Hari ini, Jumaat bersamaan 16 Syawal 1442 H tepat jam 5.16 minit petang, berlaku fenomena Istiwa A’dzam
Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.
(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
Video Cara Semak Arah Kiblat yang betul ketika Istiwa Azam @ https://youtu.be/iBfx44xtQ8Q
Coordinate Kaabah – 21.4225° N, 39.8261° E
Bagi yang baru berpindah rumah,28 Mei dan 16 Julai adalah hari yang tepat untuk membuat semakan arah kiblat. Sumber :Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan