Rebutlah peluang untuk mencari Lailatul Qadar dengan melipatgandakan lagi amalan pada 10 malam akhir Ramadan.
Mendapatkan malam Lailatul Qadar menjadi impian bagi setiap mukmin. Mana tidaknya, malam yang lebih mulia dari seribu bulan ini hanya ada sekali dalam setahun.
Rasulullah shallallalhu ‘alaihi wasallam menyebutkan, “Barang siapa yang terjaga untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar, kemudian benar-benar mendapatkannya, maka dia telah diampuni dosa sebelum dan sesudahnya,” (HR. Ahmad)
Maka sebab itulah kita perlu membuat persiapan bagi ‘menyambut’ kedatangan malam Lailatul Qadar.
Berikut perkongsian Ummu Naufal. Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
Malam Laylatul Qadr bakal tiba. Hadiah hebat yang perlu dicari yang dianugerahkanNya.
Dikongsikan bersama sedikit bagaimana kita sekeluarga boleh atur dan persiapkan diri dan keluarga dalam mencari malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang dijanjikanNya;
1. BEREHAT DI SIANG HARI
Usah lagi disibukkan diri dengan urusan dapur, kuih muih eid mahupun keluar membeli belah di tempoh ini (10 malam terakhir). Hentikan! Menu iftar dan sahur keluarga dipermudahkan. Aktiviti siang diringankan. Tidurlah seketika walau tidak biasa tidur di waktu siang. 10 hari terakhir ini sahaja.
2. BERJAGA WAKTU MALAM
Apabila siang sudah cukup rehat, di waktu malam akan terasa segar inshaAllah. Mandilah air suam jika ia boleh menyegarkan tubuh badan. Ringankan makanan berbuka agar badan tidak berasa lemah dan berat kemudian. Jika penggemar minuman panas, siapkanlah minuman panas di dalam termos agar sentiasa ada untuk diminum.
Pasangkanlah bauan bakhour atau diffuser minyak pati lemon, inshaAllah ia sangat membantu menaikkan mood, membantu menyegarkan diri dan menaikkan semangat kita.
Ads
3. SIAPKAN RUANG SOLAT
Solatlah di ruang khusus, atau di mussola kecil keluarga, jika ada. Biarlah ruang ini selesa, bersih, suhu yang sesuai dan baik pengudaraannya. Elakkan solat di bilik tidur kita, kecuali jika ada penghadang.
Solat, membaca Al Quran dan berzikir diselang-selikan sepanjang malam di ruang khas ini. Hiaslah jika mahu mencantikkan suasana. Ringkaskan ruang dengan apa yang perlu sahaja.
Jika ada bayi, bawa bersama di ruang ini bila si kecil terjaga. Biarkan dia tidur di ruang mussola yang sama sambil kita meneruskan ibadah malam kita. Subhanallah. Besar kesan dalam jiwanya inshaAllah.
4. TULISKAN DOA
“Umi, should they write it in points?” Nadiyah bertanya apabila dia ditugaskan membantu adik-adiknya mencatatkan doa yang mahu dipohon sepanjang 10 malam terakhir.
Nadiyah dan Naufal telah diajarkan yang sama ketika seusia adik-adik mereka. Bermula dengan poin sahaja, ditingkatkan kepasa adab menyusun kata dalam memohon doa padaNya.
Ads
Doa ditulis agar dirancang rapi apa yang mahu dipohon padaNya. Bila ditulis, menjadi lebih fokus bila berdoa padaNya.
Bersama anak-anak, hafalkanlah doa yang diajarkan Nabi s.a.w kepada Aisyah r.a apabila Baginda ditanya apakah doa terbaik untuk diucapkan pada malam Laylatul Qadr;
“ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII” (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku)
5. TINGKATKAN SEDEKAH
Tingkatkan sedekah kita setiap hari dalam 10 malam terakhir ini. Jika sebelum ini kita memberi makanan iftar kepada jiran tetangga, 10 malam terakhir ini kita memberi kepada yang tidak kita kenali pula. Pejalan kaki, penjaja di gerai, pencuci sampah…sesiapa sahaja yang dilewati kita.
Edarkan “Ramadan Iftar Bag”. Minta anak-anak isikan di dalamnya; kurma, air, roti, juga sedikit wang, misalnya. Edarkan setiap hari selama 10 hari terakhir ini. Rancanglah berapa beg yang boleh diberikan bersama seisi keluarga.
6. TUTUP TELEVISYEN DAN DISIMPAN SEMUA GAJET YANG ADA
Ads
Amankan suasana rumah tanpa hiburan di kaca tv dan radio. Off telefon bimbit dan disimpan jauh-jauh…..termasuk telefon ibubapa juga ya. Tiada ‘cheat hour’ mahupun ‘reward slot’. Ini dilakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan tanpa salingan.
Usah risau, 10 hari tanpa bermesej dan media sosial tidak akan merbahayakan sesiapa, inshaAllah.
Subhanallah. Hebatnya malam Laylatul Qadr ini sepertimana Allah swt sebutkan di dalam Surah Al Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Lalu duhai diri dan sahabat yang dikasihi sekalian, bersungguh dan berikhtiarlah mencari malam kemuliaan ini bersama keluarga tersayang.
Ingatlah, Ramadan tahun hadapan belum tentu kita ada. Maka usahakanlah sekarang kerana tiada usaha bersungguh kita sia-sia di sisiNya.
Semoga kita semua dipertemukan dengan Malam Penuh Kemuliaan ini dalam keampunan dan redhaNya.
Solat adalah hubungan kita dengan Allah. Bahkan solat merupakan komunikasi spiritiual manusia dengan Allah SWT. Ibadah ini mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam agama yang tidak boleh ditandingi oleh agama lain.
Solat adalah penanda aras amalan seseorang, kualiti amal seseorang ditentukan oleh solatnya. Hal ini disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Daud dan at-Tirmidzi: “Hal pertama yang akan dihisab kelak pada hari pembalasan adalah solat. Apabila baik solatnya, maka akan baik pula amalan yang lain. Akan tetapi apabila solatnya rosak, maka akan rosak semua amalan yang lain.”
Bahkan solat juga disebut sebagai tiang agama. Dalam satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Baihaqi: “Solat itu tiang agama (Islam), maka sesiapa mendirikannya maka ia telah mendirikan agama; dan sesiapa meninggalkannya, maka sungguh ia meruntuhkan agama.”
Sebagai hambaNya, bila kita menjaga solat maka insya Allah kita mampu menjaga hubungan lain termasuk tidak mudah terpesong pendirian.
Tindakan sekumpulan gadis yang mendahului solat sebelum berhibur ternyata mendapat pelbagai respon. Ada menyifatkan ianya baik kerana circle positif dan tak kurang juga yang mempersoalkan kebersihan pusat karaoke tersebut.
Menurut pemilik akaun @n4bbyy, dalam mencari keseronokan, hubungan dengan Allah perlu dijaga. Ia perlu menjadi keutamaan dan itulah dilakukan oleh mereka sebelum berkaraoke di studio tersebut.
Sememangnya ibadah ini boleh dilakukan di mana saja asal suci.
Solat sunat tarawih semakin menghampiri penghujungnya. Pasti ramai rindu untuk melakukan ibadah yang hanya muncul setahun ini.
Di bandar Acheh, viral kemerduan suara seorang remaja, Muhammad Syauqi Dibran Pratama yang menjadi imam solat tarawih termuda di Bandar Acheh. Lebih membuatkan nama anak muda ini menjadi sebutan adalah hafalan Al-Qurannya sangat sempurna.
Ini bukan kali pertama dirinya menjadi imam solat tapi sudah beberapa tahun sebelum ini lagi dan dirinya sering dijemput menjadi imam tarawih di beberapa buah masjid.
Pada usianya 16 tahun, di saat ramai anak muda ada telefon bimbit sendiri, Dibran tidak pernah memiliki telefon pun. Malah apa yang berlaku di media sosial langsung tidak diketahuinya, bimbang hafalan Al-Qurannya rosak.
Kesuksesan Dibran menjadi penghafal Al-Quran 30 juz dan imam solat terdidik dari keluarganya yang sangat mementingkan Al-Quran dalam kehidupan mereka.
Dirinya mula dikenali selepas Doktor Zaidul Akbar juga pendakwah dan doktor perubatan terkenal di Indonesia memuat naik kisah adik Dibran di media sosialnya.
Kata pendakwah ini, imam muda dan hafiz ini merupakan seorang pemuda yang sangat dekat dengan Al-Quran.
“Indahnya hidup seseorang yang dekat dengan Al-Quran. Ini kerana mendampingi Al-Quran maka Al-Quran akan menjawab semua urusan dan masalah dalam hidup seseorang.
“Semoga kita dimudahkan Allah untuk semakin dekat dengan Al-Qur’an dan kitab ini benar-benar menjadi darah daging dalam diri kita di penghujung Ramadan ini,”tambah doktor terkenal ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Sengaja tinggalkan solat.’ Jangan sampai segala amal baik jadi sia-sia, tak diterima Allah. Benarkah segala kebaikan tidak dikira jika kita meninggalkan solat?
Menjadi tanda tanya adakah orang-orang yang rajin bersedekah pahalanya tidak dikira dek kerana dia tidak mendirikan solat. Ikuti perkongsian ini:
Assalamualaikum, baru-baru ini saya ada menonton video seorang selebriti membacakan sebuah hadis mengatakan bahawa semua amal ibadat yang dilakukan oleh seorang yang meninggalkan solat adalah sia-sia dan tidak diterima oleh Allah SWT.
Benarkah demikian meskipun seseorang itu hanya meninggalkan solat kadangkala sahaja ? Mohon pencerahan, terima kasih.
Jangan Sampai Segala Amal Baik
Jawapan:
Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam justeru ia menjadi kewajipan bagi setiap muslim.
Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.
Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Tak DiTerima Allah
Walaubagaimanapun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah.