Isu berbasikal di lebuh raya sudah lama diperkatakan. Malah di pihak kerajaan sendiri sudah mengeluarkan larangan berbasikal di lebuh raya dan denda RM1000 bagi penunggang yang ingkar.
Di saat ramai sukakan aktiviti sihat ini, pagi ini dikejutkan dengan berita seorang gadis menemui ajal selepas basikalnya bergesel dengan sebuah lori di Putrajaya. Difahamkan gadis ini berbasikal seorang diri dari Subang Jaya menuju ke Putrajaya dan kemudian basikalnnya bergesel dengan lori satu tan ini lalu menemui ajal di lokasi.
Dalam satu perkongsian pengguna fb atas nama Shukri Hassan yang melakukan aktiviti jogging di lokasi sama merupakan saksi kejadian menyedihkan ini.
Ads
Ini adalah perkongsian dibuatnya:
Innalillahiwainnailaihirojiun. Berhati-hatilah kawan-kawan yang kayuh basikal di luar sana. Hari ini dalam perjalanan pulang balik dari joging, saya adalah saksi utama kemalangan maut yang membabitkan rider basikal apabila mangsa bergesel dengan lori.
Ads
Berlaku di depan mata saya apabila mangsa bergesel dan dilenyek oleh lori tersebut. Kejadian berlaku di persimpangan Puspanitpuri Presint 10. Saya terus berhenti di tepi jalan dan pergi ke arah mangsa.
Ads
Saya check nadi mangsa dan rasa nadi beliau amat lemah. Saya terus menghubungi talian kecemasan dan 10 minit kemudian ambulance dan anggota polis sampai di tempat kejadian.
Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia. Mangsa perempuan melayu dari Subang Jaya datang ke Putrajaya seorang diri untuk aktivitiberbasikal. Semoga keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini.
1. Elakkan kayuh seorang diri. Kalau boleh kayuh dalam kumpulan. 2. Kayuh d lorong sebelah kiri. Mangsa kayuh dilaluan sebelah kanan dan bergesel dengan lori. Sumber / Gambar : Shukri Hassan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Azab kubur itu adalah pasti kerana ia adalah balasan Allah terhadap hambaNya yang mungkar selama ia hidup di dunia dan tidak pernah dan tidak sempat bertaubat.
Apabila kita sebut azab kubur, pastinya bermacam-macam gambaran yang tergambar dalam fikiran dan salah satunya tentulah kehadiran ular-ular besar dan berbisa melilit batang tubuh mayat, kala jengking dan segala macam yang menakutkan.
Satu perkongsian dari seorang hamba Allah, menceritakan pengalaman seorang hamba Allah yang cuba berbaring di dalam lubung kubur selama 15 minit.
Satu perkongsian yang wajar diselami oleh kita. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai buatnya.
“ALLAHUAKBAR Pengalaman yg tak ternilai ialah saya pernah masuk dlm kubur pada jam 12.30am dan merasai bagaimana suasana berada dlm kubur selama 15 minit.. saya merasai paling sunyi sepi yg tak pernah dirasai di dunia ini, sampaikan pasir sebutir jatuh pun boleh dengar, gelap yg amat sangat , sampaikan tangan sendiri pun tak nampak dan setelah 5minit mulalah keluar serangga dan mengigit2 kaki, masa ni baru lah teringat org2 yg pernah bersama kita di dunia ini… so jagalah silatulrahim sesama kita sebelum kita keseorgan nanti.”
Percubaan masuk lubang kubur hidup-hidup selama 15 minit yang menginsafkan
Memang harus kita fikirkan azab kubur supaya kita tidak hanyut di dunia. Ia sebagai amaran buat kita yang masih hidup. Kalau cerita panjang tentang azab kubur memang menakutkan.
Secara nas memang tidak terdapat dalam al-Quran yang jelas menceritakan tentang azab kubur, tetapi dari segi dalalahnya terdapat ayat-ayat yang menunjukkan adanya azab kubur.
Ini dikuatkan lagi dengan tafsiran para ulama dan ahli tafsir. Antara ayat-ayat tersebut ialah:
Firman Allah SWT: فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ۖوَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ ﴿٤٥﴾ ٱلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” (Surah Ghafir: 45-46)
Saat jenazah dimasukkan ke liang lahad
Menurut tulisan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di entrinya di muftiwp
Azab kubur merupakan hal yang tidak mungkin dinafikan. Bagi menguatkan lagi hujah, suka diterangkan di sini hujah dari segi logikal pula, antaranya:
• Alam yang dilalui oleh manusia adalah berlainan antara alam tidur dan alam jaga. Begitu juga alam mimpi dengan yang lain.
Apatah lagi alam hidup dengan alam yang mati yang dikenali sebagai alam barzakh atau alam kubur.
• Manusia boleh mengalami perasaan yang berbeza walaupun berada pada tempat yang sama dengan sebab rohnya yang berbeza dan suasana serta situasi dalaman seseorang.
Contohnya, jika seseorang tidur di satu tempat dan seorang yang lain tidur di tempat yang sama, tetapi kedua-duanya mungkin bermimpi dua perkara yang berlainan.
• Akal manusia boleh mengiyakan sesuatu peristiwa yang berlaku sama ada baik atau tidak, berdasarkan kepada akal atau rohani, bukan kepada zahir semata-mata.
Hal ini amat jelas apabila kita dapati ada di kalangan manusia yang keadaannya cukup gembira, manakala yang lain berada dalam keadaan yang cukup derita.
Kashoorga: Lakukanlah persediaan awal dari sekarang agar kita tenang di alam barzakh dan dapat menikmati ‘hidup’ yang tenang di sana.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak pandemic COVID-19 melanda dunia, barisan petugas hadapan antara kelompok yang paling sibuk menangani isu kesihatan ini. Malah sejak setahun lalu, mereka sentiasa bertungkus lumus bekerja tanpa henti bagi memastikan pesakit dijangkiti kembali pulih seperti biasa. Bahkan ada barisan hadapan yang terkorban angkara wabak ini.
Terkini, dalam menghargai jasa barisan petugas hadapan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah semalam menerima Anugerah Merit Ibn Khaldun, satu anugerah tertinggi mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.
Anugerah ini telah disampaikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang telah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 di ISTAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus, Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah sebagai mewakili petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan).
Penganugerahan ini bagi menghargai jasa dan usaha para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang melanda.
Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM yang diperkenalkan sejak 2018 adalah anugerah untuk mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.
Turut hadir pada majlis ini Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Presiden UIAM, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.
Tahniah diucapkan kepada barisan petugas hadapan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan pesakit dijangkiti sembuh seperti sedia kala.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja melanda negara kita tetapi juga seluruh dunia yang terkesan dengan virus pandemik ini.
Buat masa ini seluruh dunia yang terkesan telah membuat ‘lockdown’ bagi memutuskan rantaian jaringan COVID-19 ini.
Dan bagi salah seorang rakyat kita yang menetap di Sweden Siti Safuraa turut berkongsi pengalamannya sepanjang berdepan krisis ini apatah lagi tanpa kehadiran suami di sisi.
Menurut Siti Safuraa yang menetap di sana bersama dua orang anaknya berkata kes COVID-19 di Sweden lebih banyak dari Malaysia dan dia mengambil langkah berjaga-jaga.
“Walaupun tanpa suami di sisi (disebabkan tugas) tetapi saya cuba positifkan mental dan fizikal. Seperti iba-ibu yang lain, saya cuba sedaya upaya uruskan masa untuk mereka dan dalam masa membantu menyiapkan kerja rumah.
“Saya akui bukan ibu dan isteri terbaik tetapi akan sentiasa mencuba jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Dan itulah saya selalu pegang terutama dalam situasi berjauhan dengan suami,” ujarnya yang sering membuat panggilan video call dan pesanan mesej ringkas.
“Apabila sering video call ini membuatkan kita tidak rasa keseorangan dalam berdepan apa juga masalah. Kadang-kadang memang kita memerlukan seseorang untuk bercakap dan dia sentiasa ada untuk saya dan anak-anak.
“Banyak juga kes membabitkan COVID-19 ini di sini dan buat sementara ini saya memang tak keluar ke mana-mana. Kerajaan juga tidak sarankan orang ramai keluar bagi membendung penularan wabak virus ini.
“Biasanya untuk barangan keperluan saya akan order deliver dan kalau perlukan daging yang halal kawan suami yang akan hantarkan.
“Tidak ada masalah keputusan barang bekalan makanan. Dalam situasi ini saya kena kuat demi anak-anak sementelah suami tiada di sisi,” jelas Safuraa yang sentiasa berdoa agar Allah menjaga mereka sekeluarga.
Menurutnya tiada amalan tertentu diamalkan cuma pesannya jangan lupa untuk bersolat dan jika ada kesempatan membaca Al-Quran.
“Memang di rumah ini saya selalu buka video Al-Quran dan kadang-kadang terikut-ikut sekali membacanya terutama apabila sedang memasak.
“Tetapi dalam banyak-banyak surah yang saya baca, paling suka Surah Al-Imran ayat 8 kerana senang dan mudah untuk membacanya,” tambahnya yang turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sini.
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...