Kasih ibu membawa ke syurga. Dalam islam, mengata “ah” sahaja sudah cukup seorang anak tidak mampu mencium syurganya apatah lagi kalau menyakiti hati ibunya.
Allah berfirman dalam surah al-Isyra’ 23:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”
Berkongsi kisah dari pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad di instagramnya @ustadzabdulsomad_official, Ustaz Abdul Somad berkongsi kata-kata kiasan yang biasa digunakan oleh arwah ibunya mengenai sedekah.
Biasa arwah ibunya, Hajjah Rohana tidak menyatakan secara terus bahawa seseorang itu perlu dibantu namun ibunya sering mengunakan kata kiasan dengan menceritakan kesusahan orang ditemuinya dan anak-anak biasanya dapat memahami maksud si ibu bahawa individu itu harus dibantu. Tidak hairanlah, sudah dua tahun ibunya menemui Ilahi pada bulan Ramadan, pendakwah ini telah menubuhkan Yayasan Wakaf Hajjah Rohana Berbagi bagi meneruskan kerja-kerja dakwah arwah ibunya.
Baca perkongsiannya:-
Walaupun sekarang sudah tahun 2021, tapi kalender di dinding rumah Omak tetap 2019. Masih tampak beliau lingkari satu tanggal, beliau tulis di bawahnya: ke Silau. Itu berarti sepekan sebelum Ramadhan.
Beliau pergi ke pasar pagi Arengka, beli daging. Dimasak rendang. Beli nampan-nampan plastik tempat nasi, sayur, dll. Untuk sedekah makanan ke faqir miskin. Biasanya pergi sendirian. “Berapa umur ibu?”, tanya orang di pasar. Beliau jawab, “Tujuh puluh”. “Sampai hati anak-anak ibu, dibiarkannya ibu ke pasar sendirian”, kata mereka. Omak biarkan mereka bicara, sampai habis.
Setelah itu, baru dia balik bertanya, “Tau kau siapo namo anak aku?”. “Siapa Bu?”, tanya mereka. “Somad”, mereka pun terkaget-kaget. Ujung-ujungnya, mereka antar Omak pulang ke rumah. “Aku tadi di pasar”, begitu biasanya Omak memulai ceritanya.
Bukan kami tak mau mengantar, tapi begitulah Omak merasa nyaman pergi sendiri.
“Duit yang kau kasi tu tak cukup. Banyak kali tamu kau”, saya faham, sebenarnya uang itu beliau belikan beras untuk faqir miskin.
“Si anu, sudah tak bayar sewa rumah tiga bulan. Cucunya tiga”, begitu bahasanya. Maksudnya, bayarkan.
“Si anu, tukang masak di jalan nangka, jalan kaki dari Panam. Kasian kali ah”, faham, maksudnya, belikan sepeda.
Setelah beliau wafat, kami hanya melanjutkan apa yang beliau lakukan dulu. Alhamdulillah, Yayasan Waqaf Hajjah Rohana Berbagi sudah genap dua tahun. Semoga kita selalu dalam ridho Allah Subhanahu wa Ta’ala, amin.