Banyak duit belum tentu dapat jejak kaki ke Tanah Suci jika tiada keinginan pergi ke bumi baroqah ini. Semuanya atas “pilihan”Allah taala di tempat yang mendamaikan ini. Tak hairanlah, berjuta umat islam sering berdoa dapat menjejakkkan kaki ke sini khususnya di musim haji.
Satu perkongsian dari Farah Lee di instagramnya mengenai perjalanan haji ibunya amat menyentuh hati. Kata orang, inilah kuasa doa selain usaha dilakukan.
Berikut perkongsian darinya.
“Korang doakan Farah dapat bawa Mama pergi haji k this year”, I asked jemaah semua masa my birthday dekat Mekah March hari tu.
Ads
“Aku tau macam mana ko nak sangat mak ko pegi haji”, Yatie reply masa Farah bagi tau dia Mama dapat kuota tambahan.
‘Bawa Mama pergi haji’ adalah doa yang Farah selalu mintak especially lepas Farah dah settle my own 2019 hari tu. Alhamdulillah diberi peluang untuk ‘bawa’ Mama pergi Haji this year (plan awal nak temankan sekali tapi duit tak cukup kahkah).
Ads
Actually, nama Mama takde dalam list TH tahun ni, tapi kun fa yakun. Nak push untuk 2020 & 2021, tapi pandemik kan. Bila dengar haji buka balik, terus contact ustaz yang banyak gila tolong assist Farah masa Haji haritu. Pesan banyak kali minta update, tanya banyak gila pasal visa, TH etc. Sikit lagi nak makan penampor ustaz rasanya.
Tapi nama Mama tak naik, so minta Kakak tolong uruskan buat rayuan etc. Tak bagi tau Mama apa-apa pun pasal plan ni sebab takut dia berharap. Kalau boleh nak confirm dapat dulu. Lepas rayuan pun nama Mama tak naik. Hampir pasrah dah sebab nak sponsor visa Furada, fulusku tak ada (gedit?) tapi masih doa dan berharap.
Ads
Tup2 tengah drive lagi 2 minggu nak raya haji, Ustaz call cakap “makcik nak pergi Haji tak.? Ada quota extra TH buka untuk travel agency tapi 2 jam je, kena confirm cepat”. Blur jap masa tu. Kebetulan nak gi jumpa Mama. Mulanya Mama macam taknak sebab terkejut. Gila tak, dalam taktau apa2 langsung, tau2 lagi seminggu kena fly dah. Tapi selepas ditenangkan, Mama bertukar excited. Kakaka..
Tapi urusan semua Masya-Allah smooth sangat. Pos passport dari Terengganu, pickup BRR, med checkup, docs submission, shopping kelengkapan, kursus — settle in less than a week. Dan yang paling best, Farah dapat bersama-sama Mama uruskan semua ni. Walau tak dapat teman ke sana, tapi dapat teman A-Z sebelum berangkat ni pun dah bersyukur dan happy sangat.
Idk why but I really wanted to ‘bawa’ Mama pergi haji asap sebab I know Mama nak pergi there so badly. Selagi Mama tak pergi Farah rasa bertanggungjawab. Bila Mama update gambar ni, Allahu rasa sebak sangat. Happy sangat tengok Mama so happy update dari sana. Haji mabrur untuk Mama inshaAllah aminnn. Sumber : instagram @farahlee
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini perlakuan maksiat semakin bebas kita lihat menerusi media sosial, tv mahupun depan mata. Jika suatu ketika dahulu orang sorok-sorok lakukan maksiat kerana malu tetapi hari ini perkara malu sudah semakin terhakis. Semuanya demi mengejar duit dan content.
Kita bebas melihat wanita tergelek-gelek. Bebas melihat lelaki perempuan bergaul tanpa segan. Bebas melihat aurat orang lain yang mana kita menegur tapi masih mengikut laman sosial individu berkenaan. Kita juga bebas bersuara termasuk dalam bab berpakaian di mana kata kita, ia pilihan masing-masing untuk memilih pakaian ketat atau tidak.
Tahukah, Islam amat mementingkan sifat malu kerana ia melibatkan pegangan akidah seorang muslim. Sabda Rasulullah SAW: "Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya." (Riwayat al-Hakim)
Malu juga seharusnya menutup pintu kemungkaran dan kemaksiatan. Apabila ada rasa malu ia akan menutup pintu nafsu manusia untuk melakukan maksiat. Setiap Muslim perlu menginsafi dirinya bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.
Tanamkan rasa malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran kerana hakikatnya kita adalah hamba Allah SWT yang sentiasa mengharapkan belas ihsan daripada-Nya. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya." (Surah al-A'raf, ayat 56).
Dalam pada itu, di page penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menulis suatu pesanan yang deep sebagai ingatan kita semua.
Ustazah Asma’ Harun mengingatkan kita semua agar menjaga SOP dengan Allah. Tulisnya lagi, banyak perbuatan maksiat dan keji berleluasa di siaran tv, media sosial dan kehidupan realiti.
Bala dan musibah ini sedang memberitahu kita, banyak peraturan larangan Allah tak sungguh-sungguh dikuatkuasakan oleh pemerintah dan rakyat jelata, kongsinya. Moga kita semua mampu muhasabah diri kita. Perbetulkan niat kita dengan Allah taala, jaga solat, jaga diri semoga kita tidak tergolongan mereka yang kufur nikmat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Tasmik 5 juzuk al-quran sehari itu biasa.’ Baru 12 tahun, Khaulah berjaya lepasi ujian syadadah sughra dan kubra. Masyallah hebat sungguh kecil ini, baru berusia 12 tahun tetapi hafalannya sangat mantap.
Sejuk perut ibu mengandung, malah sudah tentu satu pencapaian yang cukup membanggakan kedua ibu, bapanya. Teryata kejayaan anak gadis ini bukanlah mudah, malah memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
Perkongsian Azhana Nordin ini cukup menginspirasikan buat anak-anak sebaya Khaulah. Kongsinya,
Ketika anak gadis lain seusianya sibuk berbual tentang fesyen, sibuk memuatnaik video TikTok, riuh bercerita tentang teman baru di WeChat.
Ada segelintir mungkin sudah pandai berdebar kerana terserempak dengan ‘crush’,gadis berumur 12 tahun ini pula terlalu sibuk dengan hafalan Al-Quran.
Namanya Khaulah..ya, Khaulah Almujahidah. Sehebat namanya, begitu juga orangnya. Bijak percaturan si ibu ayah memilih nama puteri srikandi Islam terberani pada zaman Rasulullah iaitu Khaulah Al-Azwar.
Wanita yang mengangkat rasa kagum Khalid al-Walid akan kehebatan dan ketangkasannya di medan perang. Khaulah Almujahidah ialah rakan anak sulung saya, Hanna di sekolahnya.
Sehari Itu Biasa
Semalam dan hari ini adalah majlis syahadah kubra Khaulah. Syahadah ada dua jenis, pertama ujian tebuk beberapa ratus soalan daripada ayat-ayat Al-Quran, kedua ialah syahadah kubra. Huffaz boleh memilih salah satu metod ujian syahadah.
Apapun metod yang dipilih, hafalan mesti mantap. Bagi seorang huffaz, syahadah kubra adalah saat ujian membaca keseluruhan hafalan 30 juzuk Al-Quran di hadapan pentashih bertauliah tanpa sebarang kesalahan.
Persiapan yang perlu dibuat bukan calang-calang, ini bukan ujian menjawab soalan MCQ yang boleh ditembak-tembak kalau tiada idea, bukan soalan esei yang boleh difikir-fikir apa isinya dalam tempoh 1 jam.
Bukan juga ujian soalan-soalan pendek yang boleh dijawab verbal dalam tempoh 10 minit. Ini ujian dua hari berturut-turut yang menyaksikan si huffaz melantun lisan hafalan 6666 ayat Al-Quran dalam dadanya.
Baru 12 Tahun
Disemak pula oleh pegawai bertauliah, dengan disaksikan berpuluh-puluh pasang mata. Bayangkan debarnya yang diuji, beratnya beban emosi itu, fizikal pula berteleku berjam-jam membaca Al-Quran sepanjang hari, hanya berhenti rehat dan solat.
Selebihnya menghabiskan baki bacaan daripada hafalan. Khaulah? Memilih kedua-duanya. Minggu lepas dia melalui ujian tebuk, semalam dan hari ini dia mengambil ujian syahadah kubra. Anak didik Ustazah Putri Nurain ini serius hebat!
Apa istimewanya anak ini? Ohhh…banyak. Dia mengulang 5 kali keseluruhan 30 juzuk Al-Quran semata-mata daripada ingatannya ketika berlangsung program Marathon Huffaz pada bulan Ramadhan yang lepas, merupakan antara pencapaian terbaik di kalangan para pelajar Akademi AKMAL (Akademi Al-Quran Amalillah).
Khaulah Berjaya
Berusia 12 tahun kini, ketika anak gadis lain seusianya sibuk berbual tentang fesyen, sibuk memuatnaik video TikTok, riuh bercerita tentang teman baru di WeChat, ada segelintir mungkin sudah pandai berdebar kerana terserempak dengan ‘crush’.
Khaulah pula terlalu sibuk dengan hafalan Al-Quran. Dia buatkan saya rasa amat teruk, kerana saya sendiri amat naif dan kebudak-budakan pada usia 12.
Tasmik 5 juzuk sehari itu biasa, 6 ke 7 juzuk itu selalu sangat, pernah juga hingga 10 juzuk sehari..begitu Hanna bercerita tentang sahabat seperjuangannya ini. Dialah yang akan selalu mengejutkan Hanna sebelum pukul 5 pagi semasa di asrama, agar sama-sama berpagi-pagian seperti dirinya.
Atas asakan Khaulah jugalah Hanna kerap cuba menambah jumlah hafalannya, biar sabaq (hafalan baru) yang dihantar kepada ustazah Nour Ain Halim esok hari lebih banyak daripada hari ini.
Lepasi Ujian
Saya amat mengagumi gadis kecil ini, cukup tabah hatinya, kadangkala tetap sahaja di asrama mengulang hafalannya ketika rakan-rakan lain seronok pulang bermalam ke rumah masing-masing pada hari minggu pulang bermalam.
Ayahnya, Ustaz Taufik mengusahakan sebuah pusat tahfiz di utara tanahair, dan kerap sibuk dengan jadual yang ketat. Bukan setiap minggu dapat melawat Khaulah di Shah Alam seperti yang saya dan suami Muhammad Hamka lakukan.
Pemilik wajah bersih bercahaya ini pasti akan tersenyum kepada saya apabila kami terserempak ketika saya menghantar Hanna pulang ke asrama. Tetap tenang walaupun ibu ayah yang berada jauh di Gurun, Kedah tidak kerap datang.
Dia tidak mengambil aliran akademik buat masa ini, memilih untuk menumpukan seluruh usahanya menguasai hafalan Al-Quran, tapi dia bukan tidak bijak. Sebenarnya Khaulah adalah seorang ‘fast reader’.. seluruh novel tebal akan dihabiskan dalam kurang sehari.
Saya kira kalau buku-buku medik (perubatan) saya yang jumlah ketebalannya melebihi tinggi lutut saya itu, Khaulah mungkin boleh habiskan dalam masa kurang sebulan barangkali.
Saya amat percaya, Khaulah bakal menjadi profesional di bidangnya, murabbi di zamannya seperti laungan motto AKMAL (Akademi Al-Quran Amalillah), melihatkan kesungguhannya berusaha, keperibadian pejuangnya, kekuatan ingatan serta akalnya yang tajam.
Detik paling bersejarah dalam hidupnya. Pada 9 Disember 2022 Khaulah akhirnya berjaya dalam ujian Syahadah Sughra iaitu ditebuk hafazannya 120 soalan dalam 30 juzuk dengan markah Mumtaz manakala lulus ujian syahadah Kubra dengan markah Jayyid Jiddan.
Seperti yang kita tahu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat begitu cemerlang dalam membendung wabak pandemik COVID-19 hingga diiktiraf dunia luar.
Ternyata KKM dibawah kendalian Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah merangka pelbagai langkah bagi memastikan wabak merbahaya ini dapat diatasi.
Malah usaha dilakukan begitu terkawal dan Dr Noor Hisham juga turut diiktiraf sebagai doktor terbaik dunia dalam menangani masalah ini.
Biarpun penularan COVID-19 menunjukkan sedikit perkembangan positif kembali meningkat, namun usaha yang dilakukan KKM sebelum ini berjaya mengawal
penularan wabak ini dengan lebih cepat mengikut saranan dinyatakan.
Justeru melalui satu perkongsian yang dibuat Dr Noor Hisham di akaun rasmi Facebooknya memaklumkan bahawa kaedah yang digunakan KKM adalah sama dengan dilakukan bapa perubatan terkenal dunia, Ibnu Sina.
Menurutnya walaupun berada pada zaman yang berbeza, namun prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah.
Dalam posting berkenaan, Dr Noor Hisham turut muat naik sekali satu perkongsian video sedutan daripada sebuah filem yang dibuat merujuk kepada langkah yang sama dilakukan oleh Ibun Sina dalam menangani wabak pandemik.
Filem berdurasi tiga minit enam saat itu memaparkan kejadian pada 10 abad yang lalu, ketika mana Ibnu Sina mendedahkan sifat wabak.
Beliau turut membincangkan perkara tersebut dalam buku tulisannya yang bertajuk The Canon of Medicine (Kanun Perubatan).
Dalam video tersebut, Ibnu Sina yang dilahirkan di Bukhara, Asia Tengah meminta supaya penduduk pada zaman tersebut membasuh tangan menggunakan cuka dan menukar kepada pakaian yang bersih.
Beliau juga hanya menyapa individu lain tanpa bersentuhan dan menegaskan langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan kematian.
Sebaik di muat naik di laman sosial Facebooknya, warganet turut memuji langkah diambil beliau dalam menjadikan Ibnu Sina sebagai rujukan dalam menghadapi pandemik ini.
Rata-rata warganet menzahirkan ucapan terima kasih kepada KKPM dan mendoakan agar masalah ini selesai dan negara kita tidak mengalami gelombang kedua.
Roz HarounAlhamdulillah… Saintis dan pakar perubatan Islam mmg hebat. Mendahului zaman mereka.
Anizah OmarHebat para Ilmuan Islam dahulu.. Mereka sangat bertaqwa, kaya ilmu dunia dan akhirat
urhaslina Zainol AbidinThank you for the knowledgeable information. Keep on sharing positive and wonderful knowledge for us Malaysian Dr. We are hunger for new normal, new mental, new emotion and new attitude especially me. Noor Hisham Abdullah
Rohanee IsmalReally respect dato…Malaysians are so lucky to have a person like dato. Alhamdulillah..
Kashoorga: Cari keperluan face mask dan hand sanitizer untuk lindungi diri di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...