Kalau kita perasan ramai juga wanita meletakkan nama suami di belakang namanya sebagai nama profil di akaun sosial media atas alasan mengikut trend semasa. Jika di negara Barat meletakkan nama suami di belakang nama isteri dilakukan sebaik mereka berkahwin. Tiada lagi nama ayah kandung mengiringi namanya.

Sebagai contoh, Aminah bt Ahmad akan kekal sebagai Aminah bt Ahmad bukannya Aminah Jeffri (dengan meletakkan nama suaminya Jeffri di belakang namanya) Jika di Barat, nama Ahmad akan dibuang dan diganti dengan nama Jeffri.

Artikel berkaitan: Rumahtangga Goyah; Peguam Syarie Jelaskan Cara Saman Pihak Ketiga

Artikel berkaitan: 4 Tanda Ibu Ayah Derhaka Ini Tak Layak Miliki Anak

Dan akan menjadi lucu apabila nama ini akan bertukar-tukar sekiranya berlaku perceraian atau kematian apabila wanita itu berkahwin baharu. Maha Besar Allah, hal ini tidak terjadi dalam Islam apabila nasab diwajibkan kekal.

Elak Letak Nama Suami Di Belakang Nama Isteri Bagi Hindar Fitnah

Samada disengajakan atau tidak sebaiknya kita melihat terlebih dahulu jika ada sebarang perlanggaran hukum agama.

IKLAN

Sebagaimana yang dinasihatkan oleh pendakwah terkenal Indonesia Buya Yahya yang menegaskan, diharamkan dengan sengaja mengubah nasab (pertalian darah anak kepada bapa)

“Menyemat nama suami dalam nama isteri bukanlah ajaran Islam. Kita bukan di Barat. Kenapa perlu terikut-ikut dengan amalan mereka.

Kita kena peka. Letakkan terus nama bapa. Tegasan ini adalah bagi mengelakkan timbulnya fitnah jika tidak letak nama bapa,” jelasnya yang bimbang dengan trend ikut-ikutan ini.

Menerangkan lebih lanjut, Abuya Yaya berkata, di Barat hak nasab hilang sebaik berkahwin. Islam sangat menjaga nasab wanita sebagai satu tanda penghargaan. “Panggillah dengan nama ayahnya. Jangan pakai nama ayah angkat atau suami. Malah walaupun ayahnya seorang kafir sekali pun, namanya mesti dikekalkan”

Walaupun tiada niat untuk menggantikan nasab kepada nama suami, namun, perkara yang mendatangkan kekeliruan ramai wajiblah dielakkan.

IKLAN

Elak Letak Nama Suami Di Belakang Nama Isteri Bagi Hindar Fitnah

Sebagaimana yang didalilkan akan hal nasab ini, bersumber dari Arab Saudi, iaitu Fatwa Lajnah Daimah, dari fatwa no 18147. Beberapa dalil yang dipakai adalah berikut:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّه

“Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.” [QS al-Ahzab: 5]

IKLAN

عن أبي ذر رضي الله عنه أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول ليس من رجل ادعى لغير أبيه وهو يعلمه إلا كفر

“Dari Abu Dzar, ia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘Tiada seorangpun yang MENASABkannya diri kepada orang selain bapanya dengan sengaja melainkan ia telah kufur,’” (HR Bukhari).

مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ، فَالجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ“Barang siapa (mengaku) BERNASAB kepada selain ayahnya dan ia mengetahui bahawa ia bukan ayahnya, maka syurga haram baginya.” (HR Bukhari-Muslim).

Berbekal dalil

Elak Letak Nama Suami Di Belakang Nama Isteri Bagi Hindar Fitnah
Tukar segera jika meletakkan nama suami di belakang nama sendiri di akaun sosial media. Impak di sosial media sangat besar

dalil inilah kemudian disimpulkan bahawa seorang isteri haram menambahkan nama suami di belakang namanya.

Kashoorga: Untuk mengelakkan diri terjerumus ke dalam hal yang meragukan, sebaiknya janganlah letakkan nama suami di belakang nama isteri walaupun tiada niat untuk merubah nasab.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI