Dulu Kritik Kini Ahli Politik Belanda Peluk Islam

Share

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Apabila telah dibukakan pintu hati untuk menerima cahaya Islam maka bermulalah kehidupan sebagai seorang Muslim. Joram Van Klaveren iaitu bekas anggota berhaluan kanan pimpinan ahli politik anti-Islam Geert Wilders, di Belanda, telah memeluk Islam meskipun sebelum ini rancak  melancarkan kempen anti-Islam di Dewan Perwakilan, Belanda.

Akhbar harian, Algemeen Dagblad (AD) melaporkan, sepanjang kempen itu, beliau mendesak kerajaan supaya mengharamkan pemakaian burka dan pembinaan menara serta berkata: “Kami tidak memerlukan Islam, walaupun sedikit di Belanda”.

Joram Van Klaveren mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas memperoleh hidayah ketika menulis buku tentang Islam. Sebelum ini beliau pernah mengkritik Islam secara lantang malah pernah menghina kesucian al-Quran.

Bagaimanapun, Van Klaveren, 40, berkata beliau menukar fikirannya ketika sedang dalam proses menulis buku anti-Islam dan mengakui kepada akhbar NRC, ia menjadi satu bentuk bantahan bagi menyangkal pandangan terhadap agama itu.

“Jika segala yang saya tulis hingga ke tahap itu adalah benar, dan saya mempercayainya, pada hakikatnya saya adalah orang Islam,” katanya kepada NRC.

Menurut NRC dalam laporan yang diterbitkan menjelang pelancaran buku Van Klaveren bertajuk, ‘Apostate: From Christianity to Islam in the Time of Secular Terror’, beliau memeluk Islam pada 26 Oktober lalu.

“Tindakannya (memeluk Islam) amat mengejutkan rakan dan musuhnya,” lapor akhbar AD. – AFP

Sumber kredit: Berita Harian Online

Published by
wan erni