Panggilan kepada pasangan juga memainkan peranan. Menurut saudari Farhana Muhammad , dia tertarik dengan salah satu daripada kuliah Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa berkaitan dengan nada suara isteri kepada suami.
Ustazah menceritakan bahawa beliau pernah ditegur oleh suaminya berkenaan nada suara, bukannya pemilihan kata ketika bertutur dengan suami.
Kadang ustazah tidak perasan jika ustazah tertinggikan suara kepada ustaz. Mungkin ada ketikanya tidak bersetuju dengan ustaz, mengeluarkan pendapat, mungkin ada nada suara yang sedikit tinggi ketika berbicara dengan ustaz.
Kata ustaz, ibunya bukanlah seorang yang belajar tinggi. Bukanlah seorang ustazah, tiada master dan phd jauh sama sekali.
Seingat suami ustazah, ibunya tidak pernah sekali mengangkat suara di depan ayahnya. Kata ustazah, ustazah terasa amat malu mendengar kata-kata ustaz dan lebih berhati-hati apabila berbicara dengan suami.
Ustazah terbayang bagaimana ibu mertuanya menyantuni ayah mertuanya. Dengan manis tutur katanya, lemah-lembut bicaranya apabila berbicara dengan suami.
JANGAN TINGGI SUARA PADA SUAMI
Jadi, adakah langsung tidak boleh marah sama suami? Tidak. Jika langsung tidak marah itu malaikat namanya. Kata ustazah, ada juga ketikanya marah, tetapi berhati-hati supaya suara ustazah tidak tinggi daripada suara suaminya.
Itu baharu berkaitan dengan nada, berkaitan dengan intonasi. Nada dan intonasi ketika bercakap dengan suami amatlah penting. Itu belum lagi termasuk dengan pemilihan kata ketika berbicara dengan suami.
Ads
Cuba muhasabah diri, sepanjang perkahwinan bagaimana kita bercakap dengan suami? Pernahkah kita terjerit kepada suami dari tingkat atas ke tingkat bawah? “Awak kalau nak makan bang, makanlah sudah ada di bawah tudung saji!” Kata si isteri sambil menjerit kepada suami di tingkat bawah.
Ada orang, suka sangat bercakap dengan tinggi nada suara. Apabila ditegur lantas menjawab, “Saya bukannya marah, memang macam ni keturunan saya cakap begini.” Kata ustazah,
janganlah menyalahkan keturunan apabila kita bercakap dengan nada yang tinggi. Kita boleh berubah.
Takkan kita mahu gunakan alasan seperti ini, “Nak buat macam mana, memang adik-beradik saya bercakap begini, macam nak berkelahi.”
Takkan kita mahu bersandar pada hujah ini sedangkan kita ada potensi untuk memperbaiki diri kita? Apabila bercakap dengan suami, kena ada satu intonasi suara apabila berbicara dengan suami.
Ads
INTONASI LEMBUT
Intonasi yang lembut bicaranya. Sepertimana sabda Rasulullah shallahu alaihi wasallam, ‘Apabila kamu pandang isteri kamu, bergaul dengan isteri kamu, bermuamalah dengan isteri kamu, dia akan membahagiakan kamu.’ Penampilan diri, suara, tutur kata, perilaku, bahasa tubuh, akhlak, cara berfikir.
Semua ini datang dalam satu pakej menenangkan suami iaitu isteri solehah. Sambung ustazah lagi, pada awalnya beliau cukup stress memikirkan bagaimana lagi perlu bercakap lembut dengan suami?
Tetapi ustazah berfikir secara positif. ‘Ya Allah, sampai begini sekali Engkau mendidik aku istiqamah supaya kelembutan menjadi sikapku.’
Allah memberikan sesuatu kepada orang yang lembut, sesuatu yang Allah tidak berikan kepada orang yang bersikap kasar. Ada sesuatu Allah hanya berikan kepada orang yang bersikap lembut.
Ads
Salah satu cara bersifat santun ialah, memanggil orang dengan gelaran yang dia gemar, lebih-lebih lagi kepada pasangan kita.
PANGGILAN YANG MENYENANGKAN
Jika bercakap dengan suami, perlu ada panggilan yang menyenangkan. Begitu juga panggilan buat isteri, suami perlulah memanggil dengan panggilan yang menyenangkan hati si isteri. Ustazah meyakini bahawa panggilan kepada pasangan dalam rumah tangga amatlah penting dan memberi kesan yang besar.
Kerana.. semakin lama sesebuah perkahwinan, semakin sukar untuk menyuburkan kasih sayang.
Elakkan panggilan saya-awak, I-you dan gantikanlah dengan panggilan yang lebih lunak dan mesra didengar oleh suami kepada isteri ataupun oleh isteri kepada suami.
Maka, panggillah pasangan dengan panggilan yang menyenangkan. Dan bertuturlah dengan pasangan dengan tona suara yang sedap didengar oleh pasangan.
‘Bergaya sakan, pakai barang kemas & berkaca mata hitam.” uniknya penampilan jemaah haji keturunan Bugis dari Makassar, Indonesia ketika penerbangan balik ke negara asal mereka.
Penampilan unik dan berani mereka mendapat perhatian ramai kerana mereka baru saja selesai menunaikan fardhu haji.
Jangan dicerca atau memandang serong dengan tingkah mereka kerana ini mungkin cara mereka meraikan kemenangan setelah selamat menunaikan ibadat haji.
Menjadi impian setiap muslim untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji atau umrah. Pun begitu, nasib setiap orang tidak sama.
Bergaya Sakan, Pakai Barang Kemas & Berkaca Mata Hitam
Ada di kalangan kita yang rezekinya cepat, tak kurang yang hanya mampu melihat dan sekadar mengirimkan doa kepada saudara mara mahupun rakan-rakan agar suatu hari nanti hadirnya peluang untuk diri sendiri ke sana.
Tatkala melihat gambar dan mendengar cerita dari jemaah yang telah pergi ke sana membuatkan semua dari kita yang juga berimpian yang sama turut teruja untuk merasai pengalaman berada di Tanah Suci.
Apatah lagi jika melayari media sosial, ia dipenuhi dengan lambakan perkongsian gambar dan video jemaah haji yang berangkat pulang ke negara masing-masing usai tamat menunaikan Rukun Islam kelima.
Uniknya Penampilan Jemaah Haji
Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian TikTok @ravidhams yang merupakan seorang kru kabin penerbangan, beliau memuat naik satu video yang menarik perhatian ramai.
Dalam rakaman terbabit, sekumpulan jemaah haji wanita berada di dalam pesawat dan sedang dalam perjalanan pulang.
Kelihatan masing-masing cukup bergaya sakan dengan pilihan busana pelbagai warna, ditambah dengan pemakaian barang kemas termasuk segak berkaca mata hitam.
Keturunan Bugis Dari Makassar
Penampilan mereka itu yang bersahaja dan unik ternyata mencuri tumpuan ramai.
Seperti kata warganet, mereka nampak santai betul, macam naik bas. Sempat lagi singgah borak di tempat orang lain!
Difahamkan, kesemua mereka merupakan jemaah haji keturunan Bugis dari Makassar Indonesia.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pertunjukan fesyen.
Sonny Bill Williams, bekas bintang ragbi New Zealand dan tinju menzahirkan kegembiraan apabila isterinya, Alana Raffie memperbaiki penampilan sebagai Muslim.
Sebagai suami, lelaki itu rasa bertuah apabila melihat isteri mula berhijab tanpa paksaan tetapi melakukannya semata-mata memenuhi seruan Allah.
Williams, 37, memeluk Islam pada tahun 2009 merupakan pemain ragbi Muslim pertama di dalam pasukan All Blacks.
Pemain Rugby New Zealand Syukur
Beliau berkongsi sekeping foto memaparkan mereka sekeluarga yang memaparkan Alana dengan imej baru dengan memakai baju berlengan panjang dan bertudung.
“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ini adalah detik paling membanggakan dalam hidup saya.
‘Istimewanya beliau telah melakukannya untuk ALLAH SWT dan bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga yang Maha Tinggi sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, hikmah dan kebahagiaan,” titip Williams buat isteri tersayang.
Isteri Mula Berhijab Tanpa Paksaan
Williams dan Alana mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 selepas empat minggu mengikat tali pertunangan. Kini selepas sembilan tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Iman, 8, Aisha, 5, Zaid, 4 dan Essa, 2.
Pada tahun 2018, foto Williams menunaikan umrah menarik perhatian ramai.
Beliau melebarkan sayap dalam sukan tinju pada tahun 2009 ketika masih bersama All Blacks dan memenangi gelaran Heavyweight International WBA pada 2013.
Berehat enam tahun dari gelanggang selepas memenangi pertarungan profesional ketujuhnya pada 2015, Williams membuat kemunculan semula pada tahun lepas.
Seeloknya bersangka baik dengan pandangan orang. ‘Kalau tak selesa anak orang menangis, tapau makan di rumah.’
Sebenarnya dalam isu ini tiada siapa betul dan tiada siapa yang salah. Sebaiknya kita patut saling bertolak ansur. Kita juga kena faham dalam kehidupan kita ini, bukan kita saja wujud.
Ada juga manusia lain yang mempunyai bermacam macam perangai. Kadang-kadang pandangan orang ini membawa sejuta makna.
Ikuti perkongsian Ustaz Muhamad Al Abror ini berkaitan kes Cikgu Ayu yang bawa anak pergi makan di kedai makan, kemudian dia kena keluar sebab anak dia bising.
Seeloknya Bersangka Baik
Sebenarnya dalam banyak-banyak komen tentang video Cikgu Ayu yang viral tersebut, Ustaz Muhamad Al Abror terpanggil untuk menjawab tentang komen netizen.
Soalnya:
Kalau anak nangis dekat masjid, imam dan jemaah kena balik ke?
Katanya, sebagai imam masjid,
Nabi Muhammad saw dalam hadis Bukhari (hadis sahih),
‘Nabi sedang solat, tiba-tiba Nabi cepatkan solat. Jika diikutkan nabi nak panjangkan solat tapi Nabi sengaja cepatkan.
Dengan Pandangan Orang
Setelah selesai solat, para sahabat mulai pelik dan rupa-rupanya ketika solat tersebut Nabi terdengar ada kanak-kanak yang menangis.
Jadi nabi risau ibu tersebut hatinya tak tenteram. Jadi bila solat habis cepat dan awal, ibu tadi dapat tenangkan anaknya yang menangis tadi.
Bayangkan Nabi juga usahakan sesuatu dalam menjaga hati orang lain, apatah lagi seorang ibu.
Kalau Tak Selesa Anak Orang Menangis
Manakala menjawab kepada situasi cikgu tersebut pula, buat cikgu tersebut ketahuilah bahawa setiap pandangan manusia tidak semestinya buruk kadang-kadang orang pandang sebab hatinya risau.
Dia cuba memahami situasi yang dialami sang ibu tadi. Malah ada juga ada orang dia pandang anak orang lain semacam dia pandang anak dia sendiri. Jadi bersangka baiklah.
Ada pula orang lain memandang dengan penuh kasih sayang. Sebagai contoh, saya sendiri mempunyai anak saya faham bila berdepan situasi anak menangis. terpanggil untuk membantu.
Tapau Makan Di Rumah
Jadi cikgu bersangka baik sebelum bersangka buruk melainkan memang orang yang pandang itu meluahkan kata-kata, ‘Anak kau ni emmang bisinglah.
Jika dalam keadaan demikian, bolehlah bersangka buruk. oleh itu jaga hati masing-masing, jaga lisan kerana semuanya akan dihisab suatu hari nanti oleh Allah SWT.
Kashoorga: Common sense itu penting. Sebaiknya, terlebih dahulu, kita didik anak kita dan diri kita sebelum didik orang lain. Ingat tu!
Zakat fitrah untuk anak remaja yang masih bersekolah tapi sudah ada pendapatan sendiri perlu dibayar oleh bapa atau ditunaikan sendiri oleh anak?Ramai remaja hari...