Dahulu saya sering download filem antaranya animasi dan anime jepun secara haram akan tetapi ia untuk tontonan sendiri sahaja. Soalan saya adakah tindakan download filem atau anime secara haram walaupun untuk tontonan sndiri dikira salah? Agak sukar dan mustahil untuk berhubung dengan pengarah dan produksi, jadi bagaimana ingin bertaubat dari kesalahan ini?
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada persoalan puan, Islam menjaga hak milik manusia termasuklah hak milik penulisan, rekaan/ ciptaan dan hak milik kreativiti.
Kita tidak boleh mengambil atau mencuri hak milik orang lain tanpa keizinan/ kerelaannya. Nabi SAW bersabda: لا يَحِلُّ مالُ امرِئٍ مُسلِمٍ إلَّا بطِيبَةٍ مِن نَفْسِه.
Maksudnya : “Tidak halal harta seseorang Muslim melainkan dengan kerelaan hatinya”. (Riwayat Ahmad) Hak-hak tersebut adalah dikategorikan sebagai harta yang dilihat kepada nilai dan manfaatnya.
Ia dinamakan sebagai harta intelek. Maka filem dan Animasi yang terdapat di laman web yang terbuka tanpa perlu dibeli adalah halal.
Akan tetapi jika dimuat turun melalui ‘hacker’ dengan jalan yang tidak sah, maka haram kerana mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Hendaklah bertaubat dengan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
Sumber: Mufti Selangor