Surah At Taubah terdiri daripada 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah.
Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surah ini.
Artike Berkaitan: Wanita Ini Amalkan Surah At-Taubah Ayat 128 & 129, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah
Melalui perkongsian Fedtri Yahya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang kelebihan orang yang membaca At Taubah ayat 128-129.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. – jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
At Taubah ayat 128-129.
https://www.instagram.com/p/Bwam0JFAFgj/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber Kredit: Fedtri Yahya
VIDEO KASHOORGA:
Kashoorga: Pelbagai jenis tabungan, bagi yang berhasrat untuk elak berhutang
Artikel Berkaitan: Kongsi Puteri Sarah Liyana Bila Amalkan Surah At-Taubah Ayat 128 & 129 -“Hati Sentiasa Tenang, Rezeki Mudah Masuk”
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Istimewanya Bulan Rejab, 60 Hari Sebelum Kita Bertemu Ramadan Nan Mulia
SOALAN: Apakah status hadis ini?
Daripada Salman al-Farisi RA, bahawa dikatakan Nabi SAW pernah bersabda:
فِي رَجَبٍ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ مَنْ صَامَ ذَلِكَ الْيَوْمَ ، وَقَامَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ كَانَ كَمَنْ صَامَ مِنَ الدَّهْرِ مِائَةَ سَنَةٍ ، وَقَامَ مِائَةَ سَنَةٍ ، وَهُوَ لِثَلاثٍ بَقِينَ مِنْ رَجَبٍ ، وَفِيهِ بُعِثَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Dalam bulan Rejab terdapat hari dan malam yang mana berpuasa pada hari tersebut dan mendirikan malamnya (Qiyamullail) adalah seperti seseorang yang berpuasa setahun selama 100 tahun dan berqiyamullail selama 100 tahun. Hari tersebut adalah 3 hari terakhir daripada bulan Rejab dan padanya juga dibangkitkan Muhammad SAW.”
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam. Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda:
Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [al-Bukhari (4054)]
Syeikh Mustafa al-Bugho mengatakan perkataan Mudhor ini dinisbahkan kepada satu kabilah yang dinamakan Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain ketika menta’liqkan hadis ini di dalam Sahih al-Bukhari.
Selain itu, Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4]
Berdasarkan soalan di atas, riwayat Salman al-Farisi RA tersebut ada diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dan Fadhail al-Awqat. Akan tetapi, Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa sanad hadis tersebut adalah dhaif.
Adapun berkaitan status hadis ini adalah munkar sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalni bahawa hadis ini teramat munkar. [Lihat: Tabyin al-‘Ajab, 31] Tambahan pula, Syeikh Ibn Arraq al-Kinani menyatakan di dalam sanad terdapat perawi yang didhaifkan oleh Ibn Ma’in dan . [Lihat: Tanzih al-Syariah, 161/2]
Untuk itu, kami katakan bahawa riwayat atau hadis ini adalah tidak sahih dan kita tidak boleh sama sekali untuk menyandarkannya kepada Nabi SAW.
Di sini kami nyatakan beberapa pendapat para ulamak berkaitan kelebihan bulan Rejab, antaranya ialah:
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadis yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]
Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 210/4]
Untuk itu, bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu. Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Kata Abu Bakar al-Warraq:
“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]
PENUTUP
Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayahNya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. Amin.
Wallahua’lam
Sumber Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mengaji Bersama Pasangan, Rahsia Rumah Tangga Jadi Harmoni
Mengaji al-Quran adalah sesuatu yang elok diamalkan untuk memberi ‘suasana sejuk’ di kediaman anda. Sekurang-kurangnya satu ayat dibaca sehari sudah memadai jika anda benar-benar sibuk. Janganlah jadikan al-Quran perhiasan di rumah tanpa diselak muka suratnya.
Selain solat berjemaah dengan pasangan, kita juga dituntut supaya sama-sama mengaji al-Quran. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin, insya-Allah lama-lama anda akan terbiasa mengaji al-Quran setiap hari. Jangan beratkan hal ini sehinga ianya menjadi payah. Rutin ini membawa kepada hubungan harmoni dalam rumahtangga. Betapa indahnya jika anda berdua dapat mengalunkan kalam ALLAH ini dengan baik.
Pada hari ini, jika anda pergi ke mana-mana pun, anda tidak perlu membawa senaskhah al-Quran. Sudah ada al-QUran yang diterbitkan per juzuk demi memudahkan anda membaca dan membawanya ke mana-mana. Ada juga al-Quran bersaiz poket yang turut memudahkan pemergian anda.
Di samping itu, ajarkanlah al-Quran kepada anak-anak. Semaikan semangat cintakan al-Quran dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jika boleh, biarlah al-Quran sentiasa ada dalam diri mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menghafaz al-Quran.
Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengaji al-Quran. Jika tidak mampu mengaji satu juzuk, mengajilah separuh juzuk. Jika tidak mampu, 10 muka surat cukuplah. Jika tidak mampu juga, mengajilah satu muka surat. Jika tidak juga berkemampuan, mengajilah sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sehari. Begitulah pentingnya al-Quran dalam hidup kita.
Carilah masa. Masa paling sesuai ialah selepas mendirikan solat fardu maghrib. Selepas solat, duduk sebentar di atas sejadah dan bukalah al-Quran. Mengajilah bersama pasangan anda. Anda pasti terasa harmoni dalam hati. Malah suasana kediaman anda juga pasti lebih tenang apabila penghuninya selalu mengaji al-Quran.
TIP MUDAH MENGAJI AL-QURAN:
- Jadikan mengaji sebagai amalan setiap hari. Jadi jika tidak mengaji anda akan rasa kekurangan.
- Beli al-Quran kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Misalnya ke destinasi percutian. Jadi tiada alasan untuk tidak mengaji jika berada di luar rumah.
- Beli al-Quran yang ada terjemahan supaya anda faham maksud ayat yang dibaca.
- Beli al-Quran yang ada panduan tajwid supaya anda membaca mengikut tajwid yang betul.
- Dapatkan audio mengaji supaya anda boleh merujuk bacaannya.
- Perlu dapatkan guru mengaji supaya anda dapat belajar dan bertanya soalan yang kurang anda fahami.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Saya Doa Allah Beri Kesembuhan Pada Rakyat Malaysia..” – Turut Disahkan Positif Covid-19, Dr Zulkifli Titip Doa Buat Semua
Penularan wabak Covid-19 kini semakin serius apabila semalam kes mencatat paling tinggi apabila lebih 400 kes baru dilaporkan di seluruh negara.
Tanpa mengenal bangsa atau agama, terbaru Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri turut disahkan postif Covid-19.
Artikel Berkaitan: Menteri Agama Sering Baca Doa Ini Setiap Kali Lepas Ucapan. Rupanya Doa Mengelak Wabak & Sangat Bagus Diamalkan!
Beliau membuat pengesahan itu menerusi media sosial miliknya. Bukan itu sahaja Dr Zulkfli juga turut mendoakan keselamatan dan kesembuhan rakyat Malaysia yang dijangkiti Covid-19 ini.
“Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.
“Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.
Artikel Berkaitan: Setiap Ujian Yang Datang Tanda Allah Sayang Kita. Dan Ini Doanya Boleh Diamalkan Untuk Bebas Dari Masalah!
“Insya-Allah, bantuan #MusaadahKhasSiswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya. Program-program #MusaadahCOVID19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.
“Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.
“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.
“Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.
Sekian, terima kasih.
Justeru, Zulkifli meminta orang ramai yang menghadiri majlis yang dihadiri beliau sebelum ini menjalani saringan Covid-19.
Pada 24 September lalu, Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur.
Beliau juga turut menghadiri beberapa program lagi di Kelantan, Shah Alam dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.
Dalam pada itu, ramai turut mendoakan kesihatan Menteri Agama dan boleh kembali bekerja seperti biasa.
drhalina Semoga cepat sembuh Ustaz
lufyalaana Cepat sembuh ustaz. Moga Allah lindung dan padamkan segala dosa dan kesalahan walaupun sebesar zarah.
amir_salikan Semoga cepat sembuh Dr. Zul.. Amin
cik_panda85 Allahuakbar! Semoga Dr Zulkifli diberikan kesembuhan. Ameen Ya Rabb.
farhanxism Syafakallah. Moga Ustaz kembali pulih sihat sempurna seperti sediakala.. Amiin.
iza_hazih Smg Dr Zulkifli diberi kesembuhan oleh Allah swt dan dapat bertugas semula
Artikel Berkaitan: “Saya Doa Pada Allah Beri Kesembuhan Untuk Rakyat Malaysia..” – Turut Disahkan Positif Covid-19, Dr Zul Titip Doa Buat Semua
Kredit Foto: Instagram Dr Zulkifli
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI