‘Elak dosa membukit, lebih baik failkan cerai.’ Teruskan hubungan sebab kasihankan anak, layan suami pun tak ikhlas kerana suami abaikan perasaan dan berlaku curang.
Suami pula sengaja tak mahu lepaskan isteri kerana masih ada wanita yang sanggup melayani sebagai suami walaupun pelbagai perkara jahat telah dia lakukan.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suriati Ghani dan hadam baik-baik apa mesej yang disampaikan buat isteri yang tersepit dalam hubungan toksid sebegini.
Artikel Berkaitan : ‘Bercerai Tak Berdosa, Berkahwin Baru Pun Tak Salah.’ Urusan Rumah Tangga Orang Biarkan, Tak Perlu Campur
Dilema hendak bercerai atau tidak?
Antara dosa enggan melayan suami dengan kasihankan nasib anak-anak.
Suami sudah lama abaikan tanggungjawab beri nafkah zahir, ada hubungan dengan perempuan lain. Memang sudah tak pedulikan isteri.
Tapi suami tak nak ceraikan isteri sebab ada yang jaga makan pakai dia, ada tempat hendak memuaskan nafsu…
Isteri sudah tidak ada hati dengan suami, layan suami pun tak ikhlas disebabkan sikap suami yang abaikan nafkah dan main kayu tiga.
Selalu menolak ajakan suami, isteri tak hendak bercerai sebab kasihankan anak. Pada pandangannya nanti bercerai anak tak ada ayah..
Isteri tanya saya, berdosa atau tidak seorang isteri layan suami tak ikhlas dan sering mengelak untuk bersama?
Berdosalah selagi masih isteri daripada menanggung dosa membukit tak tahu sampai bila. Lebih baik bertindak failkan cerai.
Memanglah orang perempuan ini selalu fikirkan macam mana dengan anak nanti kalau bercerai..
Sebenarnya sikap dan tanggapan masyarakat yang salah. Bercerai saja dikatakan terus hilang mak dan ayah. Kenapa pula hilang? Yang hilangnya kalau ada pihak yang pisahkan anak daripada ayahnya.
Atau ada yang pisahkan anak dengan ibunya. Hubungan anak dengan ibu, ayah tidak akan putus sampai bila-bila walaupun bercerai kecuali ada tangan-tangan jahat yang putuskan danada suara-suara jahat yang menghasut..
Baca Di Sini:
Tempoh Iddah Orang Lelaki, Selepas Bercerai Berapa Lama Kena Tunggu Sebelum Kahwin Baru?
Puan-puan yang berada dalam situasi ini yakni dalam dilema antara menanggung dosa dan kasihankan anak. Nasihat saya stopkanlah dari berterusan melakukan dosa.
Bila dosa bertambah mungkin sebab itulah masalah lain semakin bertambah. Insyallah jika kita memilih untuk tidak berterusan melakukan dosa, Allah akan bantu kita untuk mengatasi rintangan-rintangan seterusnya.
Kashoorga : Bercerai bukannya bererti memutuskan hubungan anak dan emak atau ayahnya kerana hubungan itu tidak akan terputus sampai bila-bila.
Sumber : Peguam Syarie, Puan Suriati Ghani
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.