‘Emak Terkencing Di Katil, Menantu Minta Mentua Cuci Sendiri.’ Kisah Iktibar Untuk Lelaki Pilih Calon Isteri

Share

Mencari calon isteri mungkin mudah, namun mencari isteri yang mampu menerima diri suami dan juga emak dan ayahnya mungkin sukar.

Perkahwinan bukan hanya melibatkan suami dan juga isteri, sebaliknya turut melibatkan ahli keluarganya iaitu ibu dan bapanya.

Bagaimana seorang isteri mampu menerima seorang suami, begitu juga isteri perlu menerima baik dan buruknya ibu dan ayah mentuanya.

Perkongsian Mohd Firdaus Iman ini mungkin boleh jadi panduan untuk anak lelaki memilih calon isteri.

Emak Terkencing Di Katil

Kongsi Mohd Firdaus Iman:

Renungan hari ini… Semoga menjadi iktibar kepada setiap anak lelaki untuk memilih bini atau dalam erti kata lain seorang isteri.
Seorang ibu tua menceritakan pengalamannya…

Aku memiliki tiga orang anak lelaki dan semuanya sudah menikah.
Suatu hari aku menziarahi anak ku yang sulung. Tujuan ku ialah ingin menginap di rumahnya bersama keluarganya.

Di pagi hari aku meminta kepada isterinya air untuk berwudhuk. Lalu aku berwudhuk dan solat. Air lebihan wudhuk aku tumpahkan ke atas katil tempat tidur ku.

Kata kasar, pedas & jelek

Ketika ia datang menghantar sarapan pagi aku berkata kepadanya, “Anakanda, beginilah masalah kalau sudah tua. Semalam ibu terkencing di atas katil”.

Dengan spontan ia emosi dan marah. Aku mendengar kata-kata kasar, pedas dan jelek keluar dari mulutnya. Dia menyuruhku untuk mencuci dan mengeringkannya kembali. Ia juga mengancamku agar tidak melakukan itu lagi, kalau tidak, awas!

Aku tahan kemarahanku, aku bersihkan tempat tidur itu dan aku keringkan kembali.

Hari seterusnya aku pergi ke rumah anak ku yang kedua. Di sana aku juga melakukan hal yang sama.

Mentua Cuci Sendiri

Meledak marah isterinya dan ia memperlakukan ku seperti yang dilakukan oleh isteri anak ku yang pertama. Bahkan ia mengadu kepada suaminya. Anak ku diam saja, tidak memarahi isterinya dan tidak membela ku ibunya.

Setelah itu aku pergi ke rumah anak bongsu ku.
Di rumah itu aku juga melakukan hal yang sama seperti yang aku lakukan di rumah dua orang abangnya.

Ketika isterinya datang menghantar sarapan pagi aku beri tahu dia bahawa aku semalam terkencing di atas tempat tidur.

Iktibar Buat Lelaki

Sambil tersenyum ramah dia berkata, “Tidak mengapa, ibu. Memang biasalah orang tua. Dulu berapa kerap kami terkencing di pangkuan ibu ketika kami masih kecil”.

Kemudian ia bersihkan tempat tidur itu, dia keringkan dan ia beri wangian.

Siang hari itu aku berkata kepadanya, “Ibu punya seorang teman. Ia minta tolong ibu belikan perhiasan emas untuknya, tapi ibu tidak tahu macam mana ukurannya. Orangnya sama seperti mu ini. Tolong berikan kepada ibu ukuran tangan mu”.

Setelah mendapatkan ukuran yang ia inginkan, orang tua itu pergi ke kedai membeli perhiasan emas yang banyak kerana ia punya wang yang banyak.

Pilih Calon Isteri

Kemudian ia panggil semua anak dan menantunya untuk datang ke rumahnya. Ia keluarkan semua perhiasan emas yang sudah dibeli lalu ia ceritakan perihal sebenarnya bahwa ia sengaja menumpahkan air di atas tempat tidur. Tidak ada ia terkencing waktu tidur.

Dia panggil isteri anaknya yang bongsu, lalu ia pakaikan perhiasan itu kepadanya dan berkata, “Inilah anak ku tempat aku bersandar nanti ketika aku sudah semakin tua. Aku akan menghabiskan sisa-sisa umur ku bersamanya”.

Hampir saja dua orang isteri kepada anak pertama dan keduanya pengsan menahan malu dan sesal.

Ibu tua itu berkata kepada anak-anaknya, “Seperti inilah nanti perlakuan anak-anak kamu kepada kamu ketika kamu sudah tua. Bersiap-siaplah untuk menyesal pada hari itu sebagaimana menyesalnya aku atas letihnya aku mengasuh kalian dari kecil.

Adik kamu ini akan hidup bahagia dan akan menemui Tuhannya dalam keadaan gembira. Kamu berdua tidak mendapatkan perkara seperti ini dari isteri-isteri kamu kerana kamu tidak mendidik mereka tentang harga seorang ibu”.

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَالِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dan dosa kedua orang tua ku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi ku pada waktu aku kecil”

Wallahua’lam…

Sumber: Mohd Firdaus Aiman

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
webadmin