Gaduh sikit merajuk. Gaduh sikit minta pulangkan hadiah yang diberi minggu lepas.
Meminta semula hadiah yang sebelumnya diberikan penuh keikhlasan boleh diibaratkan buruk siku. Tindakan ini seperti tidak matang dan berdasarkan emosi.
Apapun juga, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada jawapannya.
Soalan Assalamualaikum w.b.t Datuk Mufti. Saya ada soalan berkenaan hadiah. Individu A memberikan hadiah kepada individu B. Kemudian, setelah 2 bulan, individu A meminta semula hadiah yang diberikannya kepada individu B.
Jawapan Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala limpahan nikmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W hingga ke Hari Akhirat.
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T: فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (Surah al-Nisa’: 4)
Ayat ini menerangkan bahawa apabila seorang isteri memberikan sesuatu dari maharnya kepada suaminya selepas mahar tersebut diserahkan kepadanya (isteri), maka diharuskan bagi suami tersebut untuk menerimanya.
Dan ia adalah perkara yang baik selagimana dalam keredhaan. Justeru, jelas melalui ayat ini, Allah S.W.T telah mensyariatkan hibah dan menyatakan keharusannya.
Ini dikuatkan juga dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W: تهادُوْا تحابُّوا Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594). (Lihat: al-Adab al-Mufrad; muka surat 306), Hadith Shohih, (Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44)
Ads
Hadis ini merupakan galakan daripada Nabi Muhammad S.A.W buat umatnya. Maka, sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa hibah merupakan sunnah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis Nabi Muhammad S.A.W dan juga ijma’ ulama’.
Sebelum diulas lanjut berkenaan hadiah, maka perlu kita bezakan terlebih dahulu pengertian hibah, hadiah dan juga sedekah.
Hibah ialah suatu akad yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela.
Pada dasarnya, ia mempunyai persamaan dengan hadiah dan juga sedekah dari sudut pengertian, bahkan ia lebih umum berbanding keduanya. Namun, ia juga mempunyai perbezaan.
Sedekah pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang memerlukan, biasanya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah dan beroleh pahala. Manakala hadiah pula pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang mahu didekati dan dikasihi.
Biasanya ia membabitkan pemindahan barangan yang dihadiahkan kepada penerima. Justeru itu, ulama’ mengatakan setiap hadiah atau sedekah merupakan hibah, dan bukan semua hibah adalah hadiah ataupun sedekah. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 6/116)
Ads
Berbalik kepada soalan yang diajukan, ia berkait rapat dengan rukun-rukun hibah. Rukun-rukun ini ialah:
Pemberi dan penerima
Sighah Aqad (Ijab dan Qabul)
Barangan yang dihibahkan atau dihadiahkan
Penerimaan Hibah
Pada dasarnya, akad ini tidak sempurna hanya dengan sighah aqad iaitu lafaz ijab dan qabul. Bahkan perlunya kepada penerimaan barangan hibah atau hadiah tersebut.
Ini bermakna, jika seseorang mengucapkan lafaz ingin memberikan hadiah kepada seseorang namun barangan yang ingin dihadiahkannya itu belum lagi diserahkan kepada si penerima, maka pemberi hadiah ini berhak untuk menarik semula keinginannya itu.
Justeru, akad ini akan menjadi sempurna dan berkuatkuasa hanya setelah apabila hadiah tersebut diterima dan memenuhi syarat-syarat bagi hibah atau hadiah, maka sahlah pemilikannya (penerima) ke atas barangan hibah itu.
Meminta Semula Hadiah/Hibah
Asal bagi aqad hadiah mahupun hibah adalah kedua-duanya merupakan akad tabarru’at (kebajikan) dan bukannya akad mu’awadhat (pertukaran). Maka, dalam hal kebajikan, tidak berlakunya pertukaran barangan sepertimana urusan jual beli dan lain-lain.
Seperti yang dibincangkan dalam perihal di atas, asas aqad hibah atau hadiah ini ialah apabila sempurnanya rukun-rukun dan juga syarat-syaratnya, serta telah sempurna penerimaan barangan hadiah/hibah tersebut, maka jelaslah ia merupakan hak milik si penerima, tanpa perlu kepada sebarang pertukaran sepertimana jual beli.
Ads
Sehubungan dengan itu, tidak dibenarkan atau tidaklah dibolehkan bagi si pemberi untuk meminta semula hadiah atau hibah yang telah diberikannya melainkan seorang ayah meminta semula harta yang telah diberikan kepada anaknya atau sesorang yang melakukan hibah dengan syarat pertukaran.
Maka, dalil bagi perbuatan ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W: «العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya:
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya”.
Riwayat al-Bukhari (2621)
Atau dalam riwayat yang lain: «لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السَّوْءِ، الَّذِي يَعُودُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَرْجِعُ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya: “Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu orang yang meminta semula anugerah (hibah) mereka samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.” Riwayat al-Bukhari (2622)
Justeru itu, melalui kedua-dua hadith ini, jelas menunjukkan larangan dan juga betapa buruknya sikap mereka yang meminta semula pemberian itu.
Maka, Dr.Wahbah al-Zuhaili berkata: فالرجوع في القيء حرام، فكذلك الرجوع في الهبة، وأن ذلك مثل السوء الذي يتنافى مع أخلاق المسلم Maksudnya: Maka menelan semula muntah adalah haram. Begitu juga meminta semula hibah atau hadiah yang telah diberikan. Dan sesungguhnya ia adalah perbuatan dan juga sikap yang buruk, lantas ia bukanlah akhlak seorang Muslim.
Penutup Kesimpulannya, hukum meminta semula hadiah yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan tuntutan semula seorang ayah terhadap anaknya dan juga hibah yang diberikan berserta syarat pertukaran.
Akhir kalam, kami menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari bersikap dengan perbuatan ini iaitu meminta semula hadiah, kerana ia merupakan perbuatan yang buruk dan tidak sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Semoga Allah S.W.T meletakkan keikhlasan dalam diri kita dalam hal kebajikan, murahkan rezeki kita agar dapat perbanyakkan diri dengan amalan-amalan kebajikan.
Semoga Allah S.W.T memberkati segala amal kebajikan kita semua.
Pagi tadi kemenangan berpihak kepada Siti Nor Hidayah Mohd Ali, isteri arwah Abam Bocey apabila mahkamah memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada bekas kakak iparnya itu selepas memuat naik hantaran menghina di instagram.
Dalam perkongsian di instagramnya hidayah_hamzahh, isteri arwah mengucapkan syukur di atas kemenangan ini.
Tulisnya :-
Alhamdulillah syukur pada Allah kes saman. Hakim putuskan kemenangan kepadaku Hidayah Hamzah syukur pada Allah..terima kasih kepada Peguam kami, Mak, Abah,Anakku hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Aamin2….
Dalam pada itu semasa keputusan penghakimannya, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan berkata, pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Dipetik dari Sinar Harian, beliau berkata demikian ketika keputusan prosiding kes saman fitnah membabitkan keluarga Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terhadap Siti Nor Hidayah Mohd Ali selaku defendan.
Dalam kes itu, ibu, Allahyarham Sabariah Arshad; bapa, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan; kakak, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan dan Ali Puteh dinamakan masing-masing plaintif pertama hingga keempat.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, Zulqarnain berkata, setelah meneliti semua keterangan saksi dan hujahan peguam, mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta ialah bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.
Katanya, ia jelas pada hari kedua Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia, ahli keluarga plaintif adalah pihak yang mengajak Siti Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.
“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.
“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah berpuas hati persekitaran dan keadaan pada masa berkenaan amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham dan dia berada dalam keadaan tertekan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap insan dilahirkan di dunia ini berbeza-beza. Ada yang sempurna sifatnya dan ada yang kurang dari segi fizkal. Namun itu semua tidak menjadi alasan untuk beribadah dan beramal kepa Allah Yang Satu.
Seperti perkongsian Ustaz Nabil Ahmad yang bertemu dengan seorang tukang urut kaki yang cacat penglihatan, tetapi masih berupaya untuk mengaji menggunakan al-Quran Braille.
Walaupun fizikalnya buta, pakcik tua yang bekerja sebagai tukang urut itu masih cekal membaca Al-Quran Braille.
Menurut posting tersebut, pakcik tua yang dikenali sebagai Majid akan membuka Al-Quran Braille dan membacanya ketika menunggu pelanggan sejak 10 tahun lepas.
Saya bukan selalu dapatkan rawatan urutan kaki, tapi setelah bertemu dengan pakcik buta ini, baru tahu ada juga manfaat dari urutan kaki. Bahkan bila berbual dengan beliau, banyak yang saya belajar walaupun dia hanya seorang tukang urut.
Namanya, Majid orang lama di Ipoh. Dia saya kenal hampir 10 tahun lalu. Kerja harian hanyalah tukang urut. Dia juga seorang OKU Penglihatan. Paling mengujakan saya ialah, setiap kali menunggu pelanggan, beliau akan buka al Quran jenis ‘Braille’ untuk disentuh dan di baca. Tersentak hati saya. Allahu, mulianya insan ini yang nampak buta pada mata tapi tidak pada hatinya.
Katanya kepada saya, kaki adalah ibarat organ dalam badan di mana setiap fungsi organ itu boleh dikatakan semuanya terletak di bahagian kaki kita. Kalau di badan boleh kita kenakan pakaian berharga beratus RM, takkanlah kaki yang kita guna nak dibiar sakit hanya kerana sepasang selipar buruk.
Saya asyik mendengar ulasan beliau tentang masalah kesihatan saya, dari kepala sehinggalah ke kaki. Katanya takda la apa sangat, cuma masalah silau (mata) dan juga masalah pada hati. Terkejut saya dia kata ada sikit yang tak elok, sebab dia meneka saya seorang perokok sedangkan sebatang rokok pun tak pernah hinggap di bibir saya. Allahu rabbi, rupanya kesan dari asap rokok yang ada di sekeliling kita.
Malu saya pada diri sendiri, kita yang celik tak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, bila sakit baru nak cari ubat dan merawat. Lebih baik merawat sebelum terlambat. Ubahlah diri anda sebelum anda diubah oleh Doktor.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sepertimana yang dikongsikan oleh lelaki ini, ba gaimana dia begitu teruja bila dia mendapat rezeki yang tak disangka selepas 10 minit bagi kucing makan.
Hebatnya rezeki Allah kurniakan apabila kita bagi kucing makan.
Cerita pagi tadi, aku singgah foodcourt selepas hantar wife pergi kerja. Lepas settle makan, terus ke motor hendak balik. Ternampak kucing ini. Aku cubalah panggil macam hendak bagi makan tu, dia datang.
‘Ha lapar la ni, kau sini”. Aku selalu ready makanan kucing letak dalam bakul macam dekat gambar, incase macam inilah.
Tak Sampai 10 Minit Bagi Kucing Makan
Lepas settle tuang, biar dia makan, aku gerak.
Kemudian, singgahlah pam minyak, belum sempat buka seat motor, ada makcik ini panggil,
“Adik, sini ada lebih minyak. Mari sini, tapi tak banyaklah.”
Aku dengan muka malu-malu nangka busuk, “Betul ke ini cik? Susah susah saja, terima kasih ya.”
Sedangkan makcik ini guna aplikasi setel, jadi kalau minyak sudah penuh, balance dia akan return balik.
Then yang balance makcik tadi itulah aku isi minyak, tak penuh tank motor, aku letak balik nozzle. Keluarkan handphone nak guna aplikasi setel jua sebab nak isi minyak bagi penuh tangki.
Allah Tambah Rezeki Berganda
Makcik ini keluar balik, “Penuh tak tu? Makcik tambah lagi bagi penuh. Berapa berapa RM penuh?”
Aku pun jawab “Allah cik tak apalah, balance saya isi sendiri. Susah-susah saja cik.”
Makcik itu tak layan aku. Dia sambung, “Cik tambah RM4 cukup?” Aku jawab, “Dah nak penuh cik, tadi minyak saya ada separuh lagi, RM2 pun sudah penuh.”
Balas makcik, “RM2 tak boleh adik, minimum RM3”
Aku dengan rasa bersalahnya, “Alamak, okay cik, susah-susah saja Ya Allah. Semoga makcik murah rezeki! Terima kasih banyak.”
Begitulah cerita aku pagi tadi. Yang aku nak tekankan ialah, hebatnya rezeki Allah tu. Aku bagi kucing tepi jalan makan, tak sampai 10 minit pun, Allah return balik rezeki tu. Benda inilah buat aku percaya rezeki Allah.
Komen warganet:
Md Asri
Saya sudah 30 tahun bagi makanan pada kucing dan anjing jalanan atau gelandangan (sekadar alas perut). Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus. Kesihatan pun alhamdulillah sihat.
Vanessa Khalid
Banyak kali terjadi dekat saya. Setiap kali bagi makan or rescue kucing, alhamdulillah ada saja rezeki Allah bagi. Pernah duit tak ada, tapi dengan kucing memang saya tak pernah rasa hendak berkira walaupun duit sudah sikit, nampak saja kucing memang duit yang ada itu saya beli semua makanan kucing. Tiba-tiba dapat booking makeup minggu itu saja dekat RM1K. Allahuakhbar sampai menangis saya..
Ilyani Omar
Sama macam saya. Pagi-pagi subuh kucing datang rumah, saya buka pintu, kucing datang. Saya belai-belai kejap, minta kucing itu doakan saya banyak rezeki.
Settle bagi makan, saya masuk. Kucing yang kenyang itu tidur dekat kusyen tepi beranda rumah. Tengahari ada kawan call minta buatkan nasi lemak ayam 1200 bungkus. Allahuakbar, benda ini buat saya lagi yakin dengan rezeki yang Allah bagi.
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...