Mencari jodoh atau pasangan hidup bererti mencari teman/pendamping untuk menemani saat kita saat berada dalam situasi suka dan duka.
Diakui bahawa bukan mudah untuk bertemu dengan jodoh yang sesuai dan mungkin mudah sahaja bertemu jodoh kerana ia bergantung kepada rezeki masing-masing.
Walau bagaimanapun, jodoh perlu diusahakan. Tidak hanya menunggu jodoh datang mendekat. Berikut beberapa cara ampuh yang boleh anda praktikan dalam usaha untuk mencari jodoh.
LUASKAN PERGAULAN
Penting untuk memperluaskan jaringan pergaulan agar anda dapat mengenali lebih ramai orang. Ia bukan sekadar menjalinkan sillaturahim tetapi juga boleh dijadikan medium untuk mencari jodoh. Beranikan diri untuk berkenalan dengan orang baru, bertegur sapa dan memulakan perbualan ringan dengan teman baru. Semua aktiviti sederhana ini boleh membuatkan kita bertemu dengan jodoh tanpa disangka-sangka.
MANFAATKAN SOSIAL MEDIA
Ads
Jaringan media sosial membolehkan anda bertemu dengan rakan-rakan lama sama ada di sekolah, di universiti dan juga mungkin tempat kerja lama anda. Medium media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya mampu menghubungkan kembali dengan rakan-rakan lama.
Siapa tahu dengan menjalinkan komunikasi melalui sosial media akan berlanjutan hingga ke pelaminan. Cara ini sudah banyak yang berhasil dan bertemu dengan jodohnya, tidak ada salahnya anda juga mencubanya.
BANTUAN KELUARGA, SAUDARA MARA DAN RAKAN-RAKAN
Ads
Mungkin kedengarannya agak kuno namun sebenarnya ia juga merupakan salah satu cara untuk anda bertemu dengan calon jodoh yang sesuai. Tidak ada salahnya kalau anda meminta tolong mereka untuk mencarikan jodoh. Cara klasik ini boleh dipraktikan, khususnya bagi anda yang lebih percaya dengan pilihan orang-orang terdekat yang anda percaya.
YAKIN PADA DIRI SENDIRI
Keyakinan pada diri sendiri merupakan landasan awal untuk anda bertemu dengan pasangan hidup. Keyakinan yang kuat akan memberikan dorongan secara automatik dalam diri untuk terus berusaha dan pantang menyerah. Selalu yakin dan berfikiran positif bahawa jodoh akan segera datang pada diri anda.
Ads
PERBAIKI PENAMPILAN DIRI
Penampilan dalam tahap pencarian pendamping hidup memiliki peran yang sangat penting. Dengan penampilan yang baik, akan menimbulkan persepsi suka dan cinta dalam diri seseorang. Berpenampilan menarik tidak harus dengan berpakaian bagus atau mahal, mulailah dengan hal-hal sederhana misalnya memilih potongan rambut yang sesuai dengan wajah kamu, rajin berolahraga agar badan lebih sehat, berpakaian lebih rapi dan lebih wangi.
LAKUKAN YANG TERBAIK
Usaha mencari jodoh juga merupakan satu perjuangan. Jangan pernah berputus asa. Selalu lakukan yang terbaik setiap hari. Tetap berusaha dengan baik, dan iringi dengan doa dan berpasrah diri semoga semua usaha baik yang anda lakukan akan segera berbuah manis dan anda akan bertemu dengan jodoh yang anda idamkan. Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dua hari lalu, di saat kita semakin merasakan suasana sambutan Aidilfitri di negara ini, berlainan dilalui oleh saudara seislam kita di Palestin. Ini kerana berlaku pencerobohan di Masjid suci umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa oleh tentera zionis.
Seluruh dunia mengutuk tindakan kejam ini kerana beratus-ratus orang awam yang berada di masjid ditahan akibat melawan zionis yang melakukan pencerobohan ini. Malahan Malaysia sendiri mengutuk tindakan kejam ini.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya, malah kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.
“Ramai rakyat Palestin tercedera dalam serangan itu. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap jemaah yang sedang menunaikan solat pada hari-hari terakhir Ramadhan adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan.
“Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya pengusiran secara paksa rakyat Palestin dari kediaman mereka, termasuk yang berada di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis. “Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera dan tegas menentang kezaliman terbaru Israel ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Hishammuddin berkata, Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka dalam mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel.
Malaysia juga, katanya, menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin. – BERNAMA
.
Namun di sebalik 1000 kesedihan kita yang menyaksikan berita ini terpana apabila mula tular wajah pejuang-pejuang fisabillah ini mengukir senyuman walau tahu apa nasib mereka di penjara Israeal. Bukan saja kanak-kanak, malah remaja, golongan lelaki dan perempuan tidak sedikit pun menunjukkan wajah takut sebaliknya mengukir senyuman walau tangan masing-masing bergari.
Dari fb 446, terpapar gambar yang tular ke seluruh dunia ini.
Kenapa boleh mengukirkan senyuman walau sedang dalam seksaan dan belenggu kezaliman zionis? Buat mereka, “ini ujian tuhan buat kami untuk mengangkat martabat dan darjat kami di sisi Rabb yang maha mulia. Allah telah memuliakan kami untuk syahid di jalan-Nya, mempertahankan maruah negara kami, mempertahankan Al Quds dan Al Aqsa demi agama dan nyawa kami, kami tidak sabar untuk bertemu sang pencipta yang maha Agung dan syurga-Nya.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada beza antara halal, pork free, alkohol free dan muslim friendly. Sebaiknya makanlah di kedai yang ada sijil halal. Bukankah lebih baik dan tidak menimbulkan was-was.
Sebenarnya zaman sekarang terutamanya golongan muda mengambil ringan bab status halal ini apatah lagi kalau makanan atau restoren tersebut viral.
Dalam Islam sendiri ada garis panduannya terutamanya dalam bab halal ini. No pork dan no alcohol tak semestinya halal. Oleh itu berhati-hatilah iya. Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik pesanannya.
Dulu kawan berbangsa Cina ajak saya makan dekat 1 kedai western, betul-betul depan pejabat saya saja. Saya tanya dia halal ke? Sebab saya tak nampak staff muslim di sana. Katanya ramai Melayu makan dekat sana. Maka, saya pun akur.
Dipintu masuk tertulis besar, “Pork Free, Alcohol Free”.
Sebaik melangkah masuk ke dalam kedai itu, perkara pertama saya nampak ialah hiasan di dindingnya. Banyak botol arak pelbagai bentuk, didekorasikan di sana. Cantik mmg cantik tapi hati saya sudah tak best.
Saya pandang beberapa meja, betul ada pelanggan Melayu sedang makan. Kawan saya ajak duduk di satu meja. Saya pula terus ke kaunter. Ada seorang staf cina lalu, dia tanya saya kalau saya perlukan apa-apa bantuan.
Pork Free
Saya tanya dia, berapa staf Melayu dekat sini? Dia jawab tiada. Lepas itu saya tanya, ada sijil halal ke? Masa itu dia panggil orang lain untuk jawab soalan saya.
Datang seorang lain yang agak berusia. Katanya mereka sudah mohon sijil halal tapi belum dapat. Masa ni saya sudah rasa lain macam. Setahu saya, syarat permohonan sijil halal ialah mesti ada staf muslim sekurang-kurangnya seorang.
Kawan saya datang dekat saya. Dia tanya kenapa. Saya beritahu dia bahawa mereka tiada sijil halal. Kawan saya cakap dalam bahasa cina dengan orang itu. Orang itu cakap “Sini tak ada arak & tak ada pork”. Dan katanya ramai melayu makan dekat situ, tak ada isu pun.
Saya tunjuk dia botol arak yang jadi hiasan dinding. Katanya itu hanya dekorasi sebab botol itu cantik. Saya katakan padanya bahawa botol perfume pun banyak yang cantik, kenapa pilih botol arak? Dia diam. Mungkin tak sangka saya bertanya tentang hal remeh macam itu.
Muslim Friendly
Saya cakap dekat kawan saya, saya was-was. Saya tak nak makan dekat situ. Dan kawan saya akur. Lalu kami keluar. Itu cerita puluhan tahun lepas, dan sehingga kini kedai tu masih belum dapat sijil halal yang katanya dulu sudah mohon.
1 hari tu, bos nak belanja makan dekat 1 kedai india yang agak terkenal. Saya tahu ada ramai pegawai-pegawai kerajaan muslim makan dekat situ, sebab itu kedai tu terkenal. Lalu saya tanya, halal ke? Bos saya kata, menteri pun ada makan dekat sana.
Lalu saya call kedai tu, tanya psl sijil halal. Katanya tiada. Memang tak mohon, sebab proses mohon susah. Katanya kedai mereka tiada daging lembu, tiada pork, tiada alkohol. Ramai melayu makan di kedai mereka.
Lalu saya tolak ajakan bos saya. Dan sejak itu juga bos saya peka dgn bab halal walaupun dia bukan muslim. Setiap kali nak belanja makan, dia akan suruh kami cari kedai yang ada sijil halal. Kadang tu dia lebih peka dari saya sendiri.
Contohnya baru² ni, buffet Ramadhan oleh sebuah hotel terkemuka. Hotel tu mmg halal. Kat banner ada tulis ‘Muslim Friendly’. Dan tgk review ramai melayu makan, katanya sedap & berbaloi walau bayar RM60 seorang. Tgk makanan pun terliur.
Sebaiknya
Bos saya kata, call dulu tanya. Masa ni saya tersentak, dia lebih peka dari saya. Biasalah, perempuan kan, bila nampak makanan, tak toleh dah. Tapi yang membuatkan saya yakin halal ialah kerana hotel tu memang menyediakan makanan halal.
Lalu saya call juga supaya tak was-was. Sebab terasa malu pula bila bos yang bukan muslim pula yangg suruh tanya. Rupanya buffet tu bukan di bawah kelolaan hotel itu. Buffet tu menyewa di dalam hotel hanya untuk Ramadhan.
Hotel tu sdiri ada dewan makan lain. Saya tanya samada buffet tu halal, jawapannya dah apply, belum dpt sijil je. Sijil on the way katanya.
Nahhh…. Tersentak saya. Saya kata kenapa letak muslim friendly? Katanya sebab no pork, no alcohol, ada surau untuk solat.
Makanlah Di Kedai
Saya pelik dengan jawapan ‘Dah mohon, tapi belum dapat sijil’. Rata-rata kedai yang tiada sijil halal akan cakap sama macam ni. Kenapa tak cakap saja belum ada sijil halal. Nampak tak begitu mudah kita diperdaya.
Sedangkan untuk orang bisnes makanan besar-besaran macam ini, mestilah mereka tahu masa yang tepat untuk mereka memohon.
Contohnya nak buat buffet Ramadan bulan 3, mestilah permohonan perlu dibuat dalam tempoh 3 hingga 6 bulan sebelum tarikh beroperasi. Kan? Ke saya salah?
Kita sebagai muslim yang sepatutnya lebih peka tentang apa yang kita boleh dan tak boleh. Bukan terus yakin dengan apa yang tuan kedai itu cakap dan tulis. Sebab mereka tak tahu tentang apa yang boleh dan tak boleh dalam agama kita.
Ada Sijil Halal
Mungkin pada mereka, pork free, alcohol free, sudah cukup untuk muslim makan di kedai mereka. Mereka mungkin tak tahu tentang percampuran perkakasan yang digunakan, bahan yang digunakan, kebersihan dan kenapa sijil halal itu susah untuk diperolehi.
Mungkin ada yang kata, alaaa… Kedai makan Melayu pun ada juga yang tak jaga kebersihan. Betul itu tapi cuma ingat satu perkara.
Kalau kita yang muslim makan di kedai tak halal yang dikelolakan oleh orang bukan muslim, kita yang berdosa sebab yang menjual itu tak faham tentang agama kita.
Tapi kalau kita membeli dari muslim sendiri tapi makanannya tak menepati piawaian halal, maka peniaga itulah yg berdosa kerana dia tahu hukum agama tapi meremehkannya.
Mohon maaf andai tulisan saya ada khilaf. Ini sekadar pendapat saya.
Alangkah beruntung seseorang itu jika terjaga dari tidur di tengah malam. Jangan lepaskan peluang ini untuk bangun dan tunaikan apa yang patut seperti solat sunat hajat atau tahajjud.
Sebenarnya terjaga di tengah malam merupakan perkara biasa dan jika terjaga digalakkan untuk berzikir dan berdoa seperti dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda.
“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”
Kemudian dia mengucapkan:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosaku.
Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata,
“Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.” (dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).
Justeru marilah sama samalah kita berusaha mengamalkan amalan berdoa ini bila terjaga pada tengah malam. Jelas ia merupakan perkara yang mulia dan disukai Allah.
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...