
Jumaat lepas menjadi suatu peristiwa bersejarah apabila solat Jumaat telah berlangsung di masjid Haga Sophia.
Ini adalah Solat Jumaat pertama sejak 86 tahun lalu apabila sebelum ini Haga Sophia dijadikan sebuah muzium.
Artikel Berkaitan: Subhanallah, Lepas 85 Tahun Jadi Muzium, Hagia Sophia Kembali Jadi Masjid Semula
Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keenam itu.
Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul.
Dan pada 10 Julai lalu Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia.
Ia selepas membenarkan permohonan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.
Presiden Turki, Recep Tayyop Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.
Dan Jumaat lalu juga turut menyaksikan Erdogan telah membacakan dua surah, iaitu Al-Fatihah dan Al-Baqarah (ayat 1-5) sebagai tanda pembukaan semula masjid Haga Sofia.

Ini dilakukan Erdoga saat Shalat Jumat pertama di Hagia Sophia dalam 86 tahun. Mengenakan suit hitam serta berkopiah putih, Erdogan terdengar fasih melantunkan ayat suci Al Quran dengan suaranya yang merdu.
Malah solat Jumaat berkenaan turut disertai oleh penduduk sekitar yang turut menunaikannya di luar masjid.
FOTO KREDIT: SUMBER GOOGLE
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ya Allah Engkau Jauhilah Diri Kami Dari Penyakit Merbahaya” Doa Dipohon PM Elak Wabak COVID-19 Ini Buat Rakyat Sebak

Sebentar tadi kita telah mendengar perutusan khas yang dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terbaru COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Dalam ucapannya, PM mengucapkan terima kasih semua pihak yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.
Begitu juga dengan semua petugas terutama barisan hadapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti.
Dan bagi memastikan rakyat semua selamat dari ancaman wabak penyakit yang masih sukar dicari penawarnya, PM menambah PKP selama dua minggu lagi hingga 14 April 2020 ini.
Banyak pesanan yang disampaikan dan paling membuatkan rakyat Malaysia sebak apabila di akhir ucapan beliau menitipkan doa bagi memohon perlindungan negara daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Semasa memimpin bacaan doa itu, Muhyiddin memulakannya dengan surah al-Fatihah disusuli doa memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi mereka daripada penyakit dan wabak berbahaya.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Va. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya.
Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sambil memuji kekuasaan ALLAH SWT terhadap hambaNYA.

“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.
“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami,” kata Muhyddin dalam doa beliau.
Perdana Menteri kemudian mengakhiri doa dan Perutusan Khas itu dengan sebaris doa pelindung yang bermaksud:
“Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi atau di langit. Dan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Reunion’ Di Syurga, Nostalgia Yang Manis Pasti Di Kenang

“Jangan lupa pertemuan kita di restoran. Tolong sampaikan kepada teman sekelas kita dahulu agar mereka bersama dalam pertemuan ini.” Sekian lama tidak berjumpa, pasti ada usaha mempertemukan sahabat lama satu sekolah. Lalu pertemuan itu menjadi saat manis mengenang pelbagai kisah lampau semasa usia masih remaja.
Jika kenangan manis yang diungkit, jiwa terasa rindu saat itu, lalu doa dipanjatkan agar kenangan manis itu bakal berulang suatu hari nanti. Jika yang dikenang itu pahit atau masam, harapan dipasang agar ia tidak kembali menjengah diari hidup.
Jika diberi pilihan antara kenangan manis atau pahit, pastinya manusia waras hanya mahu yang manis. Bahkan memori manis sering direkodkan dalam bentuk gambar atau video agar kekal menjadi tatapan sehingga hari tua atau berganti generasi.
SESI MENGENANG ZAMAN MANIS DI SYURGA
Subhanallah! Rupanya saat ‘terkenang semasa dahulu’ turut berlaku dalam syurga kelak. Allah tahu mengenang memori indah zaman lampau termasuk antara saat manis ingin diingati orang baik.
Oleh kerana itu, sesi mengenang zaman manis semasa di dunia terus dipanjangkan Allah setelah manusia selesai menjalani audit akhirat dan menempati kediaman kekal abadi dalam syurga.
Ahli syurga tidak tinggal sunyi sendirian dalam istana syurga tanpa nikmat sosial bertemu teman seiman. Allah tahu manusia adalah makhluk sosial yang suka bergaul dengan orang lain.
Oleh itu, mereka sentiasa bertemu dan mengenang saat manis zaman lampau bersama ahli syurga yang lain. Ia jelas direkodkan Allah dalam al-Quran:
Ertinya: “Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka duduk berhadapan antara satu sama lain sambil bertanya khabar. Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami – selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah), “Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiq-Nya), serta memelihara kami daripada azab neraka. “Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah (dan memohon pertolongan daripada Allah). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsan-Nya, lagi Yang Maha Mengasihani” (al-Thur: 25-28).
Kenangan manis nikmat dunia menjengah memori ahli syurga ketika mereka dihidangkan dengan pelbagai nikmat syurga. Tatkala mereka mengecap sedapnya buah-buahan syurga, mereka terkenang pernah merasai buah yang sama. Cuma buah syurga punyai gred saiz dan rasa jauh lebih baik.
Firman Allah maksudnya: “Dan berilah khabar gembira kepada orang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir bawahnya beberapa sungai; setiap kali mereka diberikan satu pemberian daripada sejenis buahan syurga, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu (semasa di dunia)”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal dalamnya selama-lamanya.” (al-Baqarah 2:25).
HIDAYAH ISLAM
Ketika enak menikmati segala kelazatan dalam syurga, mereka terkenang pula betapa baiknya Allah yang memberi hidayah Islam dan iman sehingga menjadi sebab mereka beroleh ‘lot istana’ kekal abadi dalam taman syurga.
Firman Allah maksudnya: “Dan Kami cabut segala dendam dan hasad dengki daripada hati mereka, (dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memimpin kami (dengan taufiq-Nya); sesungguhnya telah datang para rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”. Dan mereka diseru: “Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan” (al-A’raf 7:43).

Banyak lagi kenangan manis yang dibualkan ahli syurga antaranya luahan rasa syukur diselamatkan Allah daripada hasutan teman jahat yang hampir menjerumuskan mereka ke dalam bencana neraka.
Firman Allah ertinya: “(Tinggallah penghuni syurga menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya khabar. Seorang antara mereka berkata: “Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku)” katanya: Adakah engkau juga seorang daripada golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang mati pada hari akhirat)? “Adakah sesudah kita mati menjadi tanah dan tulang, kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?” (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia berkata: “Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?”
Maka dia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah neraka yang menjulang apinya. Dia pun (menempelak dengan) berkata: “Demi Allah! Engkau nyaris menceburkan daku dalam kebinasaan. “Dan kalaulah tidak kerana nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya aku jadi daripada orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab)” (Kemudian dia berkata kepada rakannya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): “Bukankah kita (setelah mendapat nikmat ini) tidak akan mati lagi, – “Selain daripada kematian kita dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?” Sesungguhnya demikian (nikmat kesenangan syurga), ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan besar. Untuk memperoleh (kejayaan) seperti inilah hendaknya orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh (di dunia).” (al-Saffat 37:50-61).
Semoga reunion kita di akhirat kelak berlaku dalam suasana harmoni manis menghirup udara syurga. Jika di dunia ini kita mahu mengenang kenangan manis zaman silam, panjangkan nikmat itu dalam syurga kelak dengan mentaati segala perintah Allah.
Sungguh! Janji Allah itu benar-benar akan berlaku kerana Allah tak mungkin memungkiri janji-Nya.
Sumber kredit: Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz via Utusan Online
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jodoh Itu Bukan ‘Dicari’ Tetapi Perlu ‘Dicipta’ Untuk Wujudkan Keluarga Harmoni

Ramai yang berkata bahawa jodoh itu mesti dicari. Usah berdiam diri tanpa usaha, jika tidak, bagaimana jodoh datang mendekati. Sebenarnya jodoh itu bukan dicari sebaliknya dicipta.
Mengapa demikian? Alasannya kerana ramai orang sering membuat kesalahan ketika mencari jodoh sehingga tidak bertemu dengan orang yang menjadi impiannya.
Rumah tangga yang bahagia hingga suami isteri meninggal dunia, barulah dinamakan jodoh.
Sebuah rumah tangga yang harmoni diketuai oleh suami yang memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga, isteri sebagai pembantu dan pengelola rumah tangga, dan anak sebagai anggota keluarga. Maka barulah lengkap perjalanan sebuah rumah tangga.
TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA
Kita tidak akan pernah menemukan jodoh dengan 1001 syarat dan kriteria. Tidak akan pernah ada orang yang memenuhi kriteria jodoh ideal, kerana tidak ada manusia yang sempurna.
Maka sebab itulah jodoh perlu ‘dicipta.’ Jika kita meletakkan 10 kriteria yang ada dalam diri seseorang, kita harus menerima kenyataan bahawa tidak semua kriteria tersebut ada pada jodoh yang kita pilih. Oleh itu kita harus bersama-sama mencipta kesempurnaan itu bersama insan yang menjadi pilihan.
Mungkin kita hanya menemukan dua kriteria yang ada dalam diri pasangan. Namun oleh kerana merasakan dialah jodoh maka kita menerimanya sebagai pasangan hidup. Semestinya kita memerlukan proses yang panjang untuk mendapatkan keluarga yang ideal dan harmoni.

Suami isteri saling melengkapi kekurangan pasangannya dan tidak mencela kekurangan pasangan. Terus belajar bersama pasangan agar jodoh tidak berakhir dengan cara yang menyakitkan.
Buatlah kriteria calon pasangan yang realistik bukan kriteria yang tidak mampu dicapai dek akal. Bila bertemu dengan seseorang yang hanya memenuhi sedikit kriteria yang kita mahukan, jangan ke tepikan si dia.
Jadikanlah dia pasanganmu, dan berusahalah bersama menuju keluarga harmoni kerana jodoh itu ‘dicipta’ bukan dicari.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI