Solat bersama bulu kucing

Home Forums Umum Solat bersama bulu kucing

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by  Ustaz Kita 2 years, 5 months ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3803

    Nadia
    Keymaster

    Ada orang kata bulu kucing dari kucing hidup dan sudah mati itu najis. betul ke? Kadang-kadang saya ragu-ragu malah ada yang tak tau ada bulu kucing melekat ke ketika bersolat. Minta tolong ustaz bagi pencerahan ya.. tq..

    #3808

    Ustaz Kita
    Member

    Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu. Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)

    Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ‘ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.

    Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

Artikel Popular

“Alhamdulillah, Sejuk Mata Memandang. Moga Jadi Anak Soleh” – Sikap Bapa Ini Jadi Imam...

Kebiasaannya hari minggu menjadi aktiviti wajib bersama keuarga. Ada orang membawa keluarga ...

Subhanallah! Lelaki Ini Digerakkan Hati Oleh Allah Bantu Suami Isteri OKU Di Tepi...

Setiap dugaan yang Allah beri pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tidak ketahui. Kadang-kadang perkara ...

“Wahai Jodoh, Saya Nak Sangat Bawa Awak Ke Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang)”…

Jodoh adalah rahsia Allah yang tersimpan kemas dan tidak diketahui makhlukNya. Jodoh adalah ...

“Takpe Belum Ada Zuriat. Sekarang Allah Bagi Masa Honeymoon. Lepas Ni Allah Bagi Berturut-Turut...

Setiap orang diberikan rezeki berbeza-beza. Ada yang dilimpahi dengan kekayaan, hidup sederhana ...

Doktor Ini Dedah Kebaikan Intermittent Fasting Untuk Yang Nak Kurus, Sebabnya Diet Ikut Sunnah...

Terdapat pelbagai cara sihat untuk menurunkan berat badan. Tidak perlu menjalani pembedahan ...
KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: