‘Gaji masuknya banyak tapi sentiasa tak cukup.’ Puncanya bila kita kurang memberi, jarang bersedekah. Begitulah kehidupan, jangan hanya menjadi orang menerima sahaja.
Kadang-kadang kita juga harus memberi dan percayalah banyak kita bersedekah lebih banyak Allah akan balas. Sedekah ini kadang-kadang ajaib, di saat kita memerlukan pasti Allah mudahkan melalui jalan yang tak disangka-sangka.
Artikel Berkaitan:
‘Suka Simpan Barang Lama Sampai Penuh Rumah.’ Tak Guna ‘Sayang’, Lebih Baik Sedekah
Tak bermakna hari ini bersedekah, hari ini kita digandakan rezeki melimpah-ruah. Bila dan di mana itu adalah rahsia Allah. Tetapi percayalah kuasa sedekah ini cukup berbeza.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan ketahui kebaikan dalam bersedekah:
Gaji kita kalau tak berkat, selalu sahaja bocor. Masuknya banyak tapi sentiasa tak cukup. Ada sahaja yang berlubang.
Itulah bocor.
Antara sebabnya adalah kita kurang memberi. Kurang bersedekah.
Memberi yang utama ke keluarga sendiri dulu. Ibu bapa, isteri dan anak-anak. Adik beradik yang kurang berkemampuan.
Bila mak kata nak ada nak repair dapur rumah sikit, kita kata tak ada duit. Esoknya elok saja kita modify sound system kereta. Beribu pula tu.
Isteri minta nak beli baju baru, kita kata belum gaji. Sebelum gaji keluar elok pula kita belanja kawan makan steak. Yihhh mahal gais.
Utamakan yang utama, percayalah kita akan dilimpahkan rezeki yang lebih nanti.
Begitulah.
Warganet turut bersetuju dengan perkongsian dan percaya bila kita bersedekah, rezeki akan bertambah dan bukannya berkurang. Kongsi mereka:
Lizaliyana Ramli
Gaji tak cukup sebab expenses melebihi gaji. Ermmm, tak tahu mana silap dan tak tahu gaji berapa banyak baru cukup..Selagi tak utamakan yang utama,memang sampai ke sudahlah, tak akan cukup. Bukan senang jadi lelaki. Malah bukan susah nak senang.#ytjt
Jalilah Samin
Terima kasih Ustaz, insyallah, doakan kami dimurahkan rezeki untuk lebih banyak memberi..
Aminur Fathi
Kereta rosak, rumah rosak macam-macam, anak bini asyik sakit. Itu juga tanda rezeki tak berkat. Tapi ada yag kata tu ujian… hahaha
Azliza Az
Betul, suami saya hari-hari hantar saya datang kerja dari asbab tu dia dapat banyak customer hari-hari bisnes dia… Alhmdulillah
Aminur Rashid
Bocor paling dahsyat sebab tak sembahyang dan melewat-lewatkannya.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga Allah mengurniakan rezeki yang setimpal dengan usaha yang telah kita berikan. Amin.
Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.