam kerana dari setiap sudut, telah sempurna segala adab yang telah ‘disusun’ dengan sempurna.
Antara adab yang perlu diberi perhatian terutama oleh kaum wanita ialah adab menjemur pakaian dalam. Berikut perkongsian Nisa Azman.
ADAB MENJEMUR PAKAIAN
Mohon sebarkanlah pada Adik beradik,saudara mara dan kawan-kawan..Nasihat isteri dan anak-anak perempuan kita…Sebagai adab dan maruah ni..
Pakaian dalam ialah pakaian terlindung…dah nama dia pun pakaian dalam..sebaiknya pakaian dalam ni lebih lagi yang wanita punya apatahlagi isteri kita, ibu kita, adik beradik perempuan dan anak-anak perempuan kita punya sebagai ADAB nya elakkanlah daripada di JEMUR di tempat yang boleh jadi pandangan umum kerana boleh timbul fitnah..kita orang Islam… Islam agama yang penuh dengan adab dan akhlak..Islam sangat memelihara maruah wanita…
Sangat tak best dan tak beradab laa kalau orang rumah kita pakai purdah ke pakai tudung labuh ke atau siapa sahaja bahkan semua orang Islam tetapi pakaian dalam terdedah di jemuran boleh dilihat lelaki bukan mahram…nama pun pakaian dalam kan..harus terlindunglah…
PAKAIAN DALAM PERLU DILINDUNG
Bagaimana kita melindungi tubuh mereka dari dilihat, sepatutnya begitulah kita jaga dalam bab adab menjemur pakaian..carilah tempat yang agak tertutup sikit..sebab pakaian dalam ni kecil dan ringan je Insya Allah cepat kering..dia bukan macam pakaian lain..jarang dengar orang guna kain jeans levis buat pakaian dalam..kalau kain jeans tu lambat lah kering..
Begitu juga pakaian dalam sendiri ni bukan perlu lindung dari dilihat jiran tetangga dan orang luar lihat tapi kalau keluarga kita namun mereka yang bukan mahram dengan isteri kita pun sebaiknya lindunglah…sepupu, abg ipar, adik ipar dan biras..apatahlagi kalau kawan-kawan datang rumah..kalau tahu mereka datang, angkatlah pakaian dalam tu letak kat tempat terlindung…stor ke bilik ke..sambung jemur bawah kipas..Moga kita menjadi Mukmin yang terbaik..Beradab dan sentiasa menutup pintu fitnah juga menjaga maruah diri..amin..
KASHOORGA: Kesimpulannya, pakaian dalam itu simbolik maruah seseorang individu terutama kaum wanita. Maka adalah tidak wajar perkara yang terlalu sensitif ‘dipaparkan’ bersama mereka yang tidak sepatutnya.
Sumber kredit: FB: Nisa Azman
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: Kami terserempak dengan arnab lalu mengejarnya. Dan aku dapat menangkapnya serta membawa kepada Abu Talhah. Beliau sembelih dan memberi sebahagiannya kaki atau pehanya kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah menerimanya.
Riwayat al-Bukhari (2572)
Muhammad bin Safwan (atau Safwan bin Muhammad) berkata:
اصَّدْتُ أَرْنَبَيْنِ فَذَبَحْتُهُمَا بِمَرْوَةٍ ، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَنْهُمَا فَأَمَرَنِي بِأَكْلِهِمَا
Maksudnya: Aku memburu dua ekor arnab dan aku sembelihnya di Marwah. Maka aku bertanya Rasulullah SAW lantas beliau memerintahkan aku makan kedua-duanya.
Riwayat Abu Daud (2822), Ibn Majah (3175) dan al-Nasa’ie (4239)
Arnab juga haiwan yang tiada bertaring dan tiada nas yang menunjukkan haramnya. Dengan sebab itu, dinukilkan bahawa Sa’ad bin Abi Waqqas telah memakannya. Begitu juga diberi kelonggaran oleh ulamak dalam kalangan sahabat dan selepasnya.
Maka hukum memakan daging arnab adalah halal di sisi jumhur.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Ini berdasarkan sebuah hadis...