Faham Isi Hati Anak Saat Terserempak Bekas Kekasih! Bapa Terus Peluk & Menangis Sambil Ucap Anak Abah Pun Boleh Bahagia

Share

Ramai yang sebenarnya agak kurang rapat dengan ayah sendiri. Mungkin karektor orang lelaki yang sukar menunjukkan kasih sayang secara terbuka, khususnya bila anak-anak sudah meningkat dewasa membuatkan perhubungan anak ayah itu tidak semesra mana. Malah kita sering melihat anak-anak lelaki mahu pun perempuan lebih rapat dengan ibu yang mungkin dilihat agak mudah diajak berbincang berbanding mengadakan perbincangan terbuka dengan bapa.

Namun satu perkongsian di Tik Tok atas nama @aidaroslan_ini pasti membuatkan kita semua terharu dan rasa sebak. Ya terharu kerana “ayah selalu menjadi super hero” kita di saat hati kita terluka. Malah kata-kata dan pelukannya sudah cukup membuatkan kita rasa selamat dan sentiasa disayangi. Betul tak?

Sebagai perempuan, kita pasti mahukan kehadiran seorang lelaki selain ayah dalam hidup kita. Untuk kita berkongsi segala-galanya dan andai ada jodoh, kita mahu melangkah ke alam perkahwinan. Namun semasa perhubungan terjalin, segala kemungkinan boleh terjadi termasuk putus di tengah jalan.

Dari perkongsian @aidaroslan_ ini, ternyata kasih sayang seorang ayah cukup menebal buat anaknya. Mahu sentiasa menjadi pelindung di saat jiwa pedih dan tercalar kerana perhubungan terhenti di tengah jalan.

Kata Aida, hendak dijadikan cerita, semalam dia dan ayahnya keluar menaiki kenderaan dan mereka lalu di satu tempat. Pada awalnya tiada sebarang masalah dan secara tiba-tiba, dari dalam kereta dia ternampak bekas kekasihnya bersama kekasih baru dan pasangan itu terlihat sedang bahagia. Awalnya, dia ok saja dan tersenyum melihat bekas kekasihnya yang kini bahagia. Namun segalanya berubah, bila mana ayahnya juga menyaksikan gelagat bekas kekasihnya itu selain ayahnya ternampak reaksi mukanya semasa melihat pasangan ini dari jauh.

“Tanpa sedar, ayah terus peluk saya dan menangis sambil mengucapkan “ dia dah bahagia, anak abah pun boleh bahagia. Anak abah kuat”.

Dari kata-kata abahnya  itulah, Aida akui dirinya tak mampu menahan sebak dan terus auto melalak secara spontan. Kongsinya lagi, betullah kata orang, ayah sentiasa jadi pelindung pada anak perempuan dan anak perempuan juga merupakan  permaisuri di hati seorang ayah. Bukan itu saja, hati anak perempuan itu milik ayah juga.

Ya, begitulah sikap abah kita yang sentiasa menjadi pelindung dalam apa jua situasi. Ayah umpama super hero yang akan menjadi penyelamat dan penenang jiwa kita pada bila-bila masa kita perlukan

Published by
Almaswa Che Ros