“Dulu Saya Lalai & Khayalkan Orang. Tapi Pelan-Pelan Allah Tarik Untuk Berubah” – Luah Iwan Dangdut

Share

Siapa tidak mengenali penyanyi dangdut yang cukup populat lewat 90-an, Iwan Dangdut atau nama sebenarnya Wan Syahman M. Yunus.

Di zaman kegemilangannya, beliau dipuji kerana lagu nyanyiannya bergenre dangdut yang sangat mengasyikkan tika mendengarnya.

Tetapi itu cerita lamanya, kini beliau yang lebih senang dipanggil Iwan Syahman mahu dikenali sebagai individu yang menyebarkan dakwah Islam dengan cara tersendiri.

Namun tidak mudah untuknya melupakan kenangan lalu, sebaliknya dijadikan ikhtibar dalam menyebarkan dakwahnya kini.

Penampilan terkini Iwan Dangdut.

Ketika mudanya beliau memang suka merantau untuk menimba pengalamman sementelah jiwa muda yang inginkan kebebasan hidup.

Bahkan, beliau pernah tinggal beberapa ketika di Jerman dan Jepun, sebelum datang ke Singapura pada 1980. Pada 1984 Iwan datang ke Malaysia, juga atas kegemaran merantau sambil mencari kehidupan.

Artikel Berkaitan: Dah Bertahun Simpan Niat, Akhirnya Linda Hashim Sempurna Berhijab. Ubah Penampilan Dengan Baju Labuh!

Beliau memilih untuk menetap di Seremban memandangkan ramai sanak-saudara sebelah emaknya dari Sumatera tinggal di daerah itu.

“Masa tu saya masih muda, belum tahu nak jadi artis ke apa. Tapi di situlah mula berjinak-jinak dengan dunia muzik. Kebetulan saya memang suka bergaul dengan orang, bermain gitar dengan anak-anak muda sambil menyanyi, selalu datang rumah dia orang, makan malam, makan tengahari, ramai lah jadi mak angkat saya”, cerita Iwan mengenang kisah silamnya.

Dulu dan sekarang.

Di situlah beliau mula terlibat secara lebih aktif dengan dunia muzik. Bermula sebagai penyanyi di pub dan kelab malam, beliau kemudiannya menubuhkan kumpulan muzik.

“Selepas dua tahun (di Seremban), pindah ke Kuala Lumpur. Kita main group band pulak, dan yang terakhir group saya tu “The Artstream”. Saya pemain gitar bass, timba pengalaman selama tiga tahun, sambil tu menyanyi juga. Kemudian dari situ saya belajar recording (rakaman). Selepas itu barulah saya pergi ke album, buat sendiri”, ujarnya.

Di zaman kegemilangannya banyak lagunya menjadi siulan terutama menerusi lagu-lagu duetnya bersama beberapa penyanyi wanita, termasuk seorang artis dari India. Lagu-lagu irama dangdutnya menjadi kegemaran ramai hingga kini.

Namun Allah menduganya apabila dia juga turut mengalami perpisahan dengan dua rumah tangga terdahulu termasuk bersama seorang artis wanita popular.

Mula-mula (isteri pertama) orang Kelantan, 8 tahun (kahwin, dapat) anak tiga. Isteri kedua dari Terengganu, tak ada anak, cerai juga lepas 8 tahun,” jelas Iwan lagi.

Bersama salah seorang anaknya yang juga pelakon.

“Selepas itulah Allah bagi satu fikir pada saya, saya fikir kenapa sebenarnya hidup saya ini macam ini? Bagi saya, tanda-tanda yang Allah bagi, menerusi ketakutan demi ketakutan yang kita alami, menyebabkan saya terfikir bahawasanya saya perlu berubah.

“Alhamdulillah lah, Allah Ta’ala ni, Dia sangat (dan) masih sayangkan saya. Sehingga kalau kita tengok bukti-buktinya, pada saya lah kan, tak ada lagi sebenarnya cubaan yang berat-berat. Tuah bagi saya, kalau menurut dari hidup saya ini yang sudah terlalu “jauh” (dari agama) ini kan, sepatutnya dah teruk dah (kena ujian Allah), tapi Dia masih beri saya sempurna lagi kan?”, ujarnya  yang amat positif terhadap rahmat Tuhannya.

Kini, beliau dengan sepenuh hati meyakini perjalanan hidupnya yang sebegitu sudah diaturkan oleh Allah untuknya.

Apatah lagi selepas diberikan hidayah untuk berhijrah dan berubah, Allah menemukannya dengan sebuah jemaah dakwah.

Beliau akui, menerusi penglibatannya dalam jemaah tersebut beliau mendapat keyakinan dan petunjuk.

“Alhamdulillah, bila saya masuk jemaah, Allah bagi petunjuk kepada saya, nampak keindahan dan keseronokan untuk beragama. Kita perlukan itu (hidup beragama) sebenarnya. Sedangkan saya zaman remaja sibuk dengan khayalan-khayalan,” katanya.

Selesa dengan apa yang dilakukannya kini.

 

Komitmennya untuk berubah bertambah kukuh apabila merasakan Allah Ta’ala mentakdirkannya untuk berfikir menebus kesilapan silam.

Jika dulu Iwan banyak mengkhayal dan melalaikan orang, sekarang Allah memberinya satu pemikiran agar menyuci dan menebus kembali kesalahan itu.

Artikel Berkaitan: Hijrah LAPAN Artis Wanita, Jadi Inspirasi Wanita Untuk ‘Berubah’

SUMBER: DENAIHATI.COM

Published by
Siti Zurina Mat Saman