Gaji Dipotong 70% & Dibayar Lepas 40 Hari! Tindakan Pemuda Palestin Tidur Depan ATM Tunggu Hari Gaji Undang Sebak

Share

Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan kemakmuran negara kita. Tiada peperangan, tiada kebuluran malah banyak kemudahan perubatan disediakan jika diuji dengan kesakitan. Walau kadang kita diuji dengan ketiadaan pekerjaan kerana COVID-19 namun jika rajin berusaha menggunakan tulang empat kerat, masih ada rezeki yang menanti.

Kata orang biar gaji tak banyak, asal ada. Bahkan kemurahan hati rakyat Malaysia yang saling membantu mereka diuji kesusahan sudah terbukti tanpa mengira agama dan bangsa.

Namun bagi rakyat Palestin, kala ini mereka bukan saja diuji dengan musim sejuk melampau dan masa yang sama mereka kekurangan pakaian menutup tubuh tetapi gaji juga dipotong sebanyak 70 peratus.

Ya gaji dipotong 70 peratus dan hanya peroleh 30 peratus saja. Jika di negara kita gaji dibayar dengan bekerja sebulan, 30 hari tapi berbeza di sana di mana kena bekerja 40 hari lamanya sebelum memperoleh gaji.

Perkongsian dari Pengasas/ CEO Cinta Gaza Malaysia -CGM, Nadir Al Nuri mengenai situasi di Palestin pastinya mengundang sebak kita yang melihatnya.
Dalam catatannya beliau yang tinggal di Palestin berkongsi kisah menyedihkan ini. Seharusnya kita belajar bersyukur dengan segala nikmat Allah taala.

Allah…

Sebak bila melihat gambar ini. Pekerja di Gaza dibayar gaji mereka setiap 40 hari, itupun sekitar 30% sahaja dibayar kerana tiada duit di pihak kerajaan.

Maka tak pelik apabila pemuda ini bermalam di depan mesin ATM supaya sebaik sahaja gajinya masuk, dia dapat mengeluarkan duit untuk membeli keperluan harian keluarga dan membayar hutang-piutang yang ada.

Biasanya pada hari gaji di Gaza, setiap mesin ATM dan bank akan dikerumuni puluhan pemuda yang beratur mengeluarkan rezeki yang ada.

Hari gaji kita bagaimana?

Sumbangkan apa yang termampu untuk membantu saudara-saudara kalian di Palestin, Syria dan Greece melalui projek musim sejuk kita pada tahun ini.

Klik winter4gaza.com/gaza segera dan sebarkan!

Gambar : Thaer Abu Riyash

Published by
almaswa Haji Che Ros