Mencari jodoh atau pasangan hidup bererti mencari teman/pendamping untuk menemani saat kita saat berada dalam situasi suka dan duka.
Diakui bahawa bukan mudah untuk bertemu dengan jodoh yang sesuai dan mungkin mudah sahaja bertemu jodoh kerana ia bergantung kepada rezeki masing-masing.
Walau bagaimanapun, jodoh perlu diusahakan. Tidak hanya menunggu jodoh datang mendekat. Berikut beberapa cara ampuh yang boleh anda praktikan dalam usaha untuk mencari jodoh.
LUASKAN PERGAULAN
Penting untuk memperluaskan jaringan pergaulan agar anda dapat mengenali lebih ramai orang. Ia bukan sekadar menjalinkan sillaturahim tetapi juga boleh dijadikan medium untuk mencari jodoh. Beranikan diri untuk berkenalan dengan orang baru, bertegur sapa dan memulakan perbualan ringan dengan teman baru. Semua aktiviti sederhana ini boleh membuatkan kita bertemu dengan jodoh tanpa disangka-sangka.
MANFAATKAN SOSIAL MEDIA
Jaringan media sosial membolehkan anda bertemu dengan rakan-rakan lama sama ada di sekolah, di universiti dan juga mungkin tempat kerja lama anda. Medium media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya mampu menghubungkan kembali dengan rakan-rakan lama.
Siapa tahu dengan menjalinkan komunikasi melalui sosial media akan berlanjutan hingga ke pelaminan. Cara ini sudah banyak yang berhasil dan bertemu dengan jodohnya, tidak ada salahnya anda juga mencubanya.
BANTUAN KELUARGA, SAUDARA MARA DAN RAKAN-RAKAN
Mungkin kedengarannya agak kuno namun sebenarnya ia juga merupakan salah satu cara untuk anda bertemu dengan calon jodoh yang sesuai. Tidak ada salahnya kalau anda meminta tolong mereka untuk mencarikan jodoh. Cara klasik ini boleh dipraktikan, khususnya bagi anda yang lebih percaya dengan pilihan orang-orang terdekat yang anda percaya.
YAKIN PADA DIRI SENDIRI
Keyakinan pada diri sendiri merupakan landasan awal untuk anda bertemu dengan pasangan hidup. Keyakinan yang kuat akan memberikan dorongan secara automatik dalam diri untuk terus berusaha dan pantang menyerah. Selalu yakin dan berfikiran positif bahawa jodoh akan segera datang pada diri anda.
PERBAIKI PENAMPILAN DIRI
Penampilan dalam tahap pencarian pendamping hidup memiliki peran yang sangat penting. Dengan penampilan yang baik, akan menimbulkan persepsi suka dan cinta dalam diri seseorang. Berpenampilan menarik tidak harus dengan berpakaian bagus atau mahal, mulailah dengan hal-hal sederhana misalnya memilih potongan rambut yang sesuai dengan wajah kamu, rajin berolahraga agar badan lebih sehat, berpakaian lebih rapi dan lebih wangi.
LAKUKAN YANG TERBAIK
Usaha mencari jodoh juga merupakan satu perjuangan. Jangan pernah berputus asa. Selalu lakukan yang terbaik setiap hari. Tetap berusaha dengan baik, dan iringi dengan doa dan berpasrah diri semoga semua usaha baik yang anda lakukan akan segera berbuah manis dan anda akan bertemu dengan jodoh yang anda idamkan. Aamiin.