“First Day Kahwin Terus Minta Nak Solat Jemaah Setiap Waktu” – Farah Lee Kongsi Cerita Lama, Kelebihan Solat Jemaah Di Rumah

Share

Siapa tidak mengenali Personaliti Media Sosial, Farah Lee yang kini menetap di luar negara bersama anaknya, Maream Esabel.

Malah setiap kisah yang dikongsikannya di laman sosial sering jadi inspirasi kepada followernya.

Terbaru Farah Lee ada muat naik posting memberitahu sisi bagus berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID-19 ini.

Menurut Farah, inilah masanya untuk ibu bapa yang dulunya berjemaah di masjid atau surau boleh berbuat demikian di rumah bersama anak-anak.

Tambahnya juga Islam itu bermula dari rumah dan dia turut sedih apabila ibu bapa sekarang rajin berjemaah di surau tetapi dalam masa sama tidak ambil tahu sama ada anak sudah bersolat atau tidak.

Apa yang menari perhatian dalam posting ini, Farah juga turut bercerita ketika zaman perkahwinannya yang terdahulu. Menurut Farah ketika hari pertama kahwin, dia minta pada suaminya untuk solat berjemaah.

Katanya lagi, alhamdulillah sepanjang empat tahun berkahwin dia dan pasangannya dulu tidak pernah skip solat berjemaah. Malah jika bergaduh pun solat jemaah tetap diutamakan.

Tambah Farah lag, sebaik lepas solat adalah masa terbaik untuk pasangan bercakap hati ke hati. Menurut ibu tunggal ini juga antara kelebihan solat jemaah adalah dapat mengeratkan silaturrahim.

Malah selepas berpisah pun, hubungan bersama keluarga mertua tetap terjalin kukuh dan inilah yang dikatakan menguatkan silaturrahim.

 

“Well, aku rasa antara sisi bagus PKP ni; makayah yang dulu selalu jemaah kat masjid surau tu dah ada masa untuk tahu anak-anak dorang solat tak kat rumah – while mereka berjemaah kat sana – dulu.

“Islam starts from home. Sedih, bila, makayah makmum setia masjid, anak, tak sempat nak ambil tahu pun solat ke tak. Islam starts from home, aku ulang.

“Moga kita ambil peluang #stayathome untuk praktikkan solat/ibadah berjemaah kat rumah. Then setiap malam lepas maghrib or lepas subuh, boleh lah mula gilir-gilir siapa nak lead tazkirah sambil bincang masalah keluarga, luahan perasaan, kecik hati ke apa ke. Kan cantik tu.?

“Ke tak.? Aku pegang sangat, antara kelebihan solat jemaah adalah — ia akan kukuhkan silaturahim antara jemaahnya. Mari aku cerita sikit.

“Sebelum tu, kena minta izin nets dulu, boleh ke aku cerita pasal previous marriage aku ni.? Kang katanya tak moveon lagi pulak  Okeh camni, korang moveon k. Aku lek je ni haaa.. Share moga boleh sama2 manfaat, true story katanya kan. Okay sambung.

“First day aku kawen dulu, aku terus request untuk solat jemaah setiap waktu. Alhamdulillah 4 tahun lebih kawen, boleh bilang jari berapa kali je tak berjemaah if dedua ada kat rumah.

“Even time tetamu datang pun, ktorg akan mintak diri jap untuk naik solat sama2, gaduh pun still jemaah k. Usually lepas solat tu masa paling sesuai untuk talk heart-to-heart.

Persoalannya, tadi kata solat jemaah kukuh silaturahim, tapi asal cerai puleks.? Camni. Aku cakap kukuh silaturahim kan.? Bukan kukuh rumahtangga kan.? Haaa beza.

“Atas sebab2 tertentu, yes perkahwinan kami putus ditengah lautan  tapi, as many macam wonder while ktorg still boleh baik gila even lepas cerai, siap dengan family mertua pun still berkeluarga macam takde apa2, aku yakin, Allah ya Rahim, mungkin berkat berjemaah tadi, silaturahim antara kami masih sangat kuat dan dipelihara. Alhamdulillah.

Aku pulak walaupun cerai pun dah masuk 4 tahun dan belum jumpa Imam yang berkenan di hati hikhik  still tiap kali nak solat akan tersilap niat as makmum. Taktau lah sebab dah terbiasa atau tu tanda tak kusyuk  atau mungkin jugak tanda perlu cari #imambaru cepat2 ni kbai  #ommabebel

Ternyata perkongsian Farah mendapat respon baik daripada warganet. Masing-masing mendoakan dia mendapat jodoh dan Imam yang baik satu hari nanti.

zurasamah Sentiasa mendoakan yg terbaik buat farah n eam. Ameen YRA. InsyaAllah.

cimut.mimut Nice sharing. Ye stuju sgt.. kene cari imam baru dh

miza721 nice sharing Farah..betul parents mesti kena pantau solat anak2 ni…dan Aamiin semoga Farah akan dpt imam baru In Shaa Allah

mediformula semoga berjumpa imam yg berkenan di hati dan dpt bw masuk syurga..

miftahulazimah Part tengah tu dh mcm kagum gila ngn principle solat jemaah.. Sekali last paragraph tu hahahaha cracks. Moga dipertemukan dengan imam yg soleh wa muslih..

syzsaupi Semoga omma jumpa imam baru cepatt hahaha

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAH LEE

Published by
Siti Zurina Mat Saman