Gaji ngam-ngam je. Itu pun banyak lompongnya. Dapat saja gaji, tolak hutang sana sini. Sudahnya banyak makan maggi untuk alas perut. Masa yang sama, kurang keyakinan diri juga antara faktor ramai memilih jadi bujang hari ini. Diberitakan, lebih 5 juta lelaki dan wanita bujang di negara ini dan angka itu semakin bertambah saban tahun.

Benarkah dengan gaji hari ini kita tak mampu beri anak orang makan, tempat tinggal atau kemudahan lain seperti rumah, kenderaan dan sebagainya? Perasaan takut kepada perkahwinan kerana bimbang rezeki tidak semewah mana membuatkan ramai lelaki takut kepada komitmen berumahtangga kerana beranggapan rezeki mereka tak mampu membela anak orang.

Bertenangnya. Ketahuilah bahawasanya Allah telah berjanji mencukupkan rezeki orang-orang tidak berkemampuan ini dengan urusan pernikahan.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nuur: 32).

IKLAN

Nah, kitab Al-Quran sudah menulis tentang rezeki dalam perkahwinan. Kita harus meyakini janji Allah tersebut. Dan jangan sampai ada pemikiran bahawa sebelum nikah perlu jadi kaya dahulu. Yakinlah berprasangka baik kepada Allah adalah tanda keimanan seseorang kepada Sang PenciptaNya.

Gaji Pun Cukup Makan, Lagi Nak Jaga Anak Orang! Wahai Lelaki, Ini Janji Allah Tentang Rezeki Jika Memilih Bernikah

IKLAN

Kalau kita tidak mempercayai janji Allah seperti ditulis dalam surah An Nur ayat 32 itu, masih takut miskin dan serba kekurangan jika bernikah, maka kualiti keimaman kita sangat tipis dan terlalu mencintai kehidupan dunia.

Umar bin Al-Khattab juga mengatakan “Carilah kaya (hidup berkecukupan) dengan menikah.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 5:533).

IKLAN

Mungkin kita pernah melihat ramai orang miskin bernikah dan kemudian hidup susah hingga perlu meminta-minta bantuan dari pusat zakat yang mana mereka hidup melarat selepas perkahwinan. Halusilah perkara ini sebaiknya. Dan jangan sesekali memikirkan bahawa janji Allah itu palsu.

Berapa ramai orang di awal perkahwinan mereka hidup biasa-biasa saja tetapi di pertengahan jalan perkahwinan itu, rezeki mula bertambah sedikit demi sedikit dan kemudian mampu membeli rumah, mampu beli kereta dan sebagainya pada saat kelahiran anak. Pokoknya usaha paling utama serta kesungguhan kita mengubah cara mencari rezeki itu (rezeki halal). Jika ada kesungguhan dan masa yang sama sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian Allah, maka rezeki itu akan tiba bila masanya.

Ingatlah, Allah tidak pernah lupa janji pada hamba-hambaNya yang berusaha dan meminta-minta. Jangan pernah takut pada pernikahan kerana Allah menjanjikan rezeki dalam perkahwinan. Jadi, bersedialah pada komitmen halal ini kerana pernikahan adalah gedung pahala buat suami isteri.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI