Kerohanian

Empat Amalan Ringan Dijamin Syurga

Share

Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.

Perkara ini dikongsikan oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi  yang juga Timbalan Dekan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia dalam satu hantaran di media sosial beliau.

Amalan ringan dijamin syurga

1. Membaca Doa Selepas Wuduk

Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang mengambil wuduk, dan kemudian dia membaca:

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّ الله، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

” Maka Allah akan membuka baginya lapan pintu syurga dan dia boleh memilih untuk memasukinya dari mana-mana pintu yang dia kehendaki. ” (Hadis Riiwayat Muslim)

2. Menjawab Setiap Lafaz Azan

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah mengajar kepada para sahabat lafaz yang perlu dijawab ketika azan dilaungkan oleh muazzin.

Kemudian, dihujung hadis tersebut, Rasulullah menjelaskan bahawa sesiapa yang melakukan sedemikian:

وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ

“Maka telah pasti ke atas dirinya syurga” (Hadis Riiwayat al-Nasa i)

3. Membaca Ayat Kursi Selepas Solat

Rasulullah menjelaskan bahawa sesiapa yang membaca ayat kursi selepas selesai solat, akan dijamin syurga:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبْرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُ

” Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. ” (Hadis Riiwayat al-Nasai)

4. Masuk Rumah, Beri Salam

Sabda Rasulullah:

ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنا عَلَى اللهِ إِنْ عَاشَ رُزِقَ وَكُفِيَ وَإِنْ مَاتَ أَدْخَلَهُ اللّهُ الْجَنَّةَ مَنْ دَخَلَ بَيْتَهُ فَسَلَّمَ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللهِ

Terdapat tiga golongan yang dijamin oleh Allah sekiranya dia hidup, dia akan diberikan rezeki dan kecukupan, dan sekiranya dia meninggal, Allah akan memasukkan dia ke dalam syurga. Yang pertama: Sesiapa yang memasuki rumah dan memberi salam kepada ahli keluarganya, maka Allah memberi jaminan baginya… ”  (Hadis Riiwayat Ibn Hibban)

Sumber: Dr Ahmad Sanusi

 

Published by
Team Kashoorga