Sejak mengenakan hijab sekitar Mac lalu, penyanyi popular Ernie Zakri dilihat sangat istiqamah dan penampilannya begitu cantik setiap kali hadir di khalayak.
Malah sebagai seorang yang bijak bergaya, tidak menjadi alasan untuk Ernie Zakri menggayakan busana bersesuaian walaupun berhijab.
Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah, Comel & Cantiknya Berhijab” – Hikmah COVID-19, Ernie Zakri Ambil Keputusan Bertudung Sepenuhnya
Semalam menjadi hari paling bermakna apabila penyanyi kecil molek ini telah disunting oleh ‘teman tapi mesra’, penyanyi Syamel dalam salam majlis ringkas di kediamannya.
Oleh kerana mematuhi operasi standard (SOP) ditetapkan. majlis berlangsung ringkas tetapi meriah dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis berkenaan, Ernie kelihatan sangat anggun menggayakan kurung moden dengan selendang dari rona sama menyerlahkan kejelitaan dirinya.
Dalam posting di laman instagramnya, Ernie mengucapkan syukur kerana segalanya berjalan lancar. Malah dia turut berterima kasih kepada semua mendoakan yang baik-baik untuk merea berdua.
Dia berharap segala urusan selepas ini akan dipermudahkan segala urusan sehingga ke akhir hayat.
Menurutnya juga semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan itu turut diredai dan diberkati.
Alhamdulillah.Terima kasih mendoakan yang baik baik untuk kami. Semoga dipermudah urusan hingga akhir hayat. Semoga perjalanan yang bermula dengan majlis pertunangan yang serba sederhana bersama kaum keluarga ini diredhai dan diberkati.
Artikel Berkaitan: Tempoh Bertunang Kena Ambil Peluang Eratkan Hubungan Dengan Keluarga Pasangan, Bukan Kerap Keluar Berduaan
Dalam pada itu, posting terbaru di laman sosial Instagram ini mengundang respon baik daripada rakan selebriti serta warganet.
Masing-masing memuji kecantikan Ernie di majlis berkenaan dan turut mengucapkan tahniah pada Ernie dan Syamel.
ctdk subhanallah, Alhamdullillah … Tahniah dik
jannanick yeayyy! Till jannah bang mel n kak ninie! Semoga dipermudahkan urusan
mfmirafilzah Oloooo Ernie sayangggg manis sgt!
eirasyaziraofficial Congratulations Adik. Happy for both of you.
sherry_alhadad Tahniah ernie n syamel
sitisarahraissuddin adik !!! masyaallah!!! tahniah!!! love mu
farhatulfairuzah waaaahh masha Allah tahniaaahhh kak @erniezakri semogaaa dpermudahkan segala urusaann
nadnisaa Alololo MasyaAllah cantiknya diaaa.. tahniah adikku Ernie so surprise & happy for the news. Di doakan baik2 saja selamat journey nya sampai ke jinjang pelamin
Sementara itu Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly dalam artikel di Harian Metro berkata agak gementar apabila bertunang, namun bersyukur hajat dia dan Ernie akhirnya termakbul juga.
“Memang gementar memandangkan alam pertunangan ini banyak dugaannya. Namun, Alhamdulillah selamat juga saya bertunang dengan Ernie.
“Kami berjanji akan terus menjaga batas hubungan selepas ini. Doakan hubungan kami berakhir di jenjang pelamin dan terima kasih tidak terhingga atas doa-doa peminat juga,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu bagaimanapun, mendedahkan mereka belum berbincang mengenai tarikh pernikahan.
“Perbincangan mengenai perkahwinan hanya akan dibuat kemudian. Kalau boleh memang nak dipercepatkan, kerana kami tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya yang menyerahkan tiga dulang hantara berbalas lima dulang dari pihak Ernie.
Artikel Berkaitan: Jangan Main-Main, Haram Hukumnya Minta Kembali Hadiah Pertunangan
Kredit Foto: Ernie Zakri & Sweet Picture
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI