Bohonglah jika ada yang gembira ketika mendengar berita insan tersayang meninggal dunia. Walau siapa pun dia; alim ulama’, orang baik-baik atau penjenayah sekalipun akan ada yang berduka. Semua kita akan meninggalkan dunia fana ini menuju ke alam barzakh. Itu pasti tanpa ragu.
Perkara ini pasti terjadi, cuma tak tahu bila masanya kerana ia rahsia Allah. Tugas kita adalah melakukan persiapan awal. Persiapan ibadah kita mengutip pahala selama di dunia, itu adalah tanggungjawab peribadi.
Bagaimana pula kita yang masih hidup ini nak uruskan persiapan semasa ada ahli keluarga meninggal dunia? Tak kan nak serahkan bulat-bulat kepada AJK masjid untuk uruskan segala?
Artikel berkaitan:Subhanallah, Kematian Yang Dicemburui. Lelaki Ini Bertemu Ilahi Pada Saat Sujudnya Yang Terakhir!
Ramai juga waris yang kalut dan bingung tak tahu apa yang nak dilakukan. Fikiran kusut dan emosi rapuh saat itu.
Bagi mengelakkan keadaan kelam kabut jika ada ahli keluarga dijemput Ilahi, ini adalah panduan yang sangat berguna yang dikongsikan oleh ustaz Saifudin yang mana proses persediaan ini terbahagi kepada dua iaitu persediaan sebelum dan semasa kematian.
Tiga langka ini bukan apa, ia akan memudahkan kita membuat bayaran pengurusan awal jenazah seperti memandikan, mangkafankan sehinggalah ke urusan pengkebumian. Ini semua pihak masjid boleh bantu. Jadi rajin-rajinlah berukkuwah dengan AJK masjid.
1. Bawa bertenang
Paling utama kita harus bertenang. Jangan cemas. Apabila kita bertenang, otak dapat berfikir dengan baik.
2. Sampaikan berita kepada AJK masjid
Segera maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Segera hubungi sanak saudara lain
Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan berita duka ini.
4. Rapatkan mata arwah
Secara perlahan, pejamkan kedua-dua matanya dan ikat kedua-dua rahang menggunakan kain agar mulut tidak terbuka. Sapu sedikit minyak bayi di kelopak mata untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan sekali lagi mata jika masih terbuka.
5. Lembutkan tulang sendi
Perlahan-lahan, uruskan setiap tulang-tulang sendinya. Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku bagi melembutkannya kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
6. Letak pemberat atas perut
Cari dan letak objek sesuai yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Sunat tanggalkan pakaiannya
Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Diselimutkan bagi menutup aurat
Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki. Biasanya dengan beberapa helai kain batik lepas sudah mencukupi.
9. Letak di tempat tinggi & menghadap kiblat
Pastikan kita letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Pengesahan daripada doktor
Dapatkan pengesahan rasmi ahli keluraga telah meninggal dunia dari doktor klinik atau hospital.
11. Laporan polis
Selepas itu, dengan menggunakan surat pengesahan doktor tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
12. Permit pengkebumian daripada polis
Apabila laporan dibuat di pejabat atau balai polis, pihak berkuasa akan keluarkan Permit Pengkebumian atau surat matti sebagai kebenaran urusan pengkebu mian jenazah.
13. Penggali kubur
Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.
14. *Waris berehat seketika
Berehat seketika dan cubalah tidur dulu sementara menunggu subuh jika kejadian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
Ada dua perkara mustahak yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika arwah memiliki harta peninggalan. Pertama adalah membersihkan harta peninggalannya dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan itu.
Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau mempunyai kewajipan ke atasnya.
Perkara tersebut ialah:
Bayaran kos pengurusan jenazah: Tolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kenderaan jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
Menyelesaikan hutang arwah: Termasuklah sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan.
Melaksanakan wasiatnya: Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada hartaT
Tuntutan harta sepencarian: Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan arwah atau mereka yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
Andai selesai empat perkara di atas, maka baki harta peninggalan barulah boleh diuruskan mengikut pembahagian faraid kepada ahli waris yang berhak.
Artikel berkaitan: Doa Terbaik Boleh Diamalkan Si Anak, Buat Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia
Kashoorga: Ramai yang kurang ambil kisah persiapan awal pengurusan jenazah ini. Faham kan betul-betul supaya kita boleh fokus dengan baik semasa kejadian. Untuk *14, itu adalah saranan supaya waris dapat rehat dan tenaga mencukupi bagi urusan pengurusan jenazah.