Duit raya sudah jadi sebahagian tradisi raya kita, malah kebanyakan kita akan awal-awal lagi membuat persiapan kewangan untuknya.

Amalan ini juga sebenarnya selari dengan ajaran Islam dalam memuliakan silaturahim. Seperti disebut dalam kitab Fathul Bari oleh Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, menzahirkan kegembiraan pada hari perayaan adalah antara syiar Islam.

Waktu yang terbaik beri duit raya

Persoalan yang sering dibangkitkan adalah, lebih baik memberi duit raya ketika Ramadan atau Syawal? Adakah pahala kedua-duanya sama?

Ads

Dalam hal ini menurut Ustazah Asma’ Harun ganjaran pahala adalah milik Allah. Sebagai hamba-Nya, kita digalakkan untuk bersedekah pada bila-bila masa.

Namun katanya, berdasarkan sunnah, Nabi Muhammad SAW lebih menggandakan amalan sedekahnya ketika Ramadan. Ibn ‘Abbas r.a berkata:

“Nabi SAW merupakan manusia yang paling pemurah dengan kebaikan. Baginda menjadi lebih pemurah dalam bulan Ramadan, apabila bertemu dengan malaikat Jibril. Jibril akan hadir berjumpa Nabi SAW setiap malam di bulan Ramadan sehingga tamatnya Ramadan. Nabi SAW akan membacakan al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril bertemu baginda, baginda menjadi lebih pemurah daripada angin yang bertiup.” (HR Bukhari, hadis sahih)

Ads

Sheikh Muhammad Hasan al-Dedu al-Shanqiti menjelaskan bahawa pemberian Nabi SAW begitu luas, pantas dan menyeluruh, ibarat angin yang bertiup laju tanpa sempadan. Begitulah seharusnya sikap kita dalam bersedekah.

Tak salah beri ketika Syawal

Oleh itu memberi duit raya ketika Syawal bukanlah satu kesalahan. Namun, memberi dalam bulan Ramadan lebih digalakkan kerana berdasarkan sunnah, Nabi SAW lebih banyak bersedekah ketika bulan yang mulia ini. Apa pun, yang lebih penting adalah keikhlasan dan kesyukuran dalam memberi dan menerima.

Ads

Bagi yang tidak mampu, janganlah bersedih hati. Pemberian duit raya hanyalah satu adat, bukan satu kewajipan. Masih banyak lagi cara untuk mengeratkan silaturahim, sama ada dengan ziarah, doa, atau sekadar ucapan yang penuh kasih sayang. Semoga amalan baik ini terus subur dalam masyarakat kita.

Sumber: Ustazah Asma Harun

Baca  Lagi: Awas, Guna Khidmat Tukar Duit Raya Boleh Jadi Riba!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI