Farah Lee Kongsi Kuasa Doa, Tak Mudah Tapi Dipermudahkan Allah Perjalanan Haji Ibunya

Share

Banyak duit belum tentu dapat jejak kaki ke Tanah Suci jika tiada keinginan pergi ke bumi baroqah ini. Semuanya atas “pilihan”Allah taala di tempat yang mendamaikan ini. Tak hairanlah, berjuta umat islam sering berdoa dapat menjejakkkan kaki ke sini khususnya di musim haji.

Satu perkongsian dari Farah Lee di instagramnya mengenai perjalanan haji ibunya amat menyentuh hati. Kata orang, inilah kuasa doa selain usaha dilakukan.

Berikut perkongsian darinya.

“Korang doakan Farah dapat bawa Mama pergi haji k this year”, I asked jemaah semua masa my birthday dekat Mekah March hari tu.

“Aku tau macam mana ko nak sangat mak ko pegi haji”, Yatie reply masa Farah bagi tau dia Mama dapat kuota tambahan.

‘Bawa Mama pergi haji’ adalah doa yang Farah selalu mintak especially lepas Farah dah settle my own 2019 hari tu. Alhamdulillah diberi peluang untuk ‘bawa’ Mama pergi Haji this year (plan awal nak temankan sekali tapi duit tak cukup kahkah).

Actually, nama Mama takde dalam list TH tahun ni, tapi kun fa yakun. Nak push untuk 2020 & 2021, tapi pandemik kan. Bila dengar haji buka balik, terus contact ustaz yang banyak gila tolong assist Farah masa Haji haritu. Pesan banyak kali minta update, tanya banyak gila pasal visa, TH etc. Sikit lagi nak makan penampor ustaz rasanya.

Tapi nama Mama tak naik, so minta Kakak tolong uruskan buat rayuan etc. Tak bagi tau Mama apa-apa pun pasal plan ni sebab takut dia berharap. Kalau boleh nak confirm dapat dulu. Lepas rayuan pun nama Mama tak naik. Hampir pasrah dah sebab nak sponsor visa Furada, fulusku  tak ada (gedit?) tapi masih doa dan berharap.

Tup2 tengah drive lagi 2 minggu nak raya haji, Ustaz call cakap “makcik nak pergi Haji tak.? Ada quota extra TH buka untuk travel agency tapi 2 jam je, kena confirm cepat”. Blur jap masa tu. Kebetulan nak gi jumpa Mama. Mulanya Mama macam taknak sebab terkejut. Gila tak, dalam taktau apa2 langsung, tau2 lagi seminggu kena fly dah. Tapi selepas ditenangkan, Mama bertukar excited. Kakaka..

Tapi urusan semua Masya-Allah smooth sangat. Pos passport dari Terengganu, pickup BRR, med checkup, docs submission, shopping kelengkapan, kursus — settle in less than a week. Dan yang paling best, Farah dapat bersama-sama Mama uruskan semua ni. Walau tak dapat teman ke sana, tapi dapat teman A-Z sebelum berangkat ni pun dah bersyukur dan happy sangat.

Idk why but I really wanted to ‘bawa’ Mama pergi haji asap sebab I know Mama nak pergi there so badly. Selagi Mama tak pergi Farah rasa bertanggungjawab. Bila Mama update gambar ni, Allahu rasa sebak sangat. Happy sangat tengok Mama so happy update dari sana. Haji mabrur untuk Mama inshaAllah aminnn. Sumber : instagram @farahlee

Published by
almaswa Haji Che Ros