Fasha Sandha Kongsi Keajaiban Doa, Penting Ubah Pattern Doa, In Shaa Allah Dimakbulkan

Share

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina.Mana tidaknya, kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.

Bagi Fasha Sandha yang telah selamat bergelar isteri kepada aktor, Aidil Aziz pada 30 Mac lalu,berita kehamilannya sememangnya satu anugerah yang tidak ternilai. Sementelah pula Aidil Aziz ingin segera punya zuriat.

Selepas tidak pernah jemu-jemu berdoa agar segera dikurnikan zuriat akhirnya hajat Fasha dan Aidil dimakbulkan Allah SWT.

Berikut perkongsian fashasandha laman Instagramnya.

Syukur Alhamdulillah
Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha. Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.

Saya ingin kongsi pada semua,
Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak.

Oh.. dia nak mintak baby cepat. Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

UBAH CARA BERDOA

Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah, Allah maha mengetahui.

Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.

Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.

Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga. Tahu tak, semalam satu studio menangis. I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. Kenangan manis.

Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita). Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur.

KASHOORGA: Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Sumber kredit: fashasandha

VIDEO KASHOORGA:

Published by
wan erni