Elak Duit Terus Habis Bila Gaji Masuk, Lelaki Ini Kongsi Simpan Duit Cara ‘Oldschool’ Yang Efektif

Share

Tidak dinafikan dalam waktu zaman ekonomi yang tidak menentu ini, kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam soal berbelanja.

Simpan dulu keingian untuk membeli belah kecuali barangan keperluan saja. Inilah masanya untuk kita menggunakan wang yang ada secara berhemah selepas menerima gaji bulanan.

Artikel Berkaitan: Gaji Hanya Bawah RM1,400 Je, Tapi Berjaya Kumpul Duit Kahwin RM18K Setahun. Lelaki Ini Kongsi Caranya Menabung!

Untuk tidak menyesal di kemudian hari, boleh ikuti perkongsian lelaki ini Hilmi Jailani menyimpan wang cara ‘oldschool’ tetapi dengan lebih efektif.

TIPS BIJAK MENYIMPAN!

Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.

Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.

Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.

Ok baik.

Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.

Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.

Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.

Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?

Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha

Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.

Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.

Artikel Berkaitan: Gaji RM700 Sara 9 Sekeluarga, Tapi Sebab Bersyukur Rezeki Tak Pernah Putus” – Siti Nurhaliza Kenang Zaman Susah Bersama Arwah Ayah

Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?

JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN

Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?

Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.

Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha

Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.

Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.

Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?

Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe

Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.

Kredit : Hilmi Jailani.

Artikel Berkaitan: Rupanya Ada Cara Mudah Simpan Duit Bulanan Untuk Beli Emas. Lelaki Ini Kongsi Method Lebih Sistematik!

Published by
Siti Zurina Mat Saman